16. 1 Kepentingan
Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar.
Hutan adalah khazanah alam yang sangat
penting kepada manusia dan seluruh penghuni alam yang lainnya. Hutan penting
juga untuk warisan generasi akan datang. Walau bagaimananpun, terdapat terdapat
pelbagai kegiatan manusia yang menyebabkan tumbuhan semula jadi dan hidupan
liar terancam. Banyak kawasan umbuhan semula jadi yang musnah dan sepsis
hidupan liar yang hamper pupus.
16. 2 Langkah-langkah
Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar.
Mewartakan
Hutan Simpan dan Taman Negara.
Pelbagai langkah diambil oleh kerajaan
untuk pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuhan semula jadi serta hidupan liar di
Malaysia. Antaranya termasuklah mewartakan hutan simpan dan taman negara
sebagai kawasan perlindungan hidupan liar.
Majlis
Perhutanan Negara ditubuhkan oleh kerajaan untuk mengurus, memelihara dan
memulihara hutan di seluruh Malaysia. Majlis ini mengawal semula kegiatan
perhutanan dengan menetapkan keluasan hutan yang boleh ditebang di setiap
negeri setiap tahun. Langkah ini memastikan kemusnahan berlebihan tidak
berlaku. Selain itu, majlis ini akan memastika keadaan hutan asli dikekalkan
dengan penubuhan kawasan hutan simpan, hutan lipur, hutan perlindungan hidupan
liar dan taman negara.
Antara
beberapa contoh kawasan hutan tersebut termasuklah Hutan Simpan Paya Laut
Matang di Perak, Hutan Simpan Belum di Perak dan Hutan Simpan Sungai Lalang di
Semenyih, Selangor. Manakala kawasan taman negara pula termasuklah Taman Negara
Endau-Rompin, Taman Negara Niah, dan Taman Negara Kinabalu. Penebangan hutan
dan aktiviti perburuaan hidupan liar di kawasan-kawasan ini adalah diharamkan.
![]() |
Rajah 16.1 Taman Negara- penebangan hutan dan perburuan hidupan liar diharamkan disini. |
Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara
(PERHILITAN) turut bertanggungjawab dalam perlindungan hidupan liar di negara
kita. Kawasan perlindungan hidupan liar yang pertama di Malaysia ditubuhkan
pada tahun 1903, iaitu Kawasan Perlindungan Chior di Perak. Kini, terdapat 55
kawasan perlindungan hidupan liar di seluruh negara.
![]() |
Rajah 16.2 Taburan taman negara dan kawasan perlindungan hidupan liar di Malaysia. |
Beberapa sepsis hidupan liar yang
mengalami kepupusan telah dikenalpasti dan dilindungi di bawah Akta
Perlindungan Hidupan Liar 1972. Antaranya termasuklah badak sumbu, seladang,
harimau, gajah, orang utan dan beberapa spesis burung.
![]() |
Rajah 16.3 Spesis Burung yang terlindung |
Penanaman
Semula Pokok-pokok
Kawasan hutan yang telah ditebang
telah ditanam semula dengan pokok-pokok. Penanaman semula secara percubaan
dijalankan sejak tahun 1920-an di Semenanjung Malaysia. Hutan yang telah
ditebang dan kawasan yang terbiar aktivti pertanian pindah ditanam semula
dengan spesis pokok kayu keras seperti akasia, yemane, dan batai. Spesis
pokok-pokok ini dapat tumbesar dengan cepat, iaitu dalam tempoh 15tahun. Projek
penanaman semula ini dijalankan di negeri-negeri seperti Pahang, Johor,
Selangor, Negeri Sembilan , Perak , Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak.
![]() |
Rajah 16.4 Penanaman semula pokok bakau di kawasan hutan paya air masin |
Baka spesis yang digunakan untuk
penanaman semula ditetentukan selepas penyelidikan dijalanka oleh institute
Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong. Program penghutanan semula
juga telah dijalankan di kawasan Hutan Simpan Paya Laut di Larut Matang, Perak.
Disini, spesis paya laut seperti bakau kurap dan bakau minyak ditanam. Spesis
pokok-pokok yang digunakan dalam usaha penanaman semula mempunyai potensi bagi
kegunaan masa depan.
Penubuhan Ladang Hutan.
Jabatan Perhutanan Malaysia menubuhkan
lading hutan untuk mendapatkan bekalan kayu kayan yang berharga secara
berterusan. Kira-kira 30% kawasan di Malaysia dijadikan Hutan Simpan Kekal.
Hutan ini ditanam secara peradangan dan ditebang mengikut giliran selepas 30
atau 55 tahun. Hanya pokok yang cukup besar yang dipilih untuk ditebang.
