UNIT 9 : PERGERAKAN BUMI DALAM SISTEM SURIA SERTA PENGARUHNYA TERHADAP CUACA DAN IKLIM
Objektik
:
Dalam
unit ini anda akan dapat :
-
Memahami putaran dan peredaran bumi
-
Memahami kesan pergerakan bumi terhadap cuaca
dan iklim
-
Memahami serta faktor-faktor yang
mempengaruhinya
9.1 Putaran Bumi
serta Kesannya
Bumi
senantiasa berputar. Bumi berputar seperti gasing pada paksinya. Paksi bumi ini
menganjur dari Kutub Utara ke Kutub Selatan secara condong pada sudut 66½°
dengan rataan londar matahari. Bumi berputar dari barat ke
timur. Setiap satu putaran bumi mengambil masa selama 24 jam atau sehari. Putaran bumi ini menyebabkan kejadian
siang dan malam di muka bumi.
Pada waktu siang, kita melihat
matahari seolah-olah bergerak dari timur dan terbenam di barat. Sebenarnya,
yang bergerak ialah bumi, bukan matahari.
Semasa
berpusat, sebahagian permukaan bumi akan menghadap matahari dan sebahagian lagi
akan terlindung. Bahagian yang menghadap yang terlindung akan mengalami waktu
malam. Kejadian ini silih berganti kerana bumi sentiasa berputar.
Rajah 9.1
Putaran bumi menyebabkan kejadian siang dan malam
|
9.2 Peredaran Bumi
serta Kesannya
Dalam
sistem suria terdapat matahari dan Sembilan planet. Bumi adalah satu daripada
planet itu. Setiap planet akan beredar mengelilingi matahari mengikut
laluannya yang tertentu. Laluan itu disebut sebagai orbit.
Bumi bukan saja berputar pada paksi
tetapi dalam masa yang sama beredar mengelilingi matahari mengikut orbitnya. Peredaran bumi adalah secara lawan
pusingan jam. Bumi mengambil masa selama 365 hari, 6 jam dan 9 minit atau
setahun untuk melengkapkan satu edaran.
Jumlah hari dalam setiap tahun
biasanya dinyatakan sebagai 365 hari saja. Oleh itu, bagi setiap empat tahun,
jumlah hari dalam setahun akan bertambah sehari. Tahun ini disebut sebagai tahun lompat. Tahukah anda mengapa
jumlah hari itu bertambah? Cuba bincangkan sebabnya dengan rakan-rakan anda.
Peredaran bumi dan keadaan bumi
yang condong (kecondongan paksi bumi
66½°) menyebabkan sebahagian kawasan di permukaan bumi mengalami iklim empat musim. Musim itu ialah musim bunga, musim panas, musim luruh
dan musim sejuk. Kejadian ini
berlaku ada kaitannya dengan kedudukan bumi semasa beredar mengelilingi
matahari.
9.3 Peredaran Bumi
dan Kejadian Empat Musim
Sebelum
memahami kejadian empat musim, eloklah kita memahami bahagian-bahagian bumi. Garisan Khatulistiwa adalah garisan
membahagikan bumi kedapa dua. Bahagian ke utara Garisan Khatulistiwa disebut
sebagai hemisfera utara dan bahagian
ke selatannya disebut sebagai hemisfera selatan. Terdapat juga garis lintang atau latitude utama yang
lainnya. Perhatikan Rajah 9.2.
Rajah 9.2
Kedudukan garis lintang utama
|
Semasa
berputar dan beredar mengelilingi matahari, bumi adalah dalam keadaan condong.
Pancaran matahari tegak ke bumi berubah-ubah mengikut masa.
Rajah 9.3 Kedudukan bumi semasa beredar mengelilingi matahari |
Solstis Musim Panas
Pada
21 Jun, anda dapat melihat Kutub Utara
Bumi condong ke arah matahari. Seluruh bahagian Kutub Utara menerima pancaran
matahari. Oleh itu waktu siangnya adalah
sepanjang hari, iaitu 24 jam. Pada masa ini juga, matahari kelihatan berada
tegak di atas kepala pada waktu tengah hari di Garisan Sartan. Lihat Rajah
9.4.
Rajah 9.4
Solstis musim panas
|
Selain
itu, pada kedudukan ini hemisfera utara mengalami waktu siang yang lebih panjang
daripada waktu malamnya kerana lebih banyak kawasannya yang menghadap matahari.
Oleh itu, hemisfera utara mengalami musim
panas. Keadaan ini disebut sebagai solstis
musim panas. Sebaliknya hemisfera selatan mengalami musim sejuk. Waktu malamnya lebih panjang daripada waktu siangnya.
