Background

UNIT 3 : SKALA DAN JARAK



Objektif :
Dalam unit ini anda akan dapat :
-          Mengenal pasti dan melukis skala lurus
-          Mengukur panjang dan lebar bilik darjah dengan menggunakan skala lurus
-          Mentakrifkan konsep jarak
-          Menyatakan jarak dari rumah ke sekolah
-          Melukis pelan bilik darjah berasaskan skala lurus
-          Mengira jarak relatif dan jarak mutlak dari rumah
-          Mengira jarak relatif dan jarak mutlak dalam peta lakar

3.1 Memahami Skala

Skala adalah nisbah atau kadar jarak dalam peta atau pelan sebagai ganti mewakili jarak yang sebenarnya di permukaan bumi. Contohnya, pada Rajah 3.1, jika skala 1 sentimeter (cm) mewakili 10 meter (m) digunakan, maka Jalan Tun Ali itu dilukis sepanjang 10 sentimeter (cm) saja. Setiap 1 cm di atas pelan bersamaan dengan 10 meter di atas jalan yang sebenarnya.


Rajah 3.1 Pelan Jalan Tun Ali dan kawasan tanaman pokok yang dilukis dengan skala 1 sentimer (cm) = 10 meter (m)


Skala yang biasa digunakan ialah skala lurus. Skala lurus ialah skala yang dilukis dalam bentuk garisan. Dua contoh skala lurus iaitu skala lurus mudah dan skala lurus penuh. Perhatikan kedua-dua contoh skala lurus yang berikut ini.


Rajah 3.2 Contoh skala lurus mudah dan skala lurus penuh

3.2 Mengukur Panjang dan Lebar Bilik Darjah dengan Menggunakan Skala Lurus

Guru Geografi di sekolah Afiq, Cikgu Mazlina menyuruh pelajar-pelajarnya mengukur bilik darjah. Kemudian, mereka disuruh melukis pelan bilik darjah itu berdasarkan skala lurus. Marilah kita melihat bagaimana Afiq dan rakan-rakannya melakukan tugas itu.

GERAK KERJA AFIQ DAN RAKAN-RAKANNYA
-     Afiq dan rakan-rakannya mengukur panjang dan lebar bilik darjah itu dengan pita ukur. Mereka mendapati panjang bilik itu ialah 9 meter (m). Lebarnya pula ialah 7 meter. Mereka menukarkan ukuran panjang dan lebar bilik darjah sebenar kepada ukuran dalam sentimeter untuk melukis pelan.







3.3 Memahami Jarak

Jarak adalah jauh di antara dua tempat. Jauh antara rumah Afiq dengan sekolah yang ditunjukkan dalam pelan di bawah ini disebut sebagai jarak. Jarak antara rumah Afiq dengan sekolah ini ialah dua kilometer



Rajah 3.3 Pelan yang menunjukkan jarak antara rumah Afiq dengan sekolah

Jarak yang dapat diukur dalam unit seperti meter atau kilometer disebut sebagai jarak mutlak. Jarak dua kilometer antara rumah Afiq dengan sekolah itu adalah jarak mutlak. Jarak dapat juga ditentukan dengan berdasarkan masa atau kos yang digunakan untuk sampai di sesuatu tempat dari sesuatu tempat. Misalnya, Afiq membayar tambang bas 50sen untuk pergi ke sekolah. Perjalanan dengan bas itu mengambil masa selama 10 minit. Oleh itu, jarak berdasarkan kos (tambang bas) antara rumah Afiq dengan sekolah ialah 50 sen. Jarak berdasarkan masa pula ialah 10 minit perjalanan dengan bas. Jarak yang diukur dengan mengambil kira kos dan masa tersebut sebagai jarak relatif.





3.4 Mengira Jarak Mutlak dan Jarak Relatif

Jarak mutlak pada peta lakar dapat dikira dengan mudah dengan merujuk kepada skala. Dengan berdasarkan skala yang diberikan, anda dapat mengira jarak mutlak rumah pelajar-pelajar yang berikut dari sekolah mereka.

Rajah 3.4 Peta lakar jarak rumah-rumah pelajar dari sekolah

Jika ukuran anda tepat, jawapan yang akan anda perolehi seperti dibawah :





Jarak relatif dari rumah ke sekolah pelajar-pelajar tadi dapat dikira dengan merujuk kepada dua perkara. Pertamanya ialah jenis dan kadar kelajuan kenderaan yang dinaiki mereka. Yang keduanya ialah kadar tambang atau kos yang perlu dibayar untuk setiap kilometer ke sekolah. Kedua-dua perkara itu menjadi rujukan semasa mengira jarak relatif.

            Andaikan bahawa mereka menaiki bas ke sekolah. Kadar kelajuan bas ituialah 3 minit bagi setiap kilometer. Daripada maklumat ini, dapatlah kita mengira jarak relatif seperti contoh yang berikut.

Rujukan
-          Kadar tambang bas ialah 10 sen setiap kilometer
-          Jarak mutlak Azwin dari sekolah ialah 7 kilometer
-          Kadar kelajuan bas ialah 3 minit setiap kilometer




Jarak relatif dari rumah ke sekolah bagi pelajar-pelajar yang lain dapat juga dikira seperti yang ditunjukkan dalam contoh di atas.

Rumusan





KEMBALI KE ATAS

Categories: Share

Leave a Reply