Background

UNIT 15 : KESAN-KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR


Keperluan hidupan manusia semakin bertambah dan pelbagai kegiatan dilakukan untuk memenuhi keperluan-kelerluan tersebut. Hutan di tebang untuk memperoleh sumber perhutanan, membina petempatan membina jaringan pengankutan, menjalankan aktiviti pertanian, penternakan dan perkilangan.
                Kegiatan-kegiatan ini meninggalkan kesan terhadap tumbuhan semula jadi dan hidupan liar. Dalam unit ini, kita akan meneliti kesan daripada kegiatan pembalakan, petempatan, dan pertanian.


15.1 Kesan-kesan Kegiatan Manusia terhadap Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar

Kepupusan Flora dan Fauna

Penerokaan sumber hutan akan menyebabkan flora dan fauna terancam kerana kehilangan habitat untuk membiak dan kekurangan sumber makanan. Lambat-laun beberapa spesies tumbuh-tumbuhan dan haiwan akan pupus. Antara beberapa spesies mamalia di Maaysia yang diancam kepupusan ialah badak sumatera, gajah, harimau, dan orang utan ( Sumber: Alert 2001, Sahabat Alam Malaysia )

Ketandusan Tanih

Apabila pokok mati, daun, ranting, dan dahannya akan reput. Keadaan cuaca yang panas dan lembab akan mencepatkan proses pereputan. Bahan yang reput ini berbentuk humus. Humus mempunyai nutrien yang dapat menyuburkan tanih.
                Bakteria, kulat, dan serangga akan menguraikan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang mati. Bahan kimia daripada tumbuhan dan haiwan ini akan dibebaskan. Bahan ini akan terserap ke dalam tanih dan menjadi nutrien.
                Penebangan hutan menyebabkan proses pembentukan humus dan penguraian terhenti. Seterusnya lapisan atas tanih akan terdedah kepada hakisan air larianpermukaan. Sebahagian air hujan akan melarutkan nutrien dan mineral lalu meresap ke lapisan bawah. Proses ini dikenali sebagai larut-resap. Proses larut-resap akan meyebabkan lapisan atas tanig kurang subur. Kedua-dua proses hakisan dan larut-resap akan meyebabkan tanih hilang kesuburannya dan menjadi tandus.

Kejadian Banjir

Penebangan hutan di kawasan cerun bukit menyebabkan kawasan tersebut menjadi gondol. Kawasan ini akan terdedah kepada hakisan. Permukaan tanih akan terhakis dan dibawa ke sungai yang berhampiran. Seterusnya tanih ini akan mendap di dasar sungai, terutamnya di kawasan hilir. Dasar sungai akan menjadi cetek. Apabila hujan lebat turun, sungai akan menampung air yang banyak. Air yang berlebihan ini akan melimpah ke kawasan sekitarnya lalu menyebabkan banjir. Contohnya ialah kejadian banjir lumpur yang berlaku di Sungai Sungkai, Perak pada tahun 2000 dan di bandar raya Kuala Lumpur pada bulan Oktober 2001.

Pencemaran
Pembakaran hutan untuk pertanian menyebabkan pencemaran udara. Contohnya kejadian jerebu yang buruk yang disebabkan oleh pembakaran hutan., berlaku secara besar-besaran di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia pada tahun 1997.
                Selain itu, penebangan hutan di hulu sungai pula menyebabkan berlakunya pencemaran sungai. Apabila hutan di tebang, air hujan akan menghakis tanah yang terdedah. Bahan yang terhakis ini akan dibawa ke sungai lalu termendap di dasar sungai. Akhirnya, air sungai menjadi keruh dan berkeladak.