Di Kutub Selatan dan kawasan yang
hampir dengannya pula akan mengalami waktu malam yang lebih pajang. Oleh sebab
terlindung daripada matahari, bahagian Kutub Selatan mengalami waktu malam sepanjang hari, iaitu
selama 24 jam. Hanya kawasan-kawasan yang hampir dengan Khatulistiwa yang akan
mengalami waktu siang dan waktu malam yang sama panjang.
Ekuinoks Musim Luruh
Pada
23 September, matahari akan kelihatan berada tegak di atas kepala di Garisan Khatulistiwa pada waktu tengah
hari. Pada masa ini, semua kawasan di bumi mengalami 12 jam siang dan 12 jam
malam. Pada masa yang sama, hemisfera utara mengalami musim luruh. Keadaan ini disebut sebagai ekuinoks musim luruh. Kawasan-kawasan di hemisfera selatan pada
ketika ini pula akan mengalami musim
bunga.
Rajah 9.5
Ekuinoks musim luruh (23 Sept.) dan ekuinoks musim bunga (21 mac)
|
Solstis Musim Sejuk
Pada
22 Disember, Kutub Selatan bumi berkeadaan condong ke arah matahari. Bahagian
ini menerima pancaran matahari sepenuhnya (24 jam), manakala Kutub Utara
terlindung sepenuhnya (24 jam) daripada matahari. Bahagian di Garisan Jadi berada tepat menghadap
matahari dan matahari kelihatan tegak di atas kepala pada waktu tengah hari.
Oleh itu, hemisfera selatan mengalami waktu siang yang lebih panjang daripada
waktu malamnya dan menyebabkan kawasan ini mengalami waktu panas.
Hemisfera utara pula mengalami musim
sejuk. Waktu malamnya lebih panjang daripada waktu siangnya. Keadaan ini
disebut sebagai solstis musim sejuk.
Rajah 9.6
solstis Musim Sejuk (22 Disember)
|
Ekuinoks
Musim Bunga
Pada 21 Mac, bahagian
di Garisan Khatulistiwa berada tepat menghadap matahari dan matahari kelihatan
berada tegak di atas kepala pada waktu tengah hari. Pada masa ini, semua
kawasan di bumi mengalami 12 jam siang dan 12 jam malam. Pada masa yang sama,
hemisfera utara mengalami musim bunga. Keadaan ini disebut sebagai ekuinoks
musim bunga. Kawasan-kawasan di hemisfera selatan pada ketika ini pula
mengalami musim luruh.
Foto 9.1 Suatu
kawasan yang melalui keadaan musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim
sejuk
|
9.4 Cuaca dan Iklim di Malaysia
Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun. Jenis iklim ini dialami di kawasan-kawasan yang terletak di antara 0o hingga 10o uatar dan selatan Garisan Khatulistiwa.
9.5 Ciri Iklim di Malaysia
Suhu
Min suhu tahunan Malaysia ialah 27oC. Suhu di negara ini sentiasa tinggi san sekata sepanjang tahun. Julat suhu tahunan iaitu perbezaan di antara shu bulan yang tinggi dengan suhu bula yang terendah adalah kecil, di antara 1oC hingga 3oC.
Jadual 9.1 ini menunjukkan min suhu bulanan untuk setiap bulan di Kuala Lumpur. Min suhu tahunan bagi dua belas bulan kemudian dibahagikan dengan 12 ialah 26.4oC.
Jadual 9.1 Min suhu tahunan di Kuala Lumpur
Bulan
Bandar
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
7
|
8
|
9
|
10
|
11
|
12
|
Min Suhu (oC)
|
Kuala Lumpur
|
26
|
26
|
27
|
27
|
27
|
27
|
26
|
26
|
26
|
26
|
26
|
27
|
26.4
|
Angin
Sistem angin utama yang membawa hujan ke Malaysia ialah Angin Monsun Barat Daya dan Angin Monsun Timur Laut. Sistem angin yang lain ialah Angin Sumatera, bayu laut, dan bayu darat.
Angin Monsun Barat Daya (Mei hingga September) berasal dari benua Australia. Pada masa ini, benua Australia mengalami musim sejuk, manakala benua Asia mengalami musim panas. Udara benua Australia akan menjadi sejuk dan menjadi kawasan tekanan udara tinggi. Udara benua Asia akan dipanaskan dan suatu kawasan tekanan uadara rendah akan terbentuk.
Udara dari kawasan tekanan tiggi akan bergerak ke kawasan tekanan rendah. Oleh itu, udara bergerak dari Australia merentas Lautan Hindi dan melalui Malaysia ke benua Asia. Angin bertiup dari arah tenggara di Australia dan terbias ke arah barat daya apabila merentasi Garisan Khatilistiwa. Angin ini terbias akibat putaran bumi. Oleh itu, angina monsun yang sampai ke Malaysia dikenal sebagai Angin Monsun Barat Daya.