Penanaman semula pokok baru akan dijalankan di kawasan ini untuk menggantikan
pokok-pokok yang telah ditebang
Penubuhan
lading hutan juga mengurangkan penebangan pokok dihutan asli. FRIM dengan kerjasama
Universiti Pertanian Malaysia berusaha menjayakan projek lading hutan di
Malaysia. Kedua-dua institusi ini memilih baka seperti akasia , yemane dan
batai.
Rawatan silvilkultur
Rawatan silvilkultur memastikan hanya
pokok-pokok yang berharga yang diberi peluang tumbuh. Pokok-pokok yang tidak
bernilai dan bersaing dengan pokok lain diracun atau dipotong. Rawatan
silvilkultur dijalankan di lading-ladang hutan. Langkah ini bertujuan untuk
memelihara spesis pokok yang semakin pupus seperti cengal, jelutong dan rotan.
Pengawalan Pembalakan Hutan
Jabatan Perhutanan Malaysia
menguatkuasakan beberapa undang-undang untuk mengawal pembalakan haram dan
pemburuan hidupan liar. Antaranya termasuklah Akta Perhutanan Negara (Pindaan
1993) dan Enakmen Industri Berasaskan Kayu (1989). Melalui akta ini, tindakan
undang-undang dapat diambil dan hukuman berat boleh dikenakan terhadap pihak
yang melakukan kegiatan pembalakan haram atau pencerobohan hutan.
Pertubuhan Alam Sekitar.
Malaysia bekerjasama dengan negara-negara
ASEAN untuk menjaga , memelihara dan memulihara hutan mengikut Persetujuan
Jakarta 1981. Badan-badan seperti Tabung Hidupan Liar Dunia (WWF), Persetujuan
Pencinta Alam (MNS) , dan FRIM berusaha untuk memberikan kesedaran kepada orang
ramai tentang pentingnya memelihara dan memulihara alam sekitar.
16.3 Cadangan
Langkah Lanjutan untuk Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tumbuhan Semula Jadi dan
Hidupan Liar.
Pemuliharaan Bekas Lombong
Pakar perhutanan dari FRIM telah membuat kajian dan mendapati bahawa
spesis pokok tembusu, batai dan gelam dapat ditanam di kawasan bekas lombong
yang ditinggalkan. Spesis-spesis ini dapat menghasilkan kayu api atau serpihan
kayu untuk dibuat kertas. Pokok akasia dapat juga ditanam di kawasan ini.
Spesis ini akan menghasilkan balak dan meyuburkan tanih. FRIM telah berjaya
menanam pokok akasia dikawasan bekas lombong bijih timah di Batang Berjuntai,
Selangor.
Undang-undang Perlindungan Flora
Kerajaan negeri Sarawak telah mengubal
undang-undang untuk melindungi beberapa spesis flora. Beberapa spesis pokok
bakau, periuk kera, orkid dan palma dan semua spesis Rafflesia diharamkan
dipungut untuk dijual. Hukuman berat dikenakan terhadap orang yang melakukan
perbuatan tersebut.
Mewujudkan Ladang Jati
Penanaman spesis berharga seperti
pokok jati dilaksanakan di Perak, Kedah, Perlis dan Selangor. Penanaman pokok
ini patut diperluas dikawasan lain yang sesuai. Setiap hektar tanah yang
ditanam dengan pokok jati dapat menghasilkan pendapatan antara RM650 000 hingga
RM 731 250. Pokok jati hanya memerlukan 15 hingga 25 tahun untuk cukup besar.
![]() |
Rajah 16.5 Penanaman pokok jati mendatangkan hasil yang lumayan |
Kitar Semula Kertas
Orang ramai perlu sedarakan
kepentingan mengitar semula kertas.
Permintaan terhadap kertas untuk penerbitan surat khabar, buku dan majalah
semakin meningkat. Pada tahun 2000, kerajaan Malaysia membelanjakan kira-kira
RM 4 juta setiap bulan untuk mengimport 23 000 tan kertas bagi tujuan ini.
Jumlah ini dijangka akan meningkat dari setahun ke setahun.
Perlindugan Hidupan Liar.
Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia,
Sabah dan Sarawak mempunyai undang-undang sendiri untuk melindungi hidupan
liar. Namun begitu, undang-undang ini masih tidak dapat melindungi spesis yang
diancam kepupusan. Perburuna haram masih berlaku dengan berleluasa. Kawalan
yang lebih ketat perlu dilaksanakan dan lebih banyak kawasan yang perlu
dijadikan kawasan perlindungan hidupan liar. Orang ramai perlu juga diberi
penerangan untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya memelihara hidupan
liar kita.
Rumusan
KEMBALI KE ATAS
Keperluan hidupan manusia semakin bertambah dan pelbagai
kegiatan dilakukan untuk memenuhi keperluan-kelerluan tersebut. Hutan di tebang
untuk memperoleh sumber perhutanan, membina petempatan membina jaringan
pengankutan, menjalankan aktiviti pertanian,
penternakan dan perkilangan.
