Background

UNIT 11: PENGARUH MANUSIA TERHADAP CUACA DAN IKLIM


Pembakaran terbuka adalah suatu kesalahan.  Kegiatan ini dapat menyebaban kesan buruk terhadap alam sekitar serta dapat mempegaruhi cuaca dan iklim di sesuatu kawasan.

11.1 Kesan Kegiatan Manusia terhadap Cuaca dan Iklim

            Manusia menjalankan pelbagai kegiatan untuk mencapai kemajuan.  Contohnya hutan ditebang dan dibakar untuk membuka kawasan pertanian, penempatan, dan perindustrian.  Kegiatan manusia ini telah membawa kesan buruk terhadap cuaca dan iklim.
            Antara beberapa kesan buruk terhadap cuaca dan iklim itu termasklah kesan rumah hijau, peningkatan suhu, pulau haba, jerebu, penipisan lapisan ozon, hujan asid, dan kemarau.  Kita akan mengkaji kesan-kesan tersebut dalma tajuk yang berikut.

Pemanasan Bumi sebaga kesan Rumah Hijau

            Di sekeliling bumi terdapat lapisan atmosfera.  Lapisan ini terdiri daripada beberapa jenis gas.  Antaranya termasuklah karbon dioksida (CO2), klorofluorokarbon (CFC), metana (CH4), dan nitrus oksida (N2O). Gas-gas ini dikenal sebagai gas rumah hijau.

           Cahaya matahari yang menemusi lapisan atmosfera akan memanaskan permukaan bumi.  Sesetengah daripada haba ini akan terus dipancarkan kembali oleh bumi ke angkasa.  Namun, kebanyakkan haba yang dipancarkan oleh bumi diperangkap oleh gas-gas rumah hijau.  Kesan ini dikenali sebagai kesan rumah hijau.


Kesan rumah hijau adalah penting kerana sekiranya tiada kesan ini, min suhu bumi akan jatuh sebanyak 18oC.  Walau bagaimanaun, pelbagai kegiatan yang dilakukan manusia telah menyebabkan gas-gas rumah hijau di atmosfera bertambah dengan banyaknya.  Keadaan ini meningkakan suhu di atmosfera bumi kerana gas-gas ini memerangkap lebihan haba dari bumi.  Karbon dioksida merupakan gas rumah hijau yang paling banyak dikeluarkan.  Dalam bberapa abad kebelakangan ini dianggarkan kandungan karbon dioksida dalam atmosfera telah meningkat kira-kira 30%.  Kegiatan utama yang menyebabkan peningkatan ini ialah pembakaran bahan api.  Penebangan dan pembakaran hutan turut menambahkan menambahkan kandungan karbon dioksida dalam atmosfera dan menyebabkan keadaan dibumi menjadi semakin panas.
            Faktor-faktor lain yang turut menyebabkan meningkatnya gas-gas rumah hijau di atmosfera ialah pelepasan gas metana akibat reputan bahan organic daripada aktiviti pertanian, penternakan, dan pelupusan sampah.  Pembakaran petroleum oleh kenderaan telah melepaskan karbon dioksida dan nitrus oksida ke udara.  Gas CFC dilepaskan melalui penggunaan gas penyejuk dalam peti sejuk, pembakaran polisterina, dan penggunaan bahan aerosol.

Pulau Haba

            Pembangunan yang semakin pesat di bandar menyebabkan kawasan hutannya yang ditebang untuk tujuan pembinaan.  Bangunan konkrit yang dibina rapat-rapat, serta jalan-jalan diturap dapat menyerap dan memerangkap haba.  Ini menyebabkan suhu udara di bandar lebih panas diliputi tumbuh-tumbuhan.  Berdasarkan kjian yang telah dibuat, perbezaan suhu di pusat bandar dengan suhu di pinggir bandar dapat mencecah 4oC.

Jerebu

Negara kita pernah engalami keadaan jerebu pada tahun 1990, 1994, dan 1997.  Jerebu berlaku oleh sebab bertambahnya habuk, asap, dan debu yang mencemari udara.
            Keadaan berjerebu yang melanda Negara kita itu berpunca daripada kebakaran hutan.  Asap daripada kebakaran hutan ini menghasilkan pas dan habuk halus yang terapung-apung di atmisfera.  Habuk halus ini menyerakkan cahaya matahari lalu menyebabkan jarak penglihatan menjadi terhad.  Jerebu biasanya berlaku sekirannya tiada hujan dan angina bertiup.
            Selain itu, jerebu dapar berlaku daripada asap kotor kilang, kenderaan bermotor, pembakaran terbuka, dan pembakaran bahan api. Asap, habuk, serta bahan-bahan pencemar dari kilang dan pembakaran terbuka akan terapung-apung di udara lalu menjadi jerebu.
            Jerebu dapat juga memudaratkan kesihatan manusia.  Contohnya ialah mata sakit, radang paru-paru (bronchitis), masalah pernafasan dan asma.

Penapisan Lapisan Ozon

Lapisan ozon adalah suatu lapisan gas yang terbentuk di sekeliling bumi.  Lapisan ini terbentuk di atmosfera kira-kira 20 hingga 26km dari permukaan bumi.  Lapisan ini bertindak sebagai penapis sinar ultraungu cahaya matahari sebelum sampai ke bumi.  Sinar ultraungu yang berlebihan dapat memudaratkan kehidupan di bumi.
            Lapisan ozon akan terhakis oleh beberapa faktor. 


Ahli sanis telah mengesan suatu lohong ozon ini di kawasan Antartika.  Keadan ini bukan sahaja meningkatkan suhu di bumi tetapi juga dapat memudaratkan hidupan di muka bumi.  Pelbagai penyakit yang berkaitan dengan barah kulit dikatakan berpunca daripada kesan penipisan lapisan ozon.

Hujan asid

            Hujan asid dapt berlaku apabila udara di seduatu kawasan tercemar dengan teruknya.  Gas sulfur dioksida, nitrogen oksida, dan karbon dioksida yang terlepas ke udara hasil daripada pembakaran petroleum dan arang batu di stesen jana kuasa, kilang, dan kenderaan yang menggunakan petrol akan terkumpul di udara.

Kemarau

            Erubahan iklim semula jadi seperi fenomena E1 Nino pada tahun 1997 menyebabkan kemarau panjang di rantau ini.  Keadaan ini adalah suautu fenomena iklim.  Masalah kemara berkait rapat dengan pengurangan sumber air.  Apabila berlaku pembangunan yang tak terkawal dan brterusan, contoh tindakan penyahhutanan, kawasan tadahan air akan terjejas.  Itulah sebabnya pada musim kemarau berlaku kekurangan sumber air.













KEMBALI KE ATAS

Categories: Share

Leave a Reply