UNIT 11: PENGARUH MANUSIA TERHADAP CUACA DAN IKLIM
Pembakaran terbuka adalah suatu kesalahan. Kegiatan ini dapat menyebaban kesan buruk
terhadap alam sekitar serta dapat mempegaruhi cuaca dan iklim di sesuatu
kawasan.
11.1 Kesan Kegiatan Manusia terhadap Cuaca dan Iklim
Manusia
menjalankan pelbagai kegiatan untuk mencapai kemajuan. Contohnya hutan ditebang dan dibakar untuk membuka
kawasan pertanian, penempatan, dan perindustrian. Kegiatan manusia ini telah membawa kesan
buruk terhadap cuaca dan iklim.
Antara
beberapa kesan buruk terhadap cuaca dan iklim itu termasklah kesan rumah hijau,
peningkatan suhu, pulau haba, jerebu, penipisan lapisan ozon, hujan asid, dan
kemarau. Kita akan mengkaji kesan-kesan
tersebut dalma tajuk yang berikut.
Pemanasan Bumi sebaga kesan Rumah Hijau
Di
sekeliling bumi terdapat lapisan atmosfera.
Lapisan ini terdiri daripada beberapa jenis gas. Antaranya termasuklah karbon dioksida (CO2),
klorofluorokarbon (CFC), metana (CH4), dan nitrus oksida (N2O). Gas-gas ini dikenal sebagai gas rumah hijau.
Cahaya matahari yang menemusi lapisan atmosfera
akan memanaskan permukaan bumi.
Sesetengah daripada haba ini akan terus dipancarkan kembali oleh bumi ke
angkasa. Namun, kebanyakkan haba yang
dipancarkan oleh bumi diperangkap oleh gas-gas rumah hijau. Kesan ini dikenali sebagai kesan rumah hijau.
Kesan rumah hijau adalah penting kerana sekiranya tiada
kesan ini, min suhu bumi akan jatuh sebanyak 18oC. Walau bagaimanaun, pelbagai kegiatan yang
dilakukan manusia telah menyebabkan gas-gas rumah hijau di atmosfera bertambah
dengan banyaknya. Keadaan ini
meningkakan suhu di atmosfera bumi kerana gas-gas ini memerangkap lebihan haba
dari bumi. Karbon dioksida merupakan gas
rumah hijau yang paling banyak dikeluarkan.
Dalam bberapa abad kebelakangan ini dianggarkan kandungan karbon
dioksida dalam atmosfera telah meningkat kira-kira 30%. Kegiatan utama yang menyebabkan peningkatan
ini ialah pembakaran bahan api.
Penebangan dan pembakaran hutan turut menambahkan menambahkan kandungan
karbon dioksida dalam atmosfera dan menyebabkan keadaan dibumi menjadi semakin
panas.
Faktor-faktor
lain yang turut menyebabkan meningkatnya gas-gas rumah hijau di atmosfera ialah
pelepasan gas metana akibat reputan bahan organic daripada aktiviti pertanian,
penternakan, dan pelupusan sampah.
Pembakaran petroleum oleh kenderaan telah melepaskan karbon dioksida dan
nitrus oksida ke udara. Gas CFC
dilepaskan melalui penggunaan gas penyejuk dalam peti sejuk, pembakaran
polisterina, dan penggunaan bahan aerosol.
Pulau Haba
Pembangunan
yang semakin pesat di bandar menyebabkan kawasan hutannya yang ditebang untuk
tujuan pembinaan. Bangunan konkrit yang
dibina rapat-rapat, serta jalan-jalan diturap dapat menyerap dan memerangkap
haba. Ini menyebabkan suhu udara di
bandar lebih panas diliputi tumbuh-tumbuhan.
Berdasarkan kjian yang telah dibuat, perbezaan suhu di pusat bandar dengan
suhu di pinggir bandar dapat mencecah 4oC.
Jerebu
Negara kita pernah engalami keadaan jerebu pada
tahun 1990, 1994, dan 1997. Jerebu
berlaku oleh sebab bertambahnya habuk, asap, dan debu yang mencemari udara.
Keadaan
berjerebu yang melanda Negara kita itu berpunca daripada kebakaran hutan. Asap daripada kebakaran hutan ini
menghasilkan pas dan habuk halus yang terapung-apung di atmisfera. Habuk halus ini menyerakkan cahaya matahari
lalu menyebabkan jarak penglihatan menjadi terhad. Jerebu biasanya berlaku sekirannya tiada
hujan dan angina bertiup.
Selain
itu, jerebu dapar berlaku daripada asap kotor kilang, kenderaan bermotor,
pembakaran terbuka, dan pembakaran bahan api. Asap, habuk, serta bahan-bahan
pencemar dari kilang dan pembakaran terbuka akan terapung-apung di udara lalu
menjadi jerebu.
Jerebu
dapat juga memudaratkan kesihatan manusia.
Contohnya ialah mata sakit, radang paru-paru (bronchitis), masalah
pernafasan dan asma.
Penapisan Lapisan Ozon
Lapisan ozon adalah
suatu lapisan gas yang terbentuk di sekeliling bumi. Lapisan ini terbentuk di atmosfera kira-kira
20 hingga 26km dari permukaan bumi.
Lapisan ini bertindak sebagai penapis sinar ultraungu cahaya matahari
sebelum sampai ke bumi. Sinar ultraungu
yang berlebihan dapat memudaratkan kehidupan di bumi.
Lapisan
ozon akan terhakis oleh beberapa faktor.
Ahli sanis telah mengesan suatu lohong ozon ini di
kawasan Antartika. Keadan ini bukan
sahaja meningkatkan suhu di bumi tetapi juga dapat memudaratkan hidupan di muka
bumi. Pelbagai penyakit yang berkaitan
dengan barah kulit dikatakan berpunca daripada kesan penipisan lapisan ozon.
Hujan asid
Hujan
asid dapt berlaku apabila udara di seduatu kawasan tercemar dengan
teruknya. Gas sulfur dioksida, nitrogen
oksida, dan karbon dioksida yang terlepas ke udara hasil daripada pembakaran
petroleum dan arang batu di stesen jana kuasa, kilang, dan kenderaan yang
menggunakan petrol akan terkumpul di udara.
Kemarau
Erubahan
iklim semula jadi seperi fenomena E1 Nino pada tahun 1997 menyebabkan kemarau
panjang di rantau ini. Keadaan ini
adalah suautu fenomena iklim. Masalah
kemara berkait rapat dengan pengurangan sumber air. Apabila berlaku pembangunan yang tak terkawal
dan brterusan, contoh tindakan penyahhutanan, kawasan tadahan air akan
terjejas. Itulah sebabnya pada musim
kemarau berlaku kekurangan sumber air.
KEMBALI KE ATAS