Kegiatan-kegiatan
ini meninggalkan kesan terhadap tumbuhan semula jadi dan hidupan liar. Dalam
unit ini, kita akan meneliti kesan daripada kegiatan pembalakan, petempatan,
dan pertanian.
15.1 Kesan-kesan
Kegiatan Manusia terhadap Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar
Kepupusan Flora dan
Fauna
Penerokaan sumber hutan akan menyebabkan flora dan fauna terancam kerana kehilangan habitat
untuk membiak dan kekurangan sumber makanan. Lambat-laun beberapa spesies
tumbuh-tumbuhan dan haiwan akan pupus.
Antara beberapa spesies mamalia di Maaysia yang diancam kepupusan ialah badak
sumatera, gajah, harimau, dan orang utan ( Sumber: Alert 2001, Sahabat Alam
Malaysia )
Ketandusan Tanih
Apabila pokok mati, daun, ranting, dan dahannya akan reput.
Keadaan cuaca yang panas dan lembab akan mencepatkan proses pereputan. Bahan
yang reput ini berbentuk humus.
Humus mempunyai nutrien yang dapat menyuburkan tanih.
Bakteria,
kulat, dan serangga akan menguraikan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang mati.
Bahan kimia daripada tumbuhan dan haiwan ini akan dibebaskan. Bahan ini akan
terserap ke dalam tanih dan menjadi nutrien.
Penebangan
hutan menyebabkan proses pembentukan humus dan penguraian terhenti. Seterusnya
lapisan atas tanih akan terdedah kepada hakisan air larianpermukaan. Sebahagian
air hujan akan melarutkan nutrien dan mineral
lalu meresap ke lapisan bawah. Proses ini dikenali sebagai larut-resap. Proses larut-resap akan
meyebabkan lapisan atas tanig kurang subur. Kedua-dua proses hakisan dan larut-resap
akan meyebabkan tanih hilang kesuburannya dan menjadi tandus.
Kejadian Banjir
Penebangan hutan di kawasan cerun bukit menyebabkan kawasan
tersebut menjadi gondol. Kawasan ini
akan terdedah kepada hakisan. Permukaan tanih akan terhakis dan dibawa ke
sungai yang berhampiran. Seterusnya tanih ini akan mendap di dasar sungai,
terutamnya di kawasan hilir. Dasar sungai akan menjadi cetek. Apabila hujan
lebat turun, sungai akan menampung air
yang banyak. Air yang berlebihan ini akan melimpah ke kawasan sekitarnya lalu
menyebabkan banjir. Contohnya ialah kejadian banjir lumpur yang berlaku di
Sungai Sungkai, Perak pada tahun 2000 dan di bandar raya Kuala Lumpur pada
bulan Oktober 2001.
Pencemaran
Pembakaran hutan untuk pertanian menyebabkan pencemaran udara. Contohnya kejadian jerebu
yang buruk yang disebabkan oleh pembakaran hutan., berlaku secara besar-besaran
di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia pada tahun 1997.
Selain
itu, penebangan hutan di hulu sungai pula menyebabkan berlakunya pencemaran sungai. Apabila hutan di
tebang, air hujan akan menghakis tanah yang terdedah. Bahan yang terhakis ini
akan dibawa ke sungai lalu termendap di dasar sungai. Akhirnya, air sungai
menjadi keruh dan berkeladak.
15.2 Kesan Kegiatan
Pembalakan, Pertanian, dan Petempatan terhadap Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar
Kesan pembalakan
Pembalakan dijalankan untuk memperoleh kayu balak khususnya
untuk kegunaan dalam industri pembinaan. Kayu balak di gunakan juga untuk
membuat perabot dan kertas. Kayu balak juga menjadi bahan eksport negara kita.
Penebangan hutan untuk tujuan komersial ini telah menyebabkan kawasan hutan
yang luas ditebang.
Pokok-pokok
yang ditebang tidak dapat digantikan dalam masa yang singkat. Pokok kayu keras
hutan hujan tropika mengambil masa yang lama untuk membesar. Contohnya, pokok
cengal dan merbau.
Apabila
hutan dimusnahkan, hidupan liar akan kehilangan habitat dan sumber makanan.
Hidupan liar seperti orang utan, beruang matahari, buruang raja udang,dan
burung ekor bercabang akan terancamdan hampir pupus.
Hutan
paya air masin berfungsi sebagaipanampan hakisan di kawasan pinggir laut. Oleh
itu, penebangan hutan paya air masin menyebabkan pinggir laut terhakis. Walau
bagaimanapun, jika dikalankan dengan terancang, penerokaan hutan paya air masin
dapat juga mendatangkan faedah. Hutan Simpan Paya Laut di Larut Matang
merupakan contoh hutan paya air masin yang diurus dengan baik. Hutan ini
membekalkan sumber kayu sejak tahun 1902. Contoh lain ialah penerokaan hutan
paya air masin di Pantai Remis, Perak dan Tanjung Dawai di Merbok, Kedah yang
dijadikan kawasan penternakan udang.
