Background

UNIT 10: PENGARUH CUACA DAN IKLIM TERHADAP KEGIATAN MANUSIA

10.1 Iklim dan Cara Hidup Manusia di Negara-negara Lain


            Iklim dunia dapat dibahagikan kepada zon panas, zon sederhana, dan zon sejuk.  Di kawasan zon panas (antara 30oU dan 30oS) terdapat iklim Khatulistiwa, iklim monsoon tropika, iklim Sudan, dan iklim gurun panas.  Di kawasan zon sederhana panas (antara 30oU dan 45oU; 30oS dan 45oS) terdapat iklim jenis China, jenis Steppe, dan jenis Mediterranean.  Di kawasan zon sederhana sejuk (antara 45o dan 65oU; 45oS dan 65oS) terdapat iklim Laurentia, iklim Siberia, dan iklim British.  Di kawasan zon sejuk terdapat iklim tundra (antara 65oU dan 90oU; 65oS dan 90oS).

10.2 Ciri Iklim dan Cara Hidup Manusia di Gurun Thar

            Gurun Thar mengalami iklim gurun panas, iaitu panas dan kering sepanjang tahun.  Hujan tahunannya kurang daripada 250mm.  min suhu bulanan pada pertengahan tahun di gurun ini mencapai 50oC.  Pada hujung dan awal tahun, suhu adalah serendah 5oC hingga 10oC. 
            Kawasan ini menerima hujan yang sedikit kerana terletak di kawassan lindung Angin Monsun Barat Daya dan Angn Monsun Timur Laut. 

Kehidupan di Gurun Thar

            Sebahagian bGurun Thar terletak di India dan sebahagiannya di Pakistan.  Keadaan yang sangat panas dan kering di Gurun Thar menyebabkan kawasan ini kurang penduduk.  Penduduk di sini bergantung hidup pada sumber alam yang terhad.  Penternakan dan pertanian dijalankan di kawasan yang tertentu saja.
            Jumlah hujan tahunan yang sedikit mnyebabkan rumput dan semak samun renek tumbuh jarang.  Rumput inilah yang dijdikan makanan ternakan seperti lembu, kambing dan unta.  Sebilangan penduduk menternak binatang-binatang ini secara normad.  Lembu dan unta diternakkan untuk mengangkut barang serta manusia dan untuk mmperoleh susu.
            Hujan di gurun ini snagatlah sedikit.  Apabila hujan turun, air hujan akan ditakung di dalam tangki atau empangan untuk minuman dan kegunaan harian.  Kunds, iaitu tangki bawah tanah disediakan juga untuk menakung air.  Jumlah air yang sedikit ini menghadkan kegiatan pertanian.  Di bahagian selatan Gurun Thar, bekalan air diperoleh dari terusan yang disambungkan ke Sungai Indus.  Terusan Rajasthan pula mengairi bahagian Gurun Thar di India.  Kemudian pengairan ini dapat mengatasi masalah kekurangan air hujan dan memungkinkan penanaman gandum dan kapas dijalankan.  Penduduk yang menjalankan kegiatan pertanian ini tinggal di perempatan yang tetap.
            Sumber makanan penduduk gurun ini terdiri daripada biji dan buah pokok Khejri, Kiar, Kumat, Kachri, dan Gonda.  Makanan ini dijadikan hidangan yang dikenal sebagai “Pack-Kuta” yang biasanya dimakan semasa musim kemarau.  Kerajaan telah berusaha untuk meningkatkan sumber alam dan makanan bagi penduduk Gurun Thar.  Tanaman pokok seperti akasia dan eucalyptus yang cepat tumbuh diperkenalkan oleh kerajaan untuk membekalkan sumber bahan api dan makanan (daun) untuk binatang ternakan.
            Rumput Munja dan Kans digunakan untuk membuat pulpa.  Pokok Kurma dan pokok delima yang dapat tumbuh dengan hujan tahunan 500 mm ditanam untuk menambahkan sumber makanan.
            Unta masih penting sebagai pegangkutan.  Unta diternak di Bikaner untuk mendapatkan usu, kulit, dan bulunya.  Selain itu, daging unta menjadi sumber protein yang murah.  Hasil pengeluaran unta diusahakan juga dalam industry desa.  Barangan yang dibuat daripada bahagian unta seperti karung air (daripada kulitnya), lukidan (kulit), dan permaidani (bulu) banyak dijual di pasar.

Mengapa Gurun Panas Mengalami Julat Suhu Harian yang Besar?

            Kawasan gurun panas mengalami julat suhu harian yang besar, iaiu 17oC hingga 22oC.  julat suhu harian di Negara kita adalah kecil, iaitu 7oC.  kurang awan di kawasan gurun panas menyebabkan pancaran matahari yang terik terus memanaskan permukaan bumi pada waktu siang.  Pada waktu malam, bumi kehilangan haba dengan cepat di kawasan gurun panas kerana tidak dihalang oleh awan.  Suhu waktu malam menurun dengan cepat.  Keadaan ini tidak berlaku di Malaysia kerana liputan awan yang tebal.

