Background

UNIT 1: KEDUDUKAN



Dalam bahagian ini anda akan belajar tentang :
-          Kedudukan
-          Arah
-          Skala dan Jarak
-          Graf
-          Peta

Bahagian ini bertujuan membolehkan pelajar mengkaji dan menghubungkaitkan aspek kedudukan, arah, serta skala dan jarak. Kandungannya tertumpu kepada kemahiran menggunakan kompas, alat ukur dan atlas. Selain itu, kemahiran tentang cara menyampaikan dan mentafsirkan maklumat dalam bentuk grafik seperti jadual, graf, pelan, rajah dan peta diberi penekanan.

UNIT 1 : KEDUDUKAN

Objektif :
Dalam unit ini anda akan dapat :
-          Menyatakan kedudukan pelajar di dalan kelas mengikut lajur dan baris
-          Menentukan kedudukan dengan menggunakan koordinat mudah seperti lajur dan baris
-          Menyatakan kedudukan relatif sesuatu tempat
-          Melukis pelan dalam kelas mengikut lajur dan baris

1.1  Menentukan Kedudukan dalam Kelas

Mari kita masuk ke kelas Yew Kin. Meja dan kerusi pelajar tersusun dalam lajur dan baris yang kemas. Perhatikan Rajah 1.1. setiap lajur kita beri nombor dari kiri ke kanan, misalnya lajur 01, 02, 03, 04 dan seterusnya


Rajah 1.1    Tempat-tempat duduk pelajar 


Baris kita beri nombor dari hadapan ke belakang, misalnya baris 01, 02, 03, dan seterusnya. Kedudukan di tempat setiap lajur dan baris itu bertemu atau bersilang disebut sebagai koordinat. Dengan itu, tempat duduk pelajar dalam kelas dapat kita tentukan berdasarkan koordinat. Contohnya kedudukan Yew Kin ialah di koordinat 0401.



1.1  Memahami Kedudukan secara Koordinat



Susunan meja dan kerusi dalam kelas Yew Kin dapat dilukis seperti Rajah 1.2. susunan dari kiri ke kanan itu disebut sebagai lajur. Susunan dari depan ke belakang disebut sebagai baris. Dengan merujuk kepada titik persilangan lajur dan baris, sesuatu kedudukan secara koordinat dapat ditentukan. Perhatikan kedudukan Yew Kin dalam rajah ini.



Rajah 1.2  Memahami koordinat melalui rajah


1.1  Memahami Kedudukan Relatif dalam Kelas



Mari kita masuk ke kelas Afiq pula. Afiq duduk di baris hadapan kelas. Di belakangnya ialah Peter. Di kirinya ialah Balan. Di sebelah kanannya pula ialah Rajini. Manakala, yang duduk dekat dengan tingkap itu ialah Farah.



            Kedudukan Peter, Balan, dan Rajini dapat kita tentukan dengan merujuk kepada kiri, kanan dan belakang tempat duduk Afiq. Oleh itu, tempat duduk Afiq menjadi titik rujukan. Kedudukan Farah dapat kita tentukan dengan merujuk kepada tingkap. Oleh itu, tingkap di dalam kelas ini menjadi titik rujukan. Kedudukan yang ditentukan dengan kaedah ini disebut kedudukan relatif





Rajah 1.3 Kedudukan relatif pelajar-pelajar di dalam kelas Afiq.




1.1  Memahami Kedudukan Relatif di Lapangan



Di kawasan kediamannya, Yew Kin mempunyai ramai jiran. Antaranya jiran-jirannya termasuklah Encik Devan, Encik Wong, Encik Azman dan Encik Wahid. Perhatikan Rajah 1. 4 di bawah ini dengan teliti. Dapatkah anda menentukan kedudukan rumah-rumah jiran Yew Kin itu? Kedudukan rumah-rumah mereka dapat ditentukan dengan mudah dengan berpandukan titik-titik rujukan yang ditunjukkan.



            Jika anda berdiri menghadap ke rumah Yew Kin, rumah Encik Devan adalah di sebelah rumah kiri Yew Kin. Rumah Encik Wong adalah disebelah kanan. Cuba tentukan kedudukan rumah jiran Yew Kin yang lainnya.


Rajah 1.4 Kedudukan relatif – rumah Encik Devan di sebelah kiri rumah Yew Kin. Rumah Encik Wong di sebelah kanan. Rumah Encik Azman di belakang rumah Yew Kin. Rumah Encik Wahid pula, di belakang pejabat pos.



Rumusan








KEMBALI KE ATAS

Categories: Share

Leave a Reply