Background

UNIT 4 : GRAF



Objektif :
Dalam unit ini anda akan dapat :
-          Mengumpulkan dan merekodkan data
-          Memilih data dan menyusun maklumat dalam bentuk jadual
-          Membina graf bar mudah dan graf garisan
-          Mentafsirkan jadual, graf bar mudah dan graf garisan

Setiap hari kita akan melihat atau membaca pelbagai maklumat. Contohnya yang disiarkan dalam surat khabar atau melalui televisyen dan internet. Maklumat-maklumat itu disiarkan dalam pelbagai bentuk. Ada yang berbentuk ayat-ayat yang panjang. Ada yang berbentuk jadual. Ada juga yang berbentuk gambar dan rajah yang menarik seperti yang berikut.



Rajah di atas menunjukkan maklumat yang disampaikan dalam bentuk graf. Graf adalah lukisan yang menunjukkan data atau maklumat dalam bentuk kuantiti yang mudah dibanding-bandingkan. Dalam unit ini kita akan dipersembahkan dalam bentuk graf.


4.1 Mengumpulkan dan Merekod Data

Sebelum graf dapat dihasilkan, data atau maklumat perlu dikumpulkan. Untuk aktiviti berkumpulan, Afiq dan rakan-rakannya diberi tugas oleh guru Geografi untuk mengumpulkan dan merekodkan data atau maklumat. Maklumat itu perlu disusun dalam bentuk jadual. Seterusnya, mereka disuruh melukis graf daripada maklumat yang diperoleh itu.

            Ada beberapa kaedah yang dapat digunakan oleh mereka untuk mengumpulkan maklumat. Antaranya termasuklah kaedah pemerhatian, temu bual, banci, soal selidik/tinjau siasat/survey dan rujukan kepustakaan.


KAEDAH PENGUMPULAN MAKLUMAT

  1. KAEDAH PEMERHATIAN
-     Kaedah pemerhatian adalah kaedah pengumpulan maklumat yang paling mudah dan cepat dilakukan. Maklumat yang hendak dikumpulkan dapat diperoleh dengan cara melihat dan mencatat perkara-perkara yang berkaitan dengan maklumat yang hendak dikumpulkan.

  1. KAEDAH TEMU BUAL
-     Kaedah temu bual adalah kaedah pengumpulan maklumat secara lisan dengan berjumpa dan bersoal jawab dengan seseorang. Biasanya kaedah ini sesuai untuk mengumpulkan data atau maklumat yang berkait dengan berita, pendapat atau nasihat. Orang yang ditemu bual akan dikemukakan beberapa soalan yang berkaitan dengan maklumat yang hendak dikumpulkan.

  1. BANCI
-     Banci adalah kaedah pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan sesuatu jumlah yang dihitung. Contohnya ialah jumlah penduduk dan jumlah kenderaan yang lalu-lalang di sesuatu jalan. Kaedah ini biasanya dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia untuk menghitung jumlah penduduk Malaysia berdasarkan perkara-perkara seperti umur, pekerjaan, pendapatan, bangsa dan jantina.

  1. SOAL SELIDIK/TINJAU SIASAT/SURVEI
-     Kaedah pengumpulan maklumat melalui soal selidik/tinjau siasat/survey dilakukan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada orang ramai. Setelah diisi, borang tersebut perlu dikumpulkan semula.

  1. RUJUKAN KEPUSTAKAAN
-     Kaedah rujukan kepustakaan adalah kaedah pengumpulan maklumat yang dilakukan dengan merujuk pada bahan-bahan yang sudah diterbitkan. Contohnya ialah maklumat diperoleh dengan merujuk pada  buku-buku, majalah, risalah, keratan akhbar, laman web atau cakera padat.


4.2 Cara Mengumpulkan dan Merekodkan Data Tentang Cara Pelajar Datang Ke Sekolah

Afiq dan rakan-rakannya memilih untuk menggunakan kaedah pemerhatian. Sebelum pemerhatian dibuat, mereka menyediakan borang rekod. Lihat Jadual 4.1. Pada borang itu dicatat bilangan (no.), nama pelajar dan cara datang ke sekolah.
            Untuk membuat pemerhatian, Afiq berada di sekolah lebih awal daripada pelajar-pelajar yang lain. Dia berdiri di pintu pagar untuk memerhatikan cara rakan kelas yang lain dating ke sekolah. Chee Keong berjalan kaki ke sekolah. Farah menaiki bas. Balan dihantar oleh ayahnya dengan kereta. Semua cara rakan-rakan kelasnya datang ke sekolah dalam borang itu

Jadual 4.1 Contoh Borang Rekod


4.3 Menyusun Maklumat atau Data Dalam Bentuk Jadual

Maklumat atau data dalam Jadual 4.1 dapat dirumuskan supaya mudah difahami. Caranya ialah dengan menyusun semua maklumat itu dalam bentuk jadual. Sebelum membina jadual, maklumat dapat disusun secara kasar terlebih dahulu, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.2.
            Dalam jadual ini, cara pelajar-pelajar datang ke sekolah dihimpunkan mengikut persamaan dan kekerapannya. Misalnya, bilangan pelajar-pelajar yang datang ke sekolah dengan bas ditandakan (|). Setiap tanda (|) itu mewakili seorang pelajar. Tanda (||||) mewakili lima orang pelajar. Dengan melukis tanda-tanda ini, kita dapat mengelakkan kesilapan ketika mengira bilangan pelajar


Jadual 4.2 Kiraan bilangan pelajar dan cara datang ke sekolah

Membina Jadual
Dalam jadual yang sempurna, data-data perlu disusun daripada bilangan yang kecil. Butir-butir yang tidak penting perlu dibuang. Perhatikan Jadual 4.3. Jadual ini adalah jadual yang sempurna yang telah dibina semula daripada Jadual 4.2 oleh Afiq dan rakan-rakannya.


Jadual 4.3 Cara Pelajar Tingkatan 1 Merbau datang ke sekolah
4.4 Membina Graf Bar Mudah dan Graf Garisan

Cikgu Mazlina memberikan panduan kepada pelajar-pelajarnya tentang cara menyampaikan maklumat yang dikumpulkan dengan Jadual 4.3 dalam bentuk graf bar.

Panduan Membina Graf Bar Mudah

Cara pelajar Tingkatan 1 Merbau datang ke sekolah

LANGKAH 1, 2 DAN 3




Langkah 1 :
  1. Lukis paksi mendatar dan paksi menegak
  2. Paksi mendatar mewakili cara datang ke sekolah dan paksi menegak mewakili bilangan pelajar

Langkah 2 :
  1. Pilih skala mendatar dan skala menegak yang sesuai. Paksi mendatar = 3 petak mewakili setiap cara datang ke sekolah. Skala menegak = 1 cm mewakili lima pelajar

Langkah 3 :
  1. Tandakan + pada titik persilangan bilangan pelajar yang ke sekolah dengan bas, iaitu 18 orang = petak 18 pada paksi menegak
  2. Kemudian, tandakan titik persilangan bagi bilangan pelajar yang menggunakan cara yang lainnya untuk ke sekolah

LANGKAH 4






Langkah 4 :
  1. Berdasarkan tanda-tanda tersebut, lukis bar yang menganjur ke atas
  2. Bezakan bar-bar itu dengan lorekan atau warna yang sesuai
  3. Sediakan petunjuk bagi setiap lorekan atau warna yang diwakili oleh setiap bar
  4. Seterusnya, berikan tajuk yang sesuai bagi graf tersebut


Panduan Membina Graf Garisan

Jenis graf yang sesuai sekali untuk mempersembahkan data-data tentang min suhu bulanan ialah graf garisan. Contohnya suhu di Kuching, Sarawak.

Min suhu bulanan Kuching, Sarawak


LANGKAH 1, 2 DAN 3





Langkah 1 :
  1. Lukis paksi mendatar dan paksi menegak
  2. Paksi mendatar mewakili bulan
  3. Paksi menegak mewakili suhu (°C)

Langkah 2 :
  1. Pilih skala menegak yang sesuai
  2. Skala menegak = 1 cm mewakili 10°C

Langkah 3 :
  1. Tandakan + pada titik persilangan suhu pada bulan Januari, iaitu 24°C
  2. Kemudian, tandakan titik persilangan bagi suhu bulan Februari dan seterusnya
  3. Paksi mendatar jarak antara setiap satu bulan hendaklah sama

 LANGKAH 4








Langkah 4 :

  1. Sambungkan semua tanda + dengan satu garisan seperti yang ditunjukkan
  2. Beri tajuk yang sesuai pada graf tersebut.


4.5 Mentafsirkan Jadual, Graf Bar Mudah dan Graf Garisan

Anda telah mempelajari cara mengumpulkan data dan membina graf. Untuk memahami data dalam jadual, graf bar mudah dan graf garisan itu, anda perlu membuat tafsiran. Perhatikan dan fahami contoh tafsiran yang berikut ini.

Tafsiran
Cara pelajar tingkatan 1 Merbau datang ke sekolah







Mentafsirkan Jadual dan Graf Bar Mudah

Daripada jadual dan graf bar mudah tentang cara pelajar datang ke sekolah, kita dapat mentafsirkan bahawa jumlah pelajar Tingkatan 1 Merbau paling ramai ke sekolah menaiki bas. Yang kedua teramai ialah datang dengan berjalan kaki. Yang paling sedikit adalah yang datang membonceng motosikal. Secara keseluruhan pula, kita dapat mengetahui bahawa jumlah pelajar dalam kelas itu ialah seramai 40 orang.

Min suhu bulanan Kuching, Sarawak





Berdasarkan jadual dan graf garisan tentang min suhu bulanan Kuching, Sarawak kita dapat membuat tafsiran. Bulan yang mengalami suhu terendah ialah bulan Januari dan Februari, iaitu 24°C. Suhu mula meningkat kepada 26°C pada bulan Mac hingga April dan kepada 27°C pada bulan Mei hingga Jun. Suhu adalah paling tinggi pada bulan Julai, iaitu 28°C. Pada bulan Ogos hingga Oktober, suhu turun kepada 27°C dan kepada 26°C pada bulan November. Suhu meningkat semula kepada 27°C pada bulan Disember.


Rumusan 









KEMBALI KE ATAS

Categories: Share

Leave a Reply