Background

UNIT 13 : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELBAGAI JENIS TUMBUHAN SEMULAJADI


Anda sudah mengenali pelbagai jenis tumbuhan semula jadi di negara kita. Anda tentu tertanya-tanya, mengapakah tumbuhan semulajadi itu berbagai-bagai jenisnya? Apakah faktor-faktor yang meyebabkan jenis tumbuhan semula jadi itu berbeza-beza?
                Pada umumnya  ada empat faktor utama yang mempengaruhi kepelbagaina tumbuhan semula jadi di negara kita. Faktor-faktor itu ialah iklim, bentuk muka bumi, jenis tanih dan saliran. Tiap-tiap faktor ini saling berkait dalam mempengaruhi pelbagai jenis tumbuhan semula jadi itu. Kita akan mengkaji faktor-faktor itu satu persatu.
                Kemudian kita akan meneliti tumguhan semula jadi dan hidupan liar di negara-negara lain pula. Antaranya termasukalah di Gurun Sahara, di tundra, Siberia, kawasan Mediterranean dan kawasan monsun tropika di Thailand.

13.1  Faktor-faktor yang Mempengaruhi  Pelbagai Jenis Tumbuhan Semula Jadi

Iklim

Malaysia terletak berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa. Oleh sebab itu, Malaysia mengalami iklim  Khatulistiwa. Suhunya tinggi, iaitu kira-kira 27oc. Cahaya matahari diterima sepanjang tahun. Jumlah hujannya banyak, iaitu kira-kira 2600 mm setahun. Suhu yang tinggi serta cahaya matahari dan hujan yang banyak sangat sesuai untuk pertumbuhan pelbagai jenis tumbuhan semula jadi. Antaranya termasuklah hutan hujan tropika, hutan paya, dan hutan pantai di kawasan tanah pamah.
                Iklim di kawasan tanah tinggi berbeza daripada keadaan iklim di tanah pamah. Contohnya di Tanah Tinggi Cameron (1524 m), min suhu tahunanya adalah lebih rendah, iaitu kira-kira 18oc. Hujan tahunanya pula ialah kira-kira 2440 mm. Keadaan iklim ini memungkinkan pertumbuhan hutan gunung seperti oask dan laurel di kawasan antara 1200 hingga 1500 m. Kawasan yamg melebihi 1500 m ditumbuhi pokok renek, lumut, paku-pakis, dan liken.

Bentuk muka bumi
Bentuk muka bumi Malaysia tidak seragam. Terdapat kawasan tanah pamah, kaki bukit, tanah tinggi dan pantai. Kawasan tanah pamah dan kaki bukit yang mempunyai saliran yang baik di tumbuhi hutan hujan tropika.
                Di kawasan pedalaman yang saliranya buruk,  banyak terdapat hutan paya air tawar. Di kawasan pinggir pantai yang sering dilanda ombak pula terdapat kawasan yang berpasir atau berlumpur.
Jenis tumbuhan semula jadi akan berubah mengikut ketinggian atau altitud


  
Tanih

Terdapat pelbaghai jenis tanih di Malaysia. Antaranya termasuklah tanih aluvium, tanih laterit, tanih gambut, dan tanih liat (lempung). Setiap jenis tanih itu sesuai untuk tumbuha n semula jadi yang tertentu. Contohnya, hutan hujan tropika sesuai tumbuh di kawasan yang bertanih aluvium dan laterit. Perhatikan Jadual 13.1 ini.

Hutan dan jenis Pokok
Jenis Tanih
Hutan hujan tropika (cengal, meranti, tualang)
Tanih aluvium, Tanih laterit
Hutan paya air masin (pokok bakau, api-api,jongkong,nibung)
Tanih liat (lempung), Tanih gambut, Tanih aluvium
Hutan paya air tawar (nipah,mengkuang,terap)
Tanih liat (lempung), Tanih gambut, Tanih aluvium
Hutan pantai (tapak kuda, ru, kelapa)
Tanih berpasir
Hutan gunung (oak, laurel, paku-pakis)
Tanih laterit
                                
Jadual 13.1  Pengaruh tanih terhadap jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi

Saliran

Saliran bermaksud sistem saluran air yang mengalir sama ada di dalam sungai, parit, atau tali air. Saliran juga merujuk pada pengaliran air yang meresap ke dalam tanah.
                                 Keadaan saliran mempengaruhi tumbuhan semula jadi di sesuatu kawasan. Di sekitar sungai, tasik dan pinggir lautterdapat kawasan yang sering di tenggelami air. Kawasan ini dikatakan bersaliran buruk kerana menakung air. Kawasan begini di tumbuhi hutan paya, iaitu hutan paya air masin dan hutan paya air tawar.
                                 Di kawasan yang tidak  ditenggelami air, contohnya kawasan pinggir pantai tanihnya berpasir. Tanih pasir adalah polos. Di antara butir-butir pasir terdapat ruang halus yang dapat di lalui udara  dan air. Di sini air tidak bertakung kerana air mudah mengalir ke bawah tanah melalui butir-butir pasir. Tanih ini dikatakan bersaliran baik. Jenis tanih ini ditumbuhi hutan pantai.
                                 Pada umunya, tanih laterit bersaliran baik dan hutan hujan tropika dapat tumbuh subur. Di kawasan yang melebihi 1200 meter serta bersaliran baik pula sesuai untuk pertumbuhan hutan gunung. 