![]() |
Foto 15.1 Aktiviti pembalakan dapat memusnahkan pelbagai spesies flora dan fauna. |
Kesan Kegiatan
Pertanian
Pertanian pindah adalah kegiatan pertanian yang dilakukan oleh petani tradiional di kawasan hutan hujan tropika.
Untuk menjalankannya, hutan diteroka dan dibakar untuk dijadikan kawasan
bercucuk tanam. Apabila tanihnya sudah kurang subur, pertanian akan dijalankan
di kawasan baru. Kegiatan pertanian sebegini akan menyebabkan kemusnahan hutan
yang semakin meluas.
Asap
daripada pembakaran hutan akan mencemari udara. Kawasan yang ditinggalkan itu
pula akan menjadi tandus. Kawasan yang tandus akan terdedah pada hakisan oleh
air hujan. Air hujan akan menghakis tanah dan membawanya ke sungai. Sebagai
akibatnya, air sungai akan tercemar.
Penerokaan
hutan untuk kegiatan pertanian komersial/pertanian ladang turut menyebabkan
kemusnahan flora dan fauna. Contohnya ialah pembukaan kawasan penanaman getah
dan kelapa sawit di Pahang Tenggara dan di Johor Tenggara. Hidupan liar
terutamanya gajah yang dahulunya banyak terdapat di hutan itu kini tinggal 1008
ekor saja di seluruh Semenanjung Malaysia.
![]() |
Foto 15.2 Kawasan hutan yang diusahakan menjadi kawasan penanaman kelapa sawit |
Kesan Kegiatan
Petempatan
Pembinaan petempatan peneroka seperti di kawasan FELDA
menyebabkan sebahagian hutan telah di tebang. Akibatnya banyak spesies flora
yang musnah dan rantaian makanan hidupan liar turut terganggu.
Permintaan
terhadap kawasan petempatan adalah sangat tinggi. Faktor ini menyebabkan
beberapa kawasan hutan tanah tinggi dijadikan kawasan petempatan. Contohnya
ialah pembinaan kondominium di Ampang, Uku Kelang, Selangor. Kegiatan ini
menyebabkan kejadian tanah runtuh serta pencemaran sungai.
Semua
kegiatan yang dijalankan itu adalah penting dalam hidup kita. Namun demikian,
semuanya perlu dijalankan denga
terancang dan terkawal agar tidak menjejaskan alam semulajadi dan
mengancam hidup kita.
15.3 Kesan Kegiatan Manusia terhadap Tumbuhan
Semula Jadi dan Hidupan Liar pada Masa Depan
Negara Malaysia amat bertuah kerana dianugerahi kawasan hutan yang luas
dan bernilai tinggi. Daripada hutan ini kita dapat memperoleh pelbagai bahan
keperluan. Contohnya bahan makanan, bahan perubatan, serta bahan perhutanan
seperti kayu balak dan rotan. Kepentingan hutan ini ditunjukan dalam carta
berikut. Dalam unit ini, kita dapat memahami kepentingan hutan dalam hidup
kita.
14.1 Kepentingan Tumbuhan Semula Jadi dalam
Ekosistem
Ekosistem dalam suatu sistem yang melibatkan tindak balas antara benda hidup dengan benda bukan hidup. Komponen
benda bukan hidup terdiri daripada tanih, air, udara, dan cahaya matahari.
Komponen ini menyediakan persekitaran luar bagi komponen benda hidup. Komponen
benda hidup terdiri daripada semua spesis tumbuhan dan haiwan yang hidup dalam
persekiran ini. Setiap komponen dalam sesuatu ekosistem memainkan peranan
masin-masing
Rajah 4.1
menunjukan suatu ekosistem disebuah
hutan hujan tropika. Dalam ekosistem ini, semua benda hidup saling bergantung
antara satu dengan yang lain. Benda hidup juga bertindak balas dengan benda
bukan hidup.
Tumbuhan hijua
memerlukan tanah, air, udara, karbon dioksida dan cahaya matahari untuk membuat
makananya sendiri melalui proses fotosintesis. Melalui proses ini, oksigen
dibebaskan. Tumbuhan menjadi makanan kepada haiwan. Oksigen yang dibebaskan
pula diperlukan olen haiwan untuk pernafasan. Peranan tumbuhan ini disebut
sebagai pengeluar.
Haiwan, contohnya
arnab memakan rumput dan daun. Haiwan ini disebut sebagai herbivor. Arnab pula menjadi makanan kepada haiwan karnivor seperti musang dan harimau.