Angin Monsun Barat Daya bertiup merentasi Pulau Sumatera dan Kalimantan sebelum sampai ke Malaysia. Angin ini kurang membawa hujan lebat kerana terhalang oleh tanah tinggi di Sumatera dan Kalimantan. Antara kawasan yang menerima hujan (melebihi 1 500 mm) di kawasan pergunungan di pendalaman Sarawak, pantai barat Sabah, Bukit Larut, Gunung Jerai, kawasan Gunung Batu Pulih di Banjaran Titiwangsa dan tanah tinggi di Terengganu. Daerah Kuala Pilah yang terletak di kawasan lindungan hujan menerima hujan yang sedikit saja (kurang daripada 500 mm).
Angin Monsun Timur Laut berasal dari benua Asia dan bertiup antara bulan November hingga Mac. Pada masa ini, benua Asia mengalami musim sejuk, manakala benua Australia mengalami musim panas. Udara di benua Asia disejukkan dan suatu kawasan tekanan tinggi terbentuk. Pada masa yang sama, udara di benua Australia dipanaskan dan suatu kawasan tekanan rendah terbentuk. Udara bergerak dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah. Oleh itu, angina bertiup dari benua Asia ke benua Australia. Angin bertiup dari arah timur laut dan terbias kea rah barat laut apabila merentas Garisan Khatulistiwa. Oleh itu, angina monsun yang sampai ke Malaysia pada waktu itu dikenal sebagai Angin Monsun Timur Laut.
Angin MonsunTimur Laut bertiup merentasi Laut China Selatan sebelum sampai ke Malaysia. Angina yang lembap ini banyak membawa hujan. Kawasan-kawasan yang menerima hujan lebat melebihi 1 500 mm ialah pantai tiur semenanjung Malaysia, bahagian selatan Banjaran Titiwangsa, sebahagian tengah Banjaran Titiwangsa, pantai utara dan timur Sabah, dan hamper seluruh Sarawak.
Angin Sumatera bertiup antara bulan April hingga Mei dan antara bulan September hingga Oktober. Kelajuannya mencapai 80 km sejam. Angin ini berasal dari Pulau Sumatera dan dikenal sebagai skual. Angina ini membawa hujan lebat ke pantai barat Semenanjung Malaysia terutamanya antara Pelabuhan Klang hingga Johor. Angin ini bertiup kencang membawa hujan lebat secara tiba-tiba pada waktu malam sehingga subuh. Hujan lebat biasanya disertai petir dan kilat.
Bayu laut dan bayu darat terbentuk akibat perbezaan tekanan udara di laut dan di darat. Pada waktu siang, kawasan daratan yang berhampiran dengan pantai menjadi lebih cepat panas daripada laut. Suhu udara di permukaan laut lebh rendah daripada suhu di permukaan daratan. Hal ini menyebabkan udara di permukaan daratan mengalami tekanann rendah, manakala udara di permukaan laut mengalami tekanan tinggi. Oleh sebab udara bergerak dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah, maka udara bergerak dari laut ke darat sebagai bayu laut. Bayu laut menyamankan udara di kawasan yang berhampiran dengan pantai pada waktu siang.
Pada waktu malam, kawasan darat lebih cepat kehilangan haba daripada kawasan laut. Udara di permukaan daratan lebih sejuk daripada udara di permukaan laut. Udara di permukaan laut mengalami tekanan rendah, manakala udara di permukaan darat mengalami tekanan tinggi. Oleh itu, udara bergerak dari darat ke laut sebagai bayu laut.
Hujan
Malaysia menerima banyak hujan sepanjang tahun. Jumlah hujan tahumam ialah kira-kira 2 600 mm. Hujan peliang lebat di negra kita turun semasa peralihan (perantaraan) monsoon, iaitu pada bulan April dan Oktober. Keadaan ini berlaku selepas kejadian ekuinoks. Malaysia mengalami hujan maksimum dalam bentuk hujan perolakkan.
Biasanya, permukaan bumi dipanaskan oleh pencaran matahari yang terik dari pagi hingga petang. Air tersejat dan bertukar menjadi wap. Udara yang panas bersama-sama dengan wap air naik ke angkasa sehingga sampai di paras yang tinggi dan menyebabkan menjadi sejuk. Wap air akan bertukar menjadi titisan air dan pemeluwapan berlaku. Titisan air bercantum menjadi awan, aitu jenis awan komulonimbus yang tebal. Hujan lebat turun pada lewat petang dengan disertai kilat dan petir.