Carta 13.1  Rumusan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pelbagai jenis tumbuhan semula jadi di Malaysia
PETUNJUK KATA

Berlumpur : keadaan yang mempunyai lumpur (tanah berair yang lembut)
Muara : Tempat air sungai masuk ke sungai lain atau ke laut
Altitud : Ketinggian sesuatu tempat (kawasan) yang biasanya diukur dari aras laut atau tempat (kawasan) tinggi
Tanih aluvium : Tanah lahar yang terdiri daripada mendapan lumpur, kelodak pasir
Tanih laterit : Tanah liat merah
Tanih gambut : Tanah yang bercampur dengan tumbuh-tumbuhan yang telah reput
Tanih liat (lempung) :Tanah yang terdiri daripada zarah-zarah halus batu-batan yang hancur
Poros : Berliang-liang kecil


13.2 Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Negara-negara Lain

Negara-negara lain mempunyai pelbagai jenis flora dan faunanya. Kita akan mengkaji kepelbagaian itu di beberapa kawasan, iaitu gurun panas di Gurun Sahara, kawasan tundra di Siberia (Rusia), kawasan Mediterranean di Turki, dan kawasan monsun tropika di Thailand.


Peta 13.1  Taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi di negara-negara lain.





Gurun panas (Sahara) kelihatan rumput kasar dan tumbuhan tahan kemarau. Unta berkeliaran di padang pasir. Kala jengking merayap di celah-celah batu dan semak.
Tundra (Siberia) gurun sejuk ini ditumbuhi lumut dan liken. Harimau siberia mengejar mangsa di kawasan gunung. Walrus mencari makan di tepi lautan.
Mediterranean (Turki) Banyak terdapat semak dan rumput berdawai di kawasan ini. Rusa merah berlari dipadang luas. Cicak hutan merayap di celah-celah semak.
Monsun Tropika (Thailand) Pokok-pokok menggugurkan daun pada musim kering. Gajah hidup berkelompok-kelompok. Ular menjalar di atas dahan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi pelbagai jenis tumbuhan semulajadi


13.3  Mengenal Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Kawasan Gurun Panas (Sahara)

Keadaan di Gurun Sahara adalah sangat panas dan kering. Suhu waktu siang hari antara 38oc hingga 44oc. Suhu waktu malam sangat sejuk, iaitu 10oc. Hujan tahunan kurang daripada 250 mm. Keadaan ini menyebabkan kurang terdapat tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di sini.
                             Tumbuhan yang dapat hidup di sini ialah kaktus prickly pear, samun berduri, rumput esparto, dan pokok-pokok akasia bantut. Hidupan liar yang dapat di temukan di kawasan ini pula ialah unta liar, kala jengking, musang kit, cicak hutan, ular, biawak pasir, gazzelle, dan jerboa.



Rajah 13.2  Tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di Gurun Sahara


                                                                                                                                              
Ciri Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar

Tumbuhan semula jadi di kawasan Gurun Sahara mempunyai ciri-ciri khusus untuk menyesuaikanya dengan keadaan iklim di gurun. Kebanyakkan tumbuhan di gurun ini mempunyai akar yang panjang dan merebak. Contohnya akar samun Creosoe. Akarnya ada yang menjalar jauh ke dalam tanah dan ada yang merebak di permukaan bumi untuk menyerap air.
                             Sesetengah tumbuhan mempunyai ciri khusus pada daunya. Terdapat tumbuhan yang daunya berlilin, contohnya daun samun Creosoe. Ada yang daunnya berkilat, liat dan berbulu. Terdapat juga tumbuhan yang tidak berdaun tetapi berduri, misalnya pokok kaktus prickly pear. Ciri ini akan membantu tumbuhan mengurangkan kehilangan air yang keluar melalui perpeluhan (transpirasi).
                               Selain itu, pokok kaktus mempunyai batang yang berlendair atau berongga untuk menyimpan air bagi kegunaan pada musim kemarau. Biki benih beberapa jenis rumput pula mempunyai kulit yang tebal dan keras. Biji-biji benih ini akan bercambah dengan serta-merta apabila menjadi lembap.
                                Hidupan liar di Gurun Sahara pun mempunyai ciri-ciri tertentu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang panas dan kering ini. Unta mempunyai bonggol di belakangnya untuk menyimpan air dan lemak untuk tempoh yang lama. Cicak hutan dan ular mempunya badan yang bersisik untuk mengurangkan kehilangan air dari badan. Haiwan seperti addax antelope mempunyai tapak kaki yang lebar untuk memudahkanya berjalan di atas pasir. Gazelle pula mempunyai kaki yang panjang untuk berlari jauh ketika mencari makanan dan air.