10.3 Ciri Iklim dan Cara Hidup Mausia di Kawasan Siberia

            Kawasan Siberia di Rusia mengalami ilkim sejuk sederhana kebenuaan atau iklim jenis Siberia.  Iklim jenis ini mengalami musim sejuk yang panjang dan terlampau sejuk. 

Kehidupan di Kawasan Siberia

            Pada umumnya, kawasan Siberia yang terlampau sejuk tidak menggalakkan tumpuan penduduk.  Kebanyakkan penduduk tinggal di bahagian barat daya Siberia.  Kedaan iklim ini menghadkan kegiatan pertanian.  Musim panas yang pendek dengan suhu yang rendah memungkinkan sedikit saja penanaman yang dapat dijalankan.  Tanaman bijiran seperti gandum, oat, raid an barli diusahakan.  Penanaman diusahakan di bahagian barat dan barat daya yang subur dari Pergunungan Ural hingga Tasik Baikal.  Bahagian timur Siberia ditanami ubi kentang, bit gula, dan flaks.  Penternakkan lembu tenusum ayam, dan itik ada juga dijalankan.
            Kaum Samoyed dan Yakut memburu binatang untuk mendapatkan bulunya.  Binatang seperti tupai, beruang, musang kecil, lynx, martens, dan rubah biasanya dijerat.  Kerja menjerat binatang dijalankan pada musim sejuk kerana pada waktu ini bulu binatang adalah tebal.  Binatng-binatang ini mudah terkena umpan.  Bulu-bulu ini dijual dengan harga yang tinggi.
            Pembalakkan masoh penting di bahagian utara Siberia.  Terdapat pokok-pokoklembut seperti larch, pain, cedar Siberia, dan fir.  Pembalakkan dijalankan pada musin sejuk kerana ketka ini getah pokok menjadi beku dan pokok lebih mudah ditebang.
            Kawasan Siberia kaya dengan pelbagai sumber mineral.  Di kawasan barat Siberia, sumber seperti petroleum dan gas asli dilombong.  Manakal emas dilombong berhampiran Yaktuks.  Stesen hidroelektrik yang besar dibina si Bungai Lena, Sungai Yenisei, dan Sungai Ob.  Sungai-sungai ini beku selaa tujuh bulan dalam satahun pada musin sejuk.
            Terdapat sedikit kemajuan dalam bidang perkilangan seperti industri melebur aluminium, membuat pulpa, tekstil, kenderaan, dan bahan logam.  Kilang-kilang ini dibina sepanjang Landasan Kereta Api Trans-Siberia. Hampir semua Bandar seperti Chelyanbinsk, Omsk, Novosibirsk, Novokuznestk, dan Irkutsk terletak di sepanjang landasan kereta api.

10.4 Ciri Iklim dan Cara Hidup Manusia di Greenland

Seluruh Greenland mengalami iklim Artik atau iklim Tundra.  Iklim Tundra sangat sejuk dan kering.  Kawasan ini mengalami dua musim yang nyata, iaitu musim oanas dan musim sejuk.  Kawasan ini tidak mengalami musim bunga atau musin luruh kerana musim sejuk bertukar menjadi musim panas dengan cepat dan begitulah sebaiknya.

Kehidupan di Greenland

            Penduduk utama Greenland terdiri daripada kaum Inuit.  Kaum ini sebagaimana orang Eskimo, sudah menyesuaikan diri dengan keadaan iklim yang melampau sejuk.
            Kaun Inuit adalah pemburu yang handal.  Karibu diburu untuk dagingnya.  Pemburu masih menggunakan andur salji pada cuaca yang baik.  Peburuan anjing laut yang merupakan pekerjaan tradisional diusahakan di bahagian pantai timur di utara Greenland.  Anjing laut diburu untuk daging dan kultnya.  Kulitnya digunakan untuk membuat pakaian.  Lemak digunakan sebagai sumber bahan api.
            Musim penanamannya tidak melebihi tiga buln di bahagian selatan Greenland.  Petani menanam ubi kentang dan rumpur.  Gandom tidak dapat ditanam kerana jangka musim tumbesar yang terlalu singkat.  Bunga dan sayur-sayuran dapat ditanam sepanjang tahun dirumah kaca atau rumah hijau.  Rumput dipotong dan dikeringkan untuk makanan biri-biri, rusa, dan muskoxen semasa musim sejuk.  Penternakkan biri-biri dijalnkan di bahagian selatan Grennland.  Sebanyak 30 000 biri-biri disembelih untuk dagingnya setiap tahun.  Di daerah Nuuk, rusa diternakkan untuk mendapatkan daging, susu dan kulitnya.
            Perikanan adalah pekerjaan uatma penduduk Greenland.  Kawasan perairan utama di luar pantai barat daya yang bebas daripada ais sepanjang tahun (tdak beku).  Hidupan laut yang ditangkap seperti udang, ketam salji, halibut, salmon, dan kod.  Penangkapan udang adalah yang penting sekali dan menghasilkan 80% daripada jumlah pendapatan eksport Greenland.
            Kini, penduduk Greenland tinggal di rumah yang dibekalkan dngan air dan eletrik.  Tidak ramai lagi yang tinggal di tupik dan igloo.  Ramaja mereka bersekolah dan terdapat sebuah university di sini.  Semua bandar mempunyai doctor dan hospital kecil.  Namun, Greenland tidak tersapat jalan raya atau landasan kereta api kerana prmukaan buminya yang sentiasa diliputi oleh ais sepanjang tahun.  Mereka menggunakan kereta salji berenjin.  Petempatab dihubungi melalui udara dan laut.

