PENGHARGAAN (^_^)
Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullillah, bersyukur ke atas
ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa tenaga yang dianugerahkan
kepada kami dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, kami igin mendedikasikan
ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta kami, Dr. Haslina Bt Hassan
kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang kami untuk
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Kami juga ingin mengucapkan terima
kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang memberi kami pemudahcara
untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan kami segala
kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami berjaya menghabiskan
tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga kami
tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa
yang kami telah alpa. Mereka membantu kami dengan menjawab setiap pertanyaan
yang kami utarakan kepada mereka. Terima kasih juga kepada Norliza Ibrahim atas video yang direka di youtube kerana memberi kemudahan kepada kami sebagai ringkasan nota.
Akhir madah, kami mengucapkan terima
kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam
pembikinan projek multimedia ini. Terima kasih.
KEMBALI KE ATAS