13.4  Mengenal Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Kawasan Tundra (Siberia)  


Kawasan iklim Tundra atau Artik terletak di sepanjang pantai utara Eurasia (Eropah dan Asia) bersempadan dengan Lautan Artik. Kawasan iklim ini sangat sejuk dan beribun abadi. Musim pertumbuhan di kawasan ini antara 2 hingga 3 bulan sahaja. Suhu pada musim panas tidak melebihi 10oc. Suhu pada musim sejuk kira-kira -10oc. Hujan yang turun tidak melebihi 300mm setahun. Kekurangan cahaya matahari dan hujan tahunan menyebabkan kurang tumbuhan semula jadi. Hanya lumut, liken, rusiga dan rumput yang dapat tumbuh di kawasan ini. Di selatan Siberia yang agak panas terdapat pokok-pokok daun tirus dan bantut, misalnya pokok larch, pain, fir, dan sprus.
                             Kawasan Tundra kurang didiami hudupan liar. Antara beberapa jenis hidupan liardi kawasan ini termasuklah rusa salji, karibu, harimau siberia, burung hantu snowy, serigala artik, elk, muskoxen, wolverine, arnab artik, beruang polar, tupai tanah, hamster, marmut, lynx dan walrus.




Rajah 13.4  Tumbuhan semulajadi dan hidupan liar di kawasan iklim Tundra, Siberia.


  
Ciri Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar

Tumbuhan semula jadi di kawasan Tundra mempunyai ciri yang khusus untuk menyesuaikannya dengan keadaan kekurangan air dan suhu yang sangat sejuk. Liken, misalnya hanya memerlukan air dan makanan yang sedikit untuk hidup. Tumbuhan ini dapat juga hidup setahun tanpa air. Lumut dan rumput pula mempunyai batang dan akar yang dapat menyimpan air.

Foto 13.1  Tumbuhan liken.

                              Pokok daun tirus adalah malar hijau dan terbantut pertumbuhannya kerana kekurgan hujan. Pokok ini berbentuk kon untuk mengelakkan salji bertimbun di atasnya. Kulitnya tebal dan batang pokok liat untuk bertahan daripada keadaan sejuk serta angin kencang. Daun-daunnya pula kecil, tebal, liat dan berbentuk seperti jarum. Ciri ini dapat  mengurangkan kehilangan air melalui proses perpeluhan.
                                Hidupan liar di tundra mempunyai ciri yang tertentu juga. Beruang kutub, harimau Siberia, walrus, karibu, elk, muskoxen, dan reindeer mempunyai lapisan lemak, kulit, ata bulu yang tebal. Ciri ini memungkinkan haiwan-haiwan ini memerangkap udara dan menghalang kehilangan haba dari badan.

Foto 13.2   beruang kutub sedang mencari makanan pada musim sejuk

                               Selain itu, pada musim sejuk beruang kutub dan tupai tanah akan berhibernat. Penghibernatan bererti haiwan tersebut akan berehat dan tidur di tempat persembunyiannya untuk masa yang panjang. Burung-burung di kawasan ini pula berpindah ke kawasan tropika sebelum musim sejuk tiba. Haiwan kecil seperti tikus dan arnab akan mengorek lubang dalam tanah sebagai tempat tinggal.



13.5 Mengenal Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Kawasan Mediterranean (Turki)


Peta 13.4  Kawasan iklim Mediterranean di Turki 
Kawasan iklim Mediterranian di Turki mengalami musim panas yang kering dan suhu kira-kira 21oc hingga 24oc. Musim sejuknya lembap dan suhu kira-kira 10oc hingga 14oc. Hujan tahunan kira-kira 800mm dan semakin berkurang ke kawasan pedalaman. Kawasan yang lebih lembap dan menerima hujan tahunan lebih 645mm, ditumbuhi hutan malar hijau Mediterranian seperti pokok oak, cypress, dan cedar. Semakin ke pedalaman, di  kawasan yang lebih kering terdapat hutan bangkut samun Mediterranian dan rumput. Jenis samun yang tumbuh ialah laurel, lavender, rosemary, dan martel. Kawasan tanah tinggi ditumbuhi hutan pokok tirus seperti pokok-pokok pain, sprus dan fir.
                               Hidupan liar banyak terdapat di kawasan ini, contohnya serigala, arnab beever, musang, kucing liar, helang, marten, beruang, rusa, gazelle, dan kambing gunung. Terdapat juga ular, burung, dan serangga seperti kumbang tanduk, cicada, dan cockchafer.


