UNIT 6 : BENTUK MUKA BUMI
Objektif
:
Dalam
unit ini anda akan dapat :
-
Memahami kepelbagaian bentuk muka bumi di
Malaysia
-
Memahami sistem gunung lipat
-
Mengetahui taburan tanah pamah dan dataran
Negara Malaysia
-
Mengetahui pelbagai bentuk muka bumi pinggir
laut Negara Malaysia
-
Memahami profil sungai
Malaysia
terletak di tenggara benua Asia.
Perhatikan Peta 6.1. Kedudukan
Malaysia ialah antara garis lintang 1°U hingga 7°U dan menganjur dari garis
bujur 100°T hingga 120°T. Semenanjung
Malaysia merupakan sambungan daripada tanah besar Asia. Sabah dan Sarawak pula terletak di Pulau Borneo.
Peta 6.1
Kedudukan Malaysia di dunia
|
6.1 Kepelbagaian
Bentuk Muka Bumi di Malaysia
Peta 6.2
Malaysia : Bentuk muka bumi
|
Peta 6.2 Kedudukan
dan Keistimewaan Pelbagai Bentuk Muka Bumi di Malaysia
Malaysia
terletak di persimpangan jalan laut dan laluan udara antarabangsa, iaitu dari
timur ke barat dunia. Kedudukan yang strategik
ini menjadikannya masyhur dan penting sebagai pusat pedagangan antarabangsa.
Banyak kapal dari barat seperti Eropah dan Amerika yang menggunakan di Selat
Melaka untuk ke negara-negara timur seperti Jepun dan China.
Bentuk muka bumi yang pelbagai itu
memungkinkan pelbagai kegiatan ekonomi dijalankan di Malaysia. Kawasan tanah
tinggi dan pinggir laut sesuai untuk aktiviti pelancongan. Pinggir pantai yang
berteluk-teluk menggalakkan kegiatan perikanan dijalankan. Kawasan tanah pamah
dan kaki bukit yang beralun pula
menggalakkan pelbagai kegiatan pertanian.
Peta 6.3
Malaysia : Kawasan tanah tinggi dan banjaran-banjaran utama
|
Di
semenanjung Malaysia, kawasan tanah tinggi terletak di bahagian tengahnya.
Kawasan pergunungan ini adalah tinggi di utara dan semakin rendah ke arah
selatan. Di bahagian utara terdapat Banjaran Kedah-Singgora. Banjaran Bintang menganjur dari
Thailand dan merentasi negeri Perak. Kemuncak yang tertinggi di banjaran ini
ialah Gunung Bintang (1862 m).
Banjaran
Titiwangsa terletak di timur Banjaran Bintang. Banjaran ini menganjur dari sempadan Thailand ke
Negeri Sembilan di selatan. Banjaran ini adalah banjaran yang terpanjang di Malaysia. Panjangnya
kira-kira 500 km. Banjaran ini dikenal juga sebagai “tulang belakang”
Semenanjung Malaysia. Ciri istimewa ini menjadikan Banjaran Titiwangsa sebagai
banjaran yang utama di Semenanjung Malaysia. Gunung Korbu (2183 m) adalah gunung yang tertinggi di banjaran ini.
Ke arah timur Banjaran Titiwangsa ialah Banjaran Benom, Banjaran Tahan dan
Banjaran Pantai Timur. Gunung Tahan
(2187 m), iaitu gunung yang tertinggi di
Semenanjung Malaysia terletak di Banjaran Tahan.
Banjaran Titiwangsa
|
Gunung Kinabalu
|
Foto 6.1
Banjaran Titiwangsa dan Gunung Kinabalu merupakan habitat flora dan fauna.