Arnab,musang, dan harimau adalah pengguna
dalam ekosistem ini.
Apabila
haiwan-haiwan ini mati, pengurai seperti kulat dan bakteria akan bertindak
mereputkan bangkainya. Bahan yang terurai menjadi nutrien yang menyuburkan
tanih. Dalam hal ini, peranan pengurai adalah sebagai penukar. Nutrien yang dihasilkan itu akan diserap oleh tumbuhan
sebagai sumber bahan untuk membuat makananya. Oleh itu, peranan tumguhan
sebagai pengeluar adalah sangat penting. Penebangan tumbuhan semulajadi akan
menyebabkan kekurangan sumber makanan.
![]() |
Rajah 14.1 contoh ekosistem di hutan hujan tropika. |
14.2 Tumbuhan Semula Jadi Sebagai Habitat Flora
dan Fauna
Hutan di Malaysia sudah lama wujud. Contohnya, Taman Negara sudah wujud
kira-kira 130 juta tahun dulu. Oleh itu, hutan di Malaysia mempunyai kepelbagaian hidupan atau biodiversiti
serta menjadi habitat kepada
pelbagai flora dan fauna. Terdapat 8000 spesis bunga dan
26oo spesies pokok kayu di hutan kita. Di antara spesies-spesies ini ada yang
tidak dapat ditemukan di negara-negara lain.
Begitu juga halnya
dengan faunanya. Terdapat 280 spesies mamalia, 600 spesies burung, 140 spesies
ular, 165 spesies katak, dan 1000 spesies rama-rama. Ciri-ciri ini bukan saja
mengindahkan dan menyamankan tetapi juga melengkapkan alam di Malaysia.
14. 3 Tumbuhan Semula Jadi sebagai Sumber
Perhutanan
Pokok cengal, merbau, nyatoh, bitis, dan kempas yang banyak terdapat di
hutan hujan tropika kita itu merupakan kayu balak yang sangat tinggi nilainya.
Kayu keras yang di hasilkan daripada pokok-pokok ini sesuai untuk dibuat perabot serta serta digunakan dalam
industri pembinaan.
Kebanyakkan
kerangka rumah dan kapal dibuat daripada kayu-kayu ini. Kayu keras ini dieksport dalam bentuk balak gergaji, kayu gergaji dan papan lapis.
Damar daripada pokok damar
minyak dapat dibuat varnis dan
perekat. Getah pokok kulim dapat dijadikan bahan untuk bau-bauan. Daun pokok nipah dapat dibuat atap. Mengkuang dan rotan dapat dijadikan bahan untuk
kraftangan dan perabot. Kayu bakau digunakan sebagai cerucuk dalam industri pembinaan. Kayu bakau sangat baik dibuat kayu arang yang brkualiti tinggi.
Batang nibung pula dapat dibuat tiang rumah dan kelong.
Selain itu,
tumbuh-tumbuhan dihutan penting juga kepada orang asli dan masyarakat tempatan
sebagai sumber makanan. Contohnya
ialah keladi liar, buah durian, buah tampoi, petai, kerdas dan perah.
![]() |
Foto 14.7 kayu bakau bahan utama dalam pembuatan kayu arang. |
14.4 Tumbuhan Semula Jadi dan Pembiakan Hidupan
Laut
Akar-akar pokok bakau di hutan paya air masin rapat-rapat dan banyak.
Keadaan ini mengurangkan hakisan ombak di kawasan muara sungai dan pinggir
laut. Dicelah-celah akar pokok bakau pelbagai hidupan laut dapat berlindung
daripada ombak yang kuat. Di sni, anak-anak ikan dapat juga bersembunyi dan
mengelakkan diri daripada di makan oleh hidupan laut yang lain. Oleh itu,
kawasan ini menjadi tempat hidupan laut seperti ikan, udang, ketam, dan siput
bertelur dan membiak. Antara hidupan yang banyak terdapat dikawasan ini ialah
ketam uca dan ikan belacak.
Selain itu, tanih
di kawasan ini terdiri daripada lumpur, tanah liat, dan bahan-bahan reputan.
Bahan reputan daripada tumbuhan dan haiwan yang mati dalam ekosistem di sini
adalah nutrien yang menjadi makanan
asa dalam rantaian makanan bagi kebanyakkan hidupan laut.
![]() |
Foto 14.8 Hutan paya air masin – tempat pembiakan hidupan laut. |
14.5 Tumbuhan Semula Jadi sebagai Tempat
Perlindungan Hidupan Liar
Beberapa kawasan hutan di Malaysia telah dijadikan
kawasan perlindungan hidupan liar, khususnya bagi haiwan-haiwan yang hampir
pupus. Hutan Simpan Kabili, Sepilok di Sabah dan Hutan Simpan Semonggok, di
Sarawak dijadikan tempat perlindungan orang utan. Hutan Endau-Rompin, di Johor
dijadikan tempat perlindungan badak sumbu.
Kawasan-kawasan
lain seperti Taman Negara Pahang, Taman Negara Mulu di Sarawak, dan Hutan Belum
di Perak menjadi tempat perlindungan bagi segala jenis hidupan liar. Di hutan
ini, haiwan seperti gajah, tenuk dan tenggiling dapat hidup bebas daripada
ancaman manusia.
![]() |
Foto 14.9 Orang Utan spesies hidupan iar yang makin terancam. |
14.6 Kepentingan Tumbuhan SemulaJadi sebagai
Kawasan Tadahan Hujan
Hutan di kawasan tanah tinggi penting sebagaikawasan tadahan hujan. Hutan ini
merupakan kawasan yang luas untuk menadah
dan mengumpulkan air ketika hujan.
Hutan akan bertindak sebagai span berongga
yang besar yang menyerap serta menapis
air lalu mengalirkan perlahan-lahan ke anak sungai, empangan, kolam, dan
tasik. Contohnya, kawasan hutan Padang Terap, Sik, dan Baling di Kedah yang
seluas 160 000 hektar itu merupakan kawasan tadahn hujan bagi Empangan Pedu,
Ahning, Muda, dan Beris. Air daripada empangan ini menjadi sumber bekalan air yang utama di seluruh negeri Kedah.
Air
yang diserap ke dalam tanah di kawasan
ini ditapis secara semulajadi. Air ini sangat bersih dan jernih. Air ini akan
keluar ke permukaan tanah melalui mata air.
Air ini ada yang di komersialkan sebagai air mineral. Walau
bagaimanapun, air dari sungai atau empangan perlu ditapis dan di bersihkan
untuk menjamin kebersihannya sebelum
disalurkan ke rumah-rumah.
![]() |
Rajah 14.2 Kawasan bukit yang diliputi tumbuhan semulajadi menjadi kawasan tadahan air. |
14.7 Tumbuhan Semula
Jadi sebagai Penghalang Hakisan
Hutan memainkan
peranan yang penting dalam mencegah hakisan tanah. Hutan bertindak sebagai
penutup bumi semulajadi dan melindungi tanah daripada hakisan air dan angin. Kanopi hutan yang berdaun rimbun
mengurangkan hakisan hujan. Daun-daun pokok berfungsi memecahkan butiran hujan
dan memperlahan kelajuan titisan air hujan. Liputan daun dan sarap di atas
permukaan tanah juga merendahkan hakisan air larian. ( Lihat Rajah 14.3).
Akar-akar pokok berfungsi untuk mencengkam tanih dan menahannya
daripada dihakis oleh air. Rumput dan
pokok-pokok renek yang tumbuh di
permukaan lantaihutan akan turut melindungi tanih darplada di hakis. Kawasan
yang tidak di liputi tumbuh-tumbuhan mudah mengalami hakisan tanah. Tanih yang
terhakis akan dibawa ke sungai dan menyebabkan dasar sungai menjadi cetek.
Di
kawasan paya air masin pula, pokok-pokok bakau dapat menghalang tindakan
hakisan oleh air laut. Akar pokok bakau menguatkan
struktur tanah serta menahan tindakan ombak di pinggir laut.
![]() |
Rajah 14.3 kawasan bukit yang diliputi tumbuhan semulajadi menjadi kawasan tadahan hujan |
.
14.8 Tumbuhan Semula
Jadi sebagai Kawasan Eko-Pelancongan
Kawasan hutan menjadi kawasan tarikan pelancong, khususnya
bagi pelancong yang gemar akan suasana alam semula jadi. Suasana yang damai, redup,
nyaman, serta pemandangan indah di kawasan hutan menjadi kegiatan eko –
pelancongan semakin popular di negara kita. Antara kawasan itu termasuklah
Gunung Ledang di Johor, Sekayu di Terengganu, Hutan Lipur Kancing, di Selangor,
Taman Negara Kinabalu di Sabah, dan Taman Negara Mulu di Sarawak.
Taman-taman
negara seperti Taman Negara di Pahang, Taman Negara Kinabalu di Sabah, dan
Taman Negara Bako di Sarawak dibuka kepada pelancong. Taman negara tersebut di
lengkapi pelbagai kemudahan untuk para pengunjung. Antaranya termasuklah
kawasan perkhemahan, tempat penginapan, desai
alam, kolam mandi semula jadi, tempat untuk memerhatikan hidupan liar, serta
peralatan untuk mendaki cerun.
Tempat-tempat
ini menarik ramai pelancong tempatan dan luar negara. Industri pelancongan
Malaysia dapat berkembang dengan pembukaan hutan-hutan tersebut untuk
pelancongan.
