UNIT 16 : PEMELIHARAN DAN PEMULIHARAAN TUMBUHAN SEMULAJADI DAN HIDUPAN LIAR.
16. 1 Kepentingan
Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar.
Hutan adalah khazanah alam yang sangat
penting kepada manusia dan seluruh penghuni alam yang lainnya. Hutan penting
juga untuk warisan generasi akan datang. Walau bagaimananpun, terdapat terdapat
pelbagai kegiatan manusia yang menyebabkan tumbuhan semula jadi dan hidupan
liar terancam. Banyak kawasan umbuhan semula jadi yang musnah dan sepsis
hidupan liar yang hamper pupus.
16. 2 Langkah-langkah
Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar.
Mewartakan
Hutan Simpan dan Taman Negara.
Pelbagai langkah diambil oleh kerajaan
untuk pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuhan semula jadi serta hidupan liar di
Malaysia. Antaranya termasuklah mewartakan hutan simpan dan taman negara
sebagai kawasan perlindungan hidupan liar.
Majlis
Perhutanan Negara ditubuhkan oleh kerajaan untuk mengurus, memelihara dan
memulihara hutan di seluruh Malaysia. Majlis ini mengawal semula kegiatan
perhutanan dengan menetapkan keluasan hutan yang boleh ditebang di setiap
negeri setiap tahun. Langkah ini memastikan kemusnahan berlebihan tidak
berlaku. Selain itu, majlis ini akan memastika keadaan hutan asli dikekalkan
dengan penubuhan kawasan hutan simpan, hutan lipur, hutan perlindungan hidupan
liar dan taman negara.
Antara
beberapa contoh kawasan hutan tersebut termasuklah Hutan Simpan Paya Laut
Matang di Perak, Hutan Simpan Belum di Perak dan Hutan Simpan Sungai Lalang di
Semenyih, Selangor. Manakala kawasan taman negara pula termasuklah Taman Negara
Endau-Rompin, Taman Negara Niah, dan Taman Negara Kinabalu. Penebangan hutan
dan aktiviti perburuaan hidupan liar di kawasan-kawasan ini adalah diharamkan.
Rajah 16.1 Taman Negara- penebangan hutan dan perburuan hidupan liar diharamkan disini. |
Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara
(PERHILITAN) turut bertanggungjawab dalam perlindungan hidupan liar di negara
kita. Kawasan perlindungan hidupan liar yang pertama di Malaysia ditubuhkan
pada tahun 1903, iaitu Kawasan Perlindungan Chior di Perak. Kini, terdapat 55
kawasan perlindungan hidupan liar di seluruh negara.
Rajah 16.2 Taburan taman negara dan kawasan perlindungan hidupan liar di Malaysia. |
Beberapa sepsis hidupan liar yang
mengalami kepupusan telah dikenalpasti dan dilindungi di bawah Akta
Perlindungan Hidupan Liar 1972. Antaranya termasuklah badak sumbu, seladang,
harimau, gajah, orang utan dan beberapa spesis burung.
Rajah 16.3 Spesis Burung yang terlindung |
Penanaman
Semula Pokok-pokok
Kawasan hutan yang telah ditebang
telah ditanam semula dengan pokok-pokok. Penanaman semula secara percubaan
dijalankan sejak tahun 1920-an di Semenanjung Malaysia. Hutan yang telah
ditebang dan kawasan yang terbiar aktivti pertanian pindah ditanam semula
dengan spesis pokok kayu keras seperti akasia, yemane, dan batai. Spesis
pokok-pokok ini dapat tumbesar dengan cepat, iaitu dalam tempoh 15tahun. Projek
penanaman semula ini dijalankan di negeri-negeri seperti Pahang, Johor,
Selangor, Negeri Sembilan , Perak , Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak.
Rajah 16.4 Penanaman semula pokok bakau di kawasan hutan paya air masin |
Baka spesis yang digunakan untuk
penanaman semula ditetentukan selepas penyelidikan dijalanka oleh institute
Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong. Program penghutanan semula
juga telah dijalankan di kawasan Hutan Simpan Paya Laut di Larut Matang, Perak.
Disini, spesis paya laut seperti bakau kurap dan bakau minyak ditanam. Spesis
pokok-pokok yang digunakan dalam usaha penanaman semula mempunyai potensi bagi
kegunaan masa depan.
Penubuhan Ladang Hutan.
Jabatan Perhutanan Malaysia menubuhkan
lading hutan untuk mendapatkan bekalan kayu kayan yang berharga secara
berterusan. Kira-kira 30% kawasan di Malaysia dijadikan Hutan Simpan Kekal.
Hutan ini ditanam secara peradangan dan ditebang mengikut giliran selepas 30
atau 55 tahun. Hanya pokok yang cukup besar yang dipilih untuk ditebang.