Taburan hujan di Malaysia tidak sekata kerana dipegaruhi oleh keadaan bentuk muka bumi. Kawasan tanah tinggi menerima hujan dalam bentuk hujan bukit atau hujan relief.
9.6 Faktor-faktor yang Mempegaruhi Cuaca dan Iklim di Malaysia
Kedudukan
Pada umumnya, kawasan yang terletak di Garisan Khatulistiwa atau yang berhampiran dengannya mempunyai suhu yang tinggi sepanjang tahun. Di kawasan ini pancaran matahari adalah tegak di atas kepala. Haba tertumpu di kawasan yang lebih kecil dan menyebabkan suhu tinggi. Itulah sebabnya Malaysia yang terletak berhampiran Garisan Khatulistiwa mengalami suuhu yang tinggi sepanjang tahun.
Semua negara di kawasan kahtulistiwa menerima hujan perolakkan. Hujan ini terbentuk akibat sejatan yang tinggi pada waktu siang. Malaysia banyak menerima hujan daripada jenis hujan ini. Kedudukan Malaysia dilaluan tiupan Angin Monsun Barat Daya dan Angin Monsun Timur Laut juga menyebabkan jumah hujan tahunan yang diterima di Malaysia adalah tinggi.
Angin Monsun
Angin Monsun Barat Laut dan Angin Monsun Timur Laut mempegaruhi jumlah hujan yang diterima pada bulan Mei hingga September dan November hingga Mac. Hujan yang dibawa oleh kedua-dua angin monsun ini menambahkan jumlah hujan tahunan Malaysia.
Hampir seluruh kawasan di Malaysia mengalami suhu terendah antara bulan Disember hingga Februari. Suhu menurun sebagai akibat tiupan Angin Monsun Timur Laut yang membawa udara nyaman dari utara. Hujan lebat daripada angina monsun ini juga merendahkan suhu terutamanya di pantai timur Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak.
Ketinggian
Kawasan yang tinggi mengalami suhu yang rendah. Manakala, kawasan yang lebih rendah mengalami suhu yang lebih tinggi. Keadaan ini berlaku kerana lapisan udara di kawasan rendah dan dekat dengan bumi lebih banyak dipanaskan oleh haba dari bumi.
Selain itu, suhu akan menurun dengan kadar 1oC bagi setiap tambahan ketinggian 165 meter. Oleh itu, purata suhu tahunan di Tanah Rata di Tanah Tinggi Camern (1 545 m) ialah kira-kira 18.6oC.
Kepulauan
Kawasan pinggir laut dan pulau dipengaruhi oleh laut yang berhampiran. Pada waktu siang, air laut lambat menyerap haba. Oleh itu suhu adalah rendah di kawasan pinggir pantai. Pada waktu malam, air laut lambat kehilangan haba. Oleh itu, kawasan pinggir laut dan kepulauan adalah kurang panas oada waktu siang. Manakala, pada malamnya suhu tidak begitu rendah. Laut menyederhanakan suhu kawasan yang terletak berhampirannya. Bayu laut yang bertiup pada waktu siang ke kawasan-kawasan pinggir laut juga merendahkan suhu.
Julat suhu hariannya lebih kecil jika dibandingkan dengan kawasan di pendalaman. Kawasan di pendalaman yang terletak jauh dari pengaruh kesederhanaan laut dan bayu laut mengalami suhu yang lebih panas pada waktu siang dan yang lebih sejuk pada waktu malam. Julat suhu hariannya adalah lebih tinggi.
Bebas daripada Taufan dan Kemarau Panjang
Angin siklon terbentuk di kawasan antara garislintang 5oU hingga 20oU. Di bahagian-bahagian yang lain angina ini dikenal dengan nama yang berbeza-beza. Di Amerika Syarikat dikenal sebagai hurikan, di Australia sebagai willy-willys, dan di Asia Timur sebagai taufan. Taufan melanda Jepun, China, Hong Kong, Taiwan, pantai Vietnam, dan Filipina Utara. Angina bertiup antara Mei hingga November degan kelajuan 200 hingga 300 km sejam. Singin ini dapat menyebabkan kemusnahan secara meluas.
Di Malaysia yang direntasi oleh kedua-dua Angin Monsun Timur Laut dan Angi Monsun Barat Daya menyebabkan Negara kita banyak menerima hujan. Kedudukan Malaysia yang terletak berhampiran khatulistiwa pula menyebabkan suhu yang panas diterima sepanjang tahun. Keadaan ini menggalakkan pembentukkan hujan perolakkan, terutamanaya pada peralihan monsun. Ciri ini menyebabkan Malaysia menerima hujan sepanjang tahun.
KEMBALI KE ATAS