14.9 Tumbuhan Semula
Jadi sebagai Sumber Perubatan
Secara tradisional, tumbuhan semula jadi sudah lama
dijadikan ubat-ubatan. Akar, kulit, ranting, daun, dan buah daripada tumbuhan
semulajadi tertentu dapat dijadikan bahan ubat. Terdapat kira-kira 1158 spesies
tumbuhan yang dapat di gunakan sebagai bahan ubat di temukan di hutan kita.
Ubat tradisional ini pada umumnya dapat mengubati penyakit seperti sakit
kepala, sakit perut, cirit-birit, demam, luka, keguguran, dan tekanan darah
tinggi. Anatar beberapa jenis tumbuhan yang dapat dijadikan bahan ubat
termasuklah ubi gadung, halia liar, tongkat Ali, senduduk, pulai, hempedu bumi
dan kacip Fatimah.
KEMBALI KE ATAS
Anda sudah mengenali pelbagai jenis tumbuhan semula jadi
di negara kita. Anda tentu tertanya-tanya, mengapakah tumbuhan semulajadi itu
berbagai-bagai jenisnya? Apakah faktor-faktor yang meyebabkan jenis tumbuhan
semula jadi itu berbeza-beza?
Pada
umumnya ada empat faktor utama yang
mempengaruhi kepelbagaina tumbuhan semula jadi di negara kita. Faktor-faktor
itu ialah iklim, bentuk muka bumi, jenis tanih dan saliran. Tiap-tiap faktor ini saling berkait dalam mempengaruhi
pelbagai jenis tumbuhan semula jadi itu. Kita akan mengkaji faktor-faktor itu
satu persatu.
Kemudian
kita akan meneliti tumguhan semula jadi dan hidupan liar di negara-negara lain
pula. Antaranya termasukalah di Gurun Sahara, di tundra, Siberia, kawasan
Mediterranean dan kawasan monsun tropika di Thailand.
13.1 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pelbagai Jenis Tumbuhan Semula Jadi
Iklim
Malaysia terletak berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa. Oleh sebab
itu, Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa. Suhunya tinggi, iaitu
kira-kira 27oc. Cahaya matahari
diterima sepanjang tahun. Jumlah hujannya
banyak, iaitu kira-kira 2600 mm setahun. Suhu yang tinggi serta cahaya
matahari dan hujan yang banyak sangat sesuai untuk pertumbuhan pelbagai jenis
tumbuhan semula jadi. Antaranya termasuklah hutan hujan tropika, hutan paya,
dan hutan pantai di kawasan tanah pamah.
Iklim di kawasan
tanah tinggi berbeza daripada keadaan iklim di tanah pamah. Contohnya di Tanah
Tinggi Cameron (1524 m), min suhu tahunanya adalah lebih rendah, iaitu
kira-kira 18oc. Hujan tahunanya pula ialah kira-kira 2440 mm. Keadaan iklim ini
memungkinkan pertumbuhan hutan gunung seperti oask dan laurel di kawasan antara
1200 hingga 1500 m. Kawasan yamg melebihi 1500 m ditumbuhi pokok renek, lumut,
paku-pakis, dan liken.
Bentuk muka bumi
Bentuk muka bumi Malaysia tidak seragam. Terdapat kawasan tanah pamah,
kaki bukit, tanah tinggi dan pantai. Kawasan tanah pamah dan kaki bukit yang
mempunyai saliran yang baik di
tumbuhi hutan hujan tropika.
Di kawasan
pedalaman yang saliranya buruk, banyak terdapat hutan paya air tawar. Di
kawasan pinggir pantai yang sering dilanda ombak pula terdapat kawasan yang
berpasir atau berlumpur.
Jenis tumbuhan
semula jadi akan berubah mengikut ketinggian
atau altitud.
Tanih
Terdapat pelbaghai jenis tanih di Malaysia. Antaranya termasuklah tanih
aluvium, tanih laterit, tanih gambut, dan tanih liat (lempung). Setiap jenis
tanih itu sesuai untuk tumbuha n semula jadi yang tertentu. Contohnya, hutan
hujan tropika sesuai tumbuh di kawasan yang bertanih aluvium dan laterit.
Perhatikan Jadual 13.1 ini.
Hutan dan jenis Pokok
|
Jenis Tanih
|
Hutan hujan tropika (cengal, meranti, tualang)
|
Tanih aluvium, Tanih laterit
|
Hutan paya air masin (pokok bakau,
api-api,jongkong,nibung)
|
Tanih liat (lempung), Tanih gambut, Tanih aluvium
|
Hutan paya air tawar (nipah,mengkuang,terap)
|
Tanih liat (lempung), Tanih gambut, Tanih aluvium
|
Hutan pantai (tapak kuda, ru, kelapa)
|
Tanih berpasir
|
Hutan gunung (oak, laurel, paku-pakis)
|
Tanih laterit
|
Jadual 13.1
Pengaruh tanih terhadap jenis
tumbuh-tumbuhan semula jadi
Saliran
Saliran bermaksud sistem saluran air yang mengalir sama
ada di dalam sungai, parit, atau tali air. Saliran juga merujuk pada pengaliran
air yang meresap ke dalam tanah.