  


15.2 Kesan Kegiatan Pembalakan, Pertanian, dan Petempatan terhadap Tumbuhan Semula Jadi   dan Hidupan Liar

Kesan pembalakan

Pembalakan dijalankan untuk memperoleh kayu balak khususnya untuk kegunaan dalam industri pembinaan. Kayu balak di gunakan juga untuk membuat perabot dan kertas. Kayu balak juga menjadi bahan eksport negara kita. Penebangan hutan untuk tujuan komersial ini telah menyebabkan kawasan hutan yang luas ditebang.
                Pokok-pokok yang ditebang tidak dapat digantikan dalam masa yang singkat. Pokok kayu keras hutan hujan tropika mengambil masa yang lama untuk membesar. Contohnya, pokok cengal dan merbau.
                Apabila hutan dimusnahkan, hidupan liar akan kehilangan habitat dan sumber makanan. Hidupan liar seperti orang utan, beruang matahari, buruang raja udang,dan burung ekor bercabang akan terancamdan hampir pupus.
                Hutan paya air masin berfungsi sebagaipanampan hakisan di kawasan pinggir laut. Oleh itu, penebangan hutan paya air masin menyebabkan pinggir laut terhakis. Walau bagaimanapun, jika dikalankan dengan terancang, penerokaan hutan paya air masin dapat juga mendatangkan faedah. Hutan Simpan Paya Laut di Larut Matang merupakan contoh hutan paya air masin yang diurus dengan baik. Hutan ini membekalkan sumber kayu sejak tahun 1902. Contoh lain ialah penerokaan hutan paya air masin di Pantai Remis, Perak dan Tanjung Dawai di Merbok, Kedah yang dijadikan kawasan penternakan udang.

Foto 15.1 Aktiviti pembalakan dapat memusnahkan pelbagai spesies flora dan fauna.


Kesan Kegiatan Pertanian

Pertanian pindah adalah kegiatan pertanian yang dilakukan oleh petani  tradiional di kawasan hutan hujan tropika. Untuk menjalankannya, hutan diteroka dan dibakar untuk dijadikan kawasan bercucuk tanam. Apabila tanihnya sudah kurang subur, pertanian akan dijalankan di kawasan baru. Kegiatan pertanian sebegini akan menyebabkan kemusnahan hutan yang semakin meluas.
                Asap daripada pembakaran hutan akan mencemari udara. Kawasan yang ditinggalkan itu pula akan menjadi tandus. Kawasan yang tandus akan terdedah pada hakisan oleh air hujan. Air hujan akan menghakis tanah dan membawanya ke sungai. Sebagai akibatnya, air sungai akan tercemar.
                Penerokaan hutan untuk kegiatan pertanian komersial/pertanian ladang turut menyebabkan kemusnahan flora dan fauna. Contohnya ialah pembukaan kawasan penanaman getah dan kelapa sawit di Pahang Tenggara dan di Johor Tenggara. Hidupan liar terutamanya gajah yang dahulunya banyak terdapat di hutan itu kini tinggal 1008 ekor saja di seluruh Semenanjung Malaysia.

Foto 15.2 Kawasan hutan yang diusahakan menjadi kawasan penanaman kelapa sawit


Kesan Kegiatan Petempatan

Pembinaan petempatan peneroka seperti di kawasan FELDA menyebabkan sebahagian hutan telah di tebang. Akibatnya banyak spesies flora yang musnah dan rantaian makanan hidupan liar turut terganggu.
                Permintaan terhadap kawasan petempatan adalah sangat tinggi. Faktor ini menyebabkan beberapa kawasan hutan tanah tinggi dijadikan kawasan petempatan. Contohnya ialah pembinaan kondominium di Ampang, Uku Kelang, Selangor. Kegiatan ini menyebabkan kejadian tanah runtuh serta pencemaran sungai.
                Semua kegiatan yang dijalankan itu adalah penting dalam hidup kita. Namun demikian, semuanya perlu dijalankan denga  terancang dan terkawal agar tidak menjejaskan alam semulajadi dan mengancam hidup kita.

                                                                                                                                                                                 
15.3  Kesan Kegiatan Manusia terhadap Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar pada Masa Depan


KEMBALI KE ATAS

Categories: Share

19 comments:

  1. Its help me for my kerja kursus😙 thank

    ReplyDelete
  2. Lain yang dicari,,lain jwpn yang didapati haiya.........macam² word dh taip kat google still benda yng sma je keluar.....

    ReplyDelete
  3. lain yang dicari tapi lain yang keluar but nvm thankyou <3

    ReplyDelete
  4. YouTube's new videos, 'Live' - Videodl.cc
    Video Games. YouTube. YouTube. VideoGames. VideoGames. Video Game. YouTube. download youtube to mp3 Videogames. The following videos have been added to YouTube (tutorials) by YouTube

    ReplyDelete