Di
Sarawak, kawasan banjaran gunung terletak di kawasan pedalaman. Purata
ketinggian ialah 1200 m. kemuncak tertinggi di sini ialah Gunung Murud (2425 m) yang terletak di Banjaran Tama Abu. Banjaran ini adalah sambungan daripada Banjaran
Crocker di Sabah. Pergunungan Iran terletak di sepanjang sempadan
Kalimantan-Sarawak. Berhampiran dengan Banjaran Dulit dan Pergunungan Iran
terdapat Dataran Tinggi Usun Apau dan Dataran Tinggi Merurong. Gunung Mulu
adalah sebuah rabung yang banyak mempunyai gua batu kapur.
6.4 Bagaimanakah
Banjaran Gunung di Malaysia Terbentuk?
Rajah 6.1 Proses pembentukan gunung lipat |
Sistem Gunung Lipat
Muda
Proses
mampatan kerak bumi di benua Asia kira-kira 35 juta tahun dahulu telah
membentuk sistem gunung lipat. Lipatan ini bermula dari Pusaran Pamir dan menganjur ke arah timur lalu membentuk Banjaran
Himalaya, Banjaran Karakoram, Kunlun Shan dan Tien Shan.
Banjaran yang terbentuk berhampiran
pusat lipatan adalah tinggi-tinggi.
Banjaran Himalaya adalah banjaran gunung yang terpanjang dan tertinggi di
dunia. Banjaran ini mempunyai lebih 30 gunung yang mencapai ketinggian lebih
daripada 7300 m. gunung tertinggi di dunia, iaitu Gunung Everest (8488 m), terletak di banjaran ini. Gunung yang
kedua tertinggi di dunia, iaitu Gunung K2 terletak di Banjaran Karakoram.
Peta 6.5
Banjaran-banjaran gunung di Asia
|
Seterusnya,
proses lipatan ini menganjur ke Asia Tenggara membentuk Banjaran Barisan di
Sumatera, Banjaran Kapuas Hulu dan Pergunungan Iran di Sarawak serta Banjaran Crocker di Sabah. Pulau-pulau
di luar pantai barat Sumatera seperti Pulau Nais, Kepulauan Mentawi, Pulau
Timor dan Ceram turut terbentuk daripada proses lipatan ini, kita dapat
memahami mengapa beberapa banjaran di Sabah dan Sarawak tinggi.
Sebahagian Asia Tenggara mengalami gempa bumi dan letusan gunung berapi kerana terletak dalam Lingkaran Api Pasifik. Contohnya Pulau Sumatera, Pulau Jawa dan
Filipina. Kawasan ini terletak di pertembungan plat-plat yang retak dan tidak stabil. Di kawasan ini, lava dan batuan cecair mengalir keluar
dan membentuk gunung berapi.
Filipina dan Indonesia adalah negara di Asia Tenggara yang banyak mempunyai
gunung berapi yang aktif. Contohnya, Gunung Mayon dan Gunung Pinatubo di
Filipina serta Gunung Merapi dan Gunung Semeru di Indonesia.
Sistem Gunung Lipat
Tua
Di
benua Asia terdapat juga sistem gunung lipat tua. Gunung-gunung lipat tua ini
terbentuk kira-kira 100 juta tahun
dahulu dan terkenal sebagai Sistem
Gunung Indo-Malaya. Dataran yang terbentuk daripada proses lipatan ini
bermula dari Dataran Tinggi Yunnan
di negara China dan menganjur ke Dataran Tinggi Shan di Myanmar, Banjaran
Bilauktaung di Thailand, Banjaran Annam di Vietnam dan Banjaran Titiwangsa di
Semenanjung Malaysia.
Jika dibandingkan dengan kawasan
gunung lipat muda, kawasan gunung lipat tua adalah lebih stabil kerana terletak
di luar Lingkaran Api Pasifik. Kawasan ini tidak mengalami gempa bumi atau
letusan gunung berapi. Walau bagaimanapun, banjaran gunung di kawasan ini
adalah lebih rendah kerana lebih banyak mengalami hakisan air dan angin.