Penanaman semula pokok baru akan dijalankan di kawasan ini untuk menggantikan
pokok-pokok yang telah ditebang
Penubuhan
lading hutan juga mengurangkan penebangan pokok dihutan asli. FRIM dengan kerjasama
Universiti Pertanian Malaysia berusaha menjayakan projek lading hutan di
Malaysia. Kedua-dua institusi ini memilih baka seperti akasia , yemane dan
batai.
Rawatan silvilkultur
Rawatan silvilkultur memastikan hanya
pokok-pokok yang berharga yang diberi peluang tumbuh. Pokok-pokok yang tidak
bernilai dan bersaing dengan pokok lain diracun atau dipotong. Rawatan
silvilkultur dijalankan di lading-ladang hutan. Langkah ini bertujuan untuk
memelihara spesis pokok yang semakin pupus seperti cengal, jelutong dan rotan.
Pengawalan Pembalakan Hutan
Jabatan Perhutanan Malaysia
menguatkuasakan beberapa undang-undang untuk mengawal pembalakan haram dan
pemburuan hidupan liar. Antaranya termasuklah Akta Perhutanan Negara (Pindaan
1993) dan Enakmen Industri Berasaskan Kayu (1989). Melalui akta ini, tindakan
undang-undang dapat diambil dan hukuman berat boleh dikenakan terhadap pihak
yang melakukan kegiatan pembalakan haram atau pencerobohan hutan.
Pertubuhan Alam Sekitar.
Malaysia bekerjasama dengan negara-negara
ASEAN untuk menjaga , memelihara dan memulihara hutan mengikut Persetujuan
Jakarta 1981. Badan-badan seperti Tabung Hidupan Liar Dunia (WWF), Persetujuan
Pencinta Alam (MNS) , dan FRIM berusaha untuk memberikan kesedaran kepada orang
ramai tentang pentingnya memelihara dan memulihara alam sekitar.
16.3 Cadangan
Langkah Lanjutan untuk Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tumbuhan Semula Jadi dan
Hidupan Liar.
Pemuliharaan Bekas Lombong
Pakar perhutanan dari FRIM telah membuat kajian dan mendapati bahawa
spesis pokok tembusu, batai dan gelam dapat ditanam di kawasan bekas lombong
yang ditinggalkan. Spesis-spesis ini dapat menghasilkan kayu api atau serpihan
kayu untuk dibuat kertas. Pokok akasia dapat juga ditanam di kawasan ini.
Spesis ini akan menghasilkan balak dan meyuburkan tanih. FRIM telah berjaya
menanam pokok akasia dikawasan bekas lombong bijih timah di Batang Berjuntai,
Selangor.
Undang-undang Perlindungan Flora
Kerajaan negeri Sarawak telah mengubal
undang-undang untuk melindungi beberapa spesis flora. Beberapa spesis pokok
bakau, periuk kera, orkid dan palma dan semua spesis Rafflesia diharamkan
dipungut untuk dijual. Hukuman berat dikenakan terhadap orang yang melakukan
perbuatan tersebut.
Mewujudkan Ladang Jati
Penanaman spesis berharga seperti
pokok jati dilaksanakan di Perak, Kedah, Perlis dan Selangor. Penanaman pokok
ini patut diperluas dikawasan lain yang sesuai. Setiap hektar tanah yang
ditanam dengan pokok jati dapat menghasilkan pendapatan antara RM650 000 hingga
RM 731 250. Pokok jati hanya memerlukan 15 hingga 25 tahun untuk cukup besar.
Rajah 16.5 Penanaman pokok jati mendatangkan hasil yang lumayan |
Kitar Semula Kertas
Orang ramai perlu sedarakan
kepentingan mengitar semula kertas.
Permintaan terhadap kertas untuk penerbitan surat khabar, buku dan majalah
semakin meningkat. Pada tahun 2000, kerajaan Malaysia membelanjakan kira-kira
RM 4 juta setiap bulan untuk mengimport 23 000 tan kertas bagi tujuan ini.
Jumlah ini dijangka akan meningkat dari setahun ke setahun.
Perlindugan Hidupan Liar.
Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia,
Sabah dan Sarawak mempunyai undang-undang sendiri untuk melindungi hidupan
liar. Namun begitu, undang-undang ini masih tidak dapat melindungi spesis yang
diancam kepupusan. Perburuna haram masih berlaku dengan berleluasa. Kawalan
yang lebih ketat perlu dilaksanakan dan lebih banyak kawasan yang perlu
dijadikan kawasan perlindungan hidupan liar. Orang ramai perlu juga diberi
penerangan untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya memelihara hidupan
liar kita.
Rumusan
KEMBALI KE ATAS
Tq untuk pnerangan..
ReplyDeletemohon copy idea
ReplyDeleteTerima kasih😁😁
ReplyDeleteTerima kasih😁😁
ReplyDeleteMohon share untuk pdp penulisan bahasa melayu
ReplyDeleteMohon share untuk pdp penulisan bahasa melayu
ReplyDeleteMintak izin sebagai rujukan..tqq
ReplyDelete