Keadaan saliran
mempengaruhi tumbuhan semula jadi di sesuatu kawasan. Di sekitar sungai, tasik
dan pinggir lautterdapat kawasan yang sering di tenggelami air. Kawasan ini
dikatakan bersaliran buruk kerana menakung air. Kawasan begini di tumbuhi hutan
paya, iaitu hutan paya air masin dan hutan paya air tawar.
Di
kawasan yang tidak ditenggelami air,
contohnya kawasan pinggir pantai tanihnya berpasir. Tanih pasir adalah polos.
Di antara butir-butir pasir terdapat ruang halus yang dapat di lalui udara dan air. Di sini air tidak bertakung kerana
air mudah mengalir ke bawah tanah melalui butir-butir pasir. Tanih ini
dikatakan bersaliran baik. Jenis tanih ini ditumbuhi hutan pantai.
Pada
umunya, tanih laterit bersaliran baik dan hutan hujan tropika dapat tumbuh
subur. Di kawasan yang melebihi 1200 meter serta bersaliran baik pula sesuai
untuk pertumbuhan hutan gunung.
![]() |
Carta 13.1 Rumusan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pelbagai jenis tumbuhan semula jadi di Malaysia |
PETUNJUK KATA
Berlumpur : keadaan yang mempunyai lumpur (tanah berair yang lembut)
Muara : Tempat air sungai masuk ke sungai lain atau ke laut
Altitud : Ketinggian sesuatu tempat (kawasan) yang biasanya diukur dari aras
laut atau tempat (kawasan) tinggi
Tanih aluvium : Tanah lahar yang terdiri daripada mendapan lumpur, kelodak pasir
Tanih laterit : Tanah liat merah
Tanih gambut : Tanah yang bercampur dengan tumbuh-tumbuhan yang telah reput
Tanih liat
(lempung) :Tanah yang terdiri daripada zarah-zarah
halus batu-batan yang hancur
Poros : Berliang-liang kecil
13.2 Tumbuhan
Semula Jadi dan Hidupan Liar di Negara-negara Lain
Negara-negara lain mempunyai pelbagai jenis flora dan
faunanya. Kita akan mengkaji kepelbagaian itu di beberapa kawasan, iaitu gurun
panas di Gurun Sahara, kawasan tundra di Siberia (Rusia), kawasan Mediterranean
di Turki, dan kawasan monsun tropika di Thailand.
![]() |
Peta 13.1 Taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi di negara-negara lain. |
Gurun panas (Sahara) kelihatan
rumput kasar dan tumbuhan tahan kemarau. Unta berkeliaran di padang pasir.
Kala jengking merayap di celah-celah batu dan semak.
|
Tundra (Siberia) gurun sejuk ini
ditumbuhi lumut dan liken. Harimau siberia mengejar mangsa di kawasan gunung.
Walrus mencari makan di tepi lautan.
|
Mediterranean (Turki) Banyak
terdapat semak dan rumput berdawai di kawasan ini. Rusa merah berlari
dipadang luas. Cicak hutan merayap di celah-celah semak.
|
Monsun Tropika (Thailand)
Pokok-pokok menggugurkan daun pada musim kering. Gajah hidup
berkelompok-kelompok. Ular menjalar di atas dahan.
|
Faktor-faktor yang mempengaruhi pelbagai jenis tumbuhan semulajadi
13.3 Mengenal Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar
di Kawasan Gurun Panas (Sahara)
Keadaan di Gurun Sahara adalah sangat panas dan kering. Suhu waktu siang
hari antara 38oc hingga 44oc. Suhu waktu malam sangat sejuk, iaitu 10oc. Hujan tahunan kurang daripada
250 mm. Keadaan ini menyebabkan
kurang terdapat tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di sini.
Tumbuhan yang
dapat hidup di sini ialah kaktus prickly pear, samun berduri, rumput esparto,
dan pokok-pokok akasia bantut. Hidupan liar yang dapat di temukan di kawasan
ini pula ialah unta liar, kala jengking, musang kit, cicak hutan, ular, biawak pasir, gazzelle, dan jerboa.
![]() |
Rajah 13.2 Tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di Gurun Sahara |
Ciri Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar
Tumbuhan semula jadi di kawasan Gurun Sahara mempunyai
ciri-ciri khusus untuk menyesuaikanya dengan keadaan iklim di gurun.
Kebanyakkan tumbuhan di gurun ini mempunyai akar yang panjang dan merebak.
Contohnya akar samun Creosoe. Akarnya