6.5 Tanah Pamah
Jaluran
tanah pamah pantai barat Semenanjung Malaysia menganjur dari Perlis di utara
hingga ke Johor di selatan. Jaluran pantai barat ini adalah kira-kira 800 km
panjang. Lebarnya berbeza-beza antara 20 hingga 65 km dari Pantai Selat Melaka
ke kawasan tanah tinggi. Di sepanjang lembah sungai terdapat tanah pamah
seperti lembah Sungai Perak di Perak, lembah Sungai Bernam di Selangor dan
lembah Sungai Muar di Johor.
Peta 6.7
Malaysia : Kawasan tanah pamah
|
Jaluran
tanah pamah di sebelah pantai timur Semenanjung Malaysia menganjur dari
Kelantan hingga ke Johor. Jaluran pantai timur ini tidak berterusan kerana
terpotong-potong oleh kaki bukit Banjaran Pantai Timur. Lebar jaluran tanah
pamah ini di antara 10 hingga 45 km. Di kawasan pantai timur terdapat
lembah-lembah sungai seperti lembah Sungai Pahang, lembah Sungai Kelantan dan
lembah Sungai Terengganu. Dataran yang luar terdapat di Dataran Kelantan, Dataran
Terengganu dan Dataran Pahang.
Tanah pamah di Sabah terdapat di pantai timur dan pantai barat. Kawasan tanah pamah di sebelah pantai timur lebih
lebar daripada pantai baratnya. Kawasan dataran yang luas terdapat di bahagian
hilir Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama. Kawasan tanah pamah di pantai
barat dikenal sebagai Dataran Pinggir
Laut Barat Sabah. Dataran ini adalah lebih sempit kerana Banjaran Crocker menganjur hampir dekat dengan laut.
Kawasan tanah pamah di bahagian
barat Sarawak adalah lebih panjang (650 km). tanah pamah ini dikenali sebagai Dataran Pinggir Laut Sarawak. Kawasan
tanah pamah di sebelah barat daya adalah lebih lebar, khususnya di Delta
Rajang. Lebarnya dataran ini kira-kira 80 km. Sungai Rajang yang panjang
membentuk lembangan yang luas.
Dataran pinggir laut di bahagian barat daya terputus-putus oleh gunung-gunung
seperti Gunung Gading dan Gunung Serapi. Di sepanjang pinggir laut terdapat
paya, pantai berlumpur dan kadang-kadang berpasir.
Kepentingan Kawasan
Tanah Pamah
Kawasan
tanah pamah di Malaysia menjadi tumpuan penduduk. Petempatan banyak dibina di tanah pamah. Contohnya petempatan bandar-bandar utama seperti Kuala
Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu. Bandar-bandar ini menjadi pusat perdagangan dan kewangan. Di sini banyak terdapat pejabat, bank dan institusi
kewangan.
Pertanian
sesuai dijalankan di kawasan tanah pamah juga. Tanaman seperti padi, nanas,
getah dan kelapa sawit ditanam di sini. Padi ditanam secara besar-besaran di
Dataran Kedah, Dataran Perlis dan Dataran Kelantan.
Di tanah pamah, sesuai juga dibina
kilang. Contohnya Petaling Jaya dan Shah Alam di Lembah Klang dijadikan pusat perindustrian.
Kawasan rendah dan rata ini
memudahkan pembinaan jaringan
pengangkutan. Landasan kereta api
yang menghubungkan Padang Besar dan Johor Bahru dibina di jaluran tanah pamah
pantai barat Semenanjung Malaysia. Lebuh
Raya Utara-Selatan dibina juga sepanjang tanah pamah tersebut. Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Pulau Pinang dibina di tanah
pamah sepanjang pinggir laut.
6.6 Pinggir Laut
Malaysia
mempunyai pinggir laut yang panjang. Panjangnya pinggir laut negara kita ialah
kira-kira 4800 km. Semua negeri di Malaysia mempunyai kawasan pinggir laut,
kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Pantai barat Semenanjung Malaysia,
menghadap ke Selat Melaka. Pantai Timur Semenanjung Malaysia, pantai Sarawak dan
pantai Barat Sabah menghadap ke Laut China Selatan. Manakala pantai timur
Sabah menghadap ke laut Sulu.
Malaysia dikelilingi laut yang cetek
kerana terletak di atas pentas benua
yang dikenal sebagai Pentas Sunda.
Dalam laut ini berbeza-beza, iaitu antara 70 hingga 180 meter dan membolehkan
cahaya matahari menembusi ke dasar laut. Sebahagiannya terbentuk kira-kira 550
juta tahun dahulu. Keadaan ini menggalakkan pertumbuhan plankton dan pembiakan ikan.
Kawasan perairan Laut China Selatan kaya dengan kehidupan laut serta sangat
sesuai untuk kegiatan perikanan.
Rajah 6.2
Keratan Rentas Pentas Laut
|
Rajah 6.3 Ciri fizikal di sepanjang pinggir laut |
Pulau
merupakan tanah dataran yang dikelilingi oleh laut. Di luar pinggir laut
Malaysia terdapat kira-kira 270 buah pulau. Contohnya ialah Pulau Langkawi,
Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Pulau Perhentian dan Pulau Banggi. Gugusan pulau
di Langkawi terdiri daripada 99 buah pulau. Kebanyakan pulau mempunyai pantai
yang berpasir dan berair jernih yang menjadi tempat tarikan pelancong. Kawasan perairan di luar
Pulau Perhentian mempunyai terumbu karang yang indah. Perikanan sesuai dijalankan di sini. Banyak terdapat pelabuhan dan perkampungan nelayan di Pulau Pangkor,
Pulau Ketam dan Pulau Perhentian.
Tebing
tinggi terbentuk apabila terdapat tebing batu-batan yang curam di pinggir
laut yang terdiri daripada batuan keras yang tahan hakisan. Teluk dan tanjung pula terbentuk di kawasan pinggir laut yang mempunyai
susunan batuan keras dan batuan lembut yang berselang-seli.
Lapisan batuan lembut yang dihakis oleh ombak akan menjadi teluk, manakala
lapisan batuan keras yang tahan hakisan akan menjadi tanjung. Tanjung menganjur
ke laut dari dataran.
Rajah 6.4
Tebing tinggi
|
Rajah 6.5 (a), (b) Pembentukan teluk dan tanjung |
Hakisan ombak terhadap batuan yang lembut di bahagian
tebing tinggi akan membentuk gua. Hakisan yang giat di dua buah gua yang terbentuk secara bertentangan
di sesuatu tanjung akan membentuk gerbang
laut. Hakisan yang berterusan akhirnya akan meruntuhkan gerbang laut dan
terbentuklah batu tunggul. Lama-kelamaan batu tunggul juga akan terhakis dan
membentuk batu sisa.
Rajah 6.6 Pembentukan gua, gerbang laut, batu tunggul dan batu sisa |
Foto 6.2 Bentuk-bentuk muka bumi pinggir laut di Malaysia |
Pantai terbentuk akibat pemendapan pasir, kelikir dan
batu-batu di sepanjang pinggir laut. Di Malaysia banyak terdapat pantai berpasir bersih yang menarik perhatian pelancong di dalam dan luar negara.
Contohnya, Pantai Batu Feringghi, Pantai Port Dickson, Pantai Cherating dan
Pantai Cahaya Bulan.
Foto 6.3
Pantai berpasir
|
Beting pasir terbentuk
daripada timbunan pasir yang berhampiran dengan pantai. Pemendapan pasir dan
kelikir di hadapan teluk dan muara sungai dengan sebahagiannya bercantum dengan
pantai akan membentuk anak tanjung.
Satu hujung anak tanjung akan bercantum dengan pantai, manakala yang satu lagi akan
menganjur ke laut. Kawasan perairan yang dilindungi anak tanjung dikenal
sebagai lagun.
Tombolo
adalah beting pasir yang menyambungkan kawasan dataran dengan pulau.
Rajah 6.7 Pembentukan beting pasir, anak tanjung dan tombolo |
6.7 Pola Saliran
Sistem
saliran terbentuk di permukaan bumi apabila air hujan mengalir di atasnya.
Terdapat beberapa jenis pola atau corak saliran. Contohnya pola saliran
reranting, pola saliran jejala, pola saliran sepunca (jejari), pola saliran
bawah tanah, pola saliran sejajar, pola saliran bersifat dan pola saliran
darat. Perhatikan Rajah 6.8 yang
berikut ini.
6.8 Sungai dan Tasik
di Malaysia
Rajah 6.16 Peta Malaysia : Sungai-sungai uatam dan tasik |
Di
semenanjung Malaysia, sungai-sungai berpunca dari kawasan tanah tinggi di
bahagian tengahnya. Di dataran pantai barat, sungai-sungai mengalir masuk ke
Selat Melaka. Sungai-sungai di dataran pantai timur mengalir masuk ke Laut
China Selatan.
Di Sarawak, sungai-sungai berpunca
dari tanah tinggi di kawasan pedalaman dan mengalir ke Laut China Selatan di
sebelah barat. Di Sabah, sungai-sungai mengalir ke Laut Sulu di sebelah timur
dan Laut Sulawesi di sebelah tenggara.
Sungai
Rajang di Sarawak merupakan sungai
terpanjang di Malaysia. Sungai-sungai utama yang lain di Sarawak ialah
Sungai Trusan, Sungai Limbang dan Sungai Baram. Sungai Kinabatangan di Sabah adalah sungai yang kedua terpanjang.
Sungai-sungai utama yang lain ialah Sungai Labuk dan Sungai Segama.
Sungai
Pahang adalah sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia dan yang
ketiga terpanjang di Malaysia. Sungai-sungai utama yang lain di Semenanjung
Malaysia ialah Sungai Perak, Sungai Kelantan, Sungai Terengganu dan Sungai
Endau.
Tasik-tasik
semula jadi utama di Malaysia ialah Tasik Bera dan Tasik Chini di negeri
Pahang. Tasik Bera adalah tasik semula
jadi terbesar di Malaysia. Malaysia juga mempunyai tasik buatan. Contohnya Tasik Kenyir dan Tasik Temengor.
Foto 6.5
Air Terjun merupakan salah satu pusat rekreasi yang popular
|
Kepentingan Sungai
Sungai-sungai
di Malaysia adalah sangat penting. Sungai Golok menjadi sempadan antarabangsa di antara negara kita dengan Thailand. Sungai
Bernam pula menjadi sempadan negeri
di antara negeri Selangor dengan negeri Perak. Di Sabah dan Sarawak,
sungai-sungai penting sebagai laluan untuk membawa penumpang dan mengangkut
barangan pukal seperti kayu balak dan beras. Contohnya, Sungai Rajang dan
Sungai Kinabatangan.
Air dari sungai dan tasik dibersihkan di loji-loji dan
disalurkan kepada pengguna sebagai sumber bekalan air utama untuk kegunaan di
rumah dan perindustrian. Air sungai digunakan juga untuk mengairi kawasan penanaman padi. Contohnya, Rancangan Pengairan
Muda di Sungai Muda mengairi kawasan penanaman padi di Dataran Kedah-Perlis.
Sungai diempang di bahagian hulunya
untuk menjana kuasa hidroelektrik.
Contohnya ialah Empangan Kenyir di Sungai Terengganu dan Empangan Temengor di
Perak. Sungai menjadi tempat rekreasi
dan tarikan pelancong. Contohnya,
Air Terjun Sekayu, di Terengganu dan Air Terjun Kota Tinggi, Johor. Sungai
berperanan membekalkan sumber protein
seperti ikan air tawar, udang dan ketam untuk penduduk tempatan.
6.9 Profil Panjang
dan Profil Rentas Sungai
Pada
umumnya, sebatang sungai dapat dibahagikan kepada tiga peringkat aliran.
Peringkat-peringkat itu ialah hulu, tengah dan hilir sungai yang mempunyai ciri
berbeza. Perbezaan tersebut dapat kita lihat dengan jelas melalui profil
panjang sungai dan profil rentas sungai.
Rumusan