10.5 Mambandingkan Iklim dan Kehidupan Penduduk di Malaysia dengan di Negara-negara Lain.

Ciri-ciri
Malaysia
Gurun Thar
Kawasan Siberia
Greenland
Stesen terpilih
Kuala Lumpur (Malaysia)
Jacobabad (Pakistan)
Verkhoyansk (Rusia)
Upernavik (Greenland)
Jenis Iklim
Iklim Khatulistiwa
Iklim gurun panas
Iklim sejuk sederhana kebenuaan
Iklim Tundra
Ciri iklim
Panas dan lemba sepanjang tahun
Panas dan kering sepanjang tahun
Sejuk dan kering sepanjang tahun
Sejuk dan kering sepanjang tahun
Hujan tahunan
2 6000 mm
100 mm
130 mm
225 mm
Masa maksimum hujan
Dua kali maksimum – April dan Oktober
Tidak tentu
Musim panas
Tidak tentu
Jenis hujan utama
Perolakan
Hujan ribut
Perolakan
Hujan biasa atau hujan beku
Min suhu tahunan
27oC
26.3oC
-15.8oC
-8.3oC
Julat suhu tahunan
1.1oC
23oC
65oC
27oC
Kegiatan ekonomi
Perkilangan, perlombongan, pertanian, perikanan
Penternakan, pertanian terhad
Pembalakkan, menjerat binatang, perlombongan, pertanian terhad
Perikanan, penternakkan, memburu, pertanian terhad
Jenis pegangkutan
LRT, kereta, kereta api, bas
Unta, keldai
Kereta api, kereta
Andur salji, kayak, kereta salji berenjin

10.6 Pengaruh Cuaca dan Iklim terhadap Kegiatan Ekonomi di Malaysia

            Keadaan cuaca dan iklim Negara kita memungkinkan pelbagai kegiatan ekonomi dijalankan.  Contohnya pertanian, perikanan, perlancongan, dan pembalakkan.  Iklim di kawasan tanah rendah yang panas dan lembap serta hujan sepanjang tahun menggalakkan penanaman pelbagai jenis tanaman seperti padi, getah, kelapa sawit, dan koko.  Contohnya, padi ditanam dengan suburnya di Dataran Kelantan dan Dataean Kedah-Perlis.
            Di kawasan tanah tinggi, seperti Tanah Tinggi Cameron di Pahang dan Lundasang di Sabah, suhu tahunannya sederhana, iaitu 18oC serta hujan tahunannya 2 030 hingga 3 5000 mm.  keadaan ini menggalakkan penanaman sayur-sayuran dan bunga hawa sederhana serta teh.  Kawasan utara Semenanjung Malaysia, iaitu di Padang Tetap dan Chuping ditanami tebu kerana kawasan ini mengalami satu musim kering yang sesuai untuk memotong tebu.
            Cuaca dan iklim besar pengaruhnya terhadap kegiatan perikanan.  Pada bulan November hingga Mac, nelayan-nelayan di pantai timur Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak tidak dapat turun ke laut untuk menangkap ikan.  Keadaan ini berlaku kerana laut bergelora semasa tiupan Angin Monsun Timur Laut.  Nelayan di pantai barat Semenanjung Malaysia dapat menangkap ikan sepanjang tahun kerana kawasan perairan Selat Melaka terlindung daripada kedua-dua angina monsoon.  Cahaya matahari yang terik di sepanjang pinggir laut memungkinkan ikan diawet dan dikeringkan supaya tahan lama.
            Iklim Khatulistiwa menggalakkan pertumbuhan hutan hujan tropika.  Pokok-pokok seperti cengal, merbau, meranti, balau, keruing, dan mersawa dapat hidup subur.  Hal ini menggalakkan kegiatan pembalakkan.
            Pelancongan dapat dijalankan sepanjang tahun kerana suhu di Negara kita panas sepanjang tahun.  Pusat peraginan tanah tinggi seperti Tanah Tinggi Cameron, Bukit Fraser, Tanah Tinggi Genting, menawan hati pelancong kerana suhunya yang nyaman. Semasa tiupan Angin Monsun Barat Daya, kawasan perairan pantai timur Semenanjung Malaysia adalah tenang dan selamat untuk aktiviti sukan dan menyelam skuba.  Di Pulau Perhentian dan Pulau Redang banyak terdapat terumbu karang yang indah menanti pelancong.  

KEMBALI KE ATAS

Categories: Share

Leave a Reply