Foto 13.3  Hutan Mediterranian di Turki pada bulan Mei.



Rajah 13.5  Hidupan Liar di kawasan iklim Mediterranian, Turki.


Ciri Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar

Tumbuhan-tumbuhan dan hidupan liar di kawasan ini mempunyai ciri yang berbagai-bagai. Pokok-pokok di hutan malar hijau Mediterranian tumbuh jarang-jarang dan rendah. Batang pokok-pokok ini besar. Daunnya kecil dan liat. Keadaan ini dapat mengurangkan kehilangan air yang keluar melalui proses transpirasi. Akar pokok pula dapat menjalar jauh ke dalam tanah untuk mencari air.
                               Terdapat samun-samun yang rendah dan berduri. Tumbuh-tumbuhan tumbuh secara berselerak. Sesetengan samun berbau wangi, contohnya rosemary, laurel, dan lavender. Rumput-rumput yang tumbuh di sini pula halus dan bergulung-gulung.
                               Hidupan liar seperti arnab dapat menyesuaikan diri dengan keadaan panas dan kering pada musim panas. Haiwan ini akan bersembunyi di dalam lubang dalam tanah pada waktu siang dan keluar mencari makanan pada waktu malam.
                               Haiwan seperti kambing gunung mempunyai kaki yang kuat untuk mendaki cerun-cerun bukit yang berbatu. Selain itu, haiwan ini mempunyai deria bau yang tajam untuk mengesan musuhnya dari jauh.

Foto 13.4  kambing gunung.



13.6  Mengenal Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Kawasan Monsun Tropika (Thailand)


Peta 13.5  Kawasan hutan monsun tropika di Thailand.


Kawasan beriklim Monsun Tropika di Thailand adalah panas sepanjang tahun (21oc – 31oc). Hujan tahunannya antara 1 000 hingga 2 000 kk dengan satu musim lembap dan satu musim kering yang nyata. Keadaan ini menggalakkan pertumbuhan hutan monsun tropika, hutan ini memounyai spesies tumbuhan semula jadi yang banyak, terdapat pokok-pokok seprti jati, penaga, cendana, jelutung, mahogani, buluh, dan rotan.
                              Kawasan ini menjadi habitat kepada pelbagai jenis hidupan liar juga. Antaranya termasuklah gajah, monyet, harimau, burung, ular, serangga, katak, dan kupu-kupu.


Rajah 13.6  hidupan liar yang mendiami hutan monsun tropika di Thailand.


Ciri Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar

Suhu yang tinggi serta hujan tahunan yang agak banyak menggalakkan pertumbuhan pokok. Ada pokok yang tinggi dan lurus hingga mencapai ketinggian antar 20 hinga 30 meter, daunnya banyak dan lebar-lebar untuk menerima cahaya matahari. Hujung daun berbentuk tirus. Daun-daun ini akan digugurkan pada musim kering untuk menguragkan kehilangan air melalui proses perpeluhan.
                          Hutan di kawasan ini tumbuh agak jarang. Hutannya kelihatan berlapis-lapis tetapi tidak begitu nyata. Pokok-pokok yang sama spesies tumbuh secara berkelompok (dirian tulen). Cahaya matahari dapat sampai ke lantai hutan. Oleh itu, bahagian bawah hutan adalah padat.
                          Hutan monsun tropika menjadi habitat kepada banyak jenis hidupan liar. Oleh sebab tumbuhan di lantai hutan padat, haiwan jenis herbivor banyak terdapat di lapiasan ini. Antaranya termasuklah gajah dan rusa. Haiwan jenis karnivor, seperti harimaum ular, dan buaya banyak terdapat di sini. Di lapisan atas hutan pula banyak terdapat monyet dan pelbagai jenis.

Rajah 13.7 hutan monsun tropika tidak mempunyai lapisan yang nyata.



PETUNJUK KATA

Berlendair : Berlendir, berair, berisi air
Bonggol : Berbentuk benjol atau bengkak
Ibun abadi : Keadaan tanah yang beku oleh ais secara kekal
Tirus : Bentuk yang makin kecil di hujungnya
Bantut : Terhalang atau tersekat pertumbuhannya
Penghibernatan : Perbuatan merehatkan diri atau tidur sebagai cara untuk menghadapi musim sejuk
Hutan bangkut : pokok-pokok  yang tidak besar, kerdil
Dirian tulen : Pokok-pokok yang tumbuh secara berkelompok dan sama spesiesnya
Herbivor : Binatang yang makan tumbuhan saja sebagai makanan utamanya







KEMBALI KE ATAS

Categories: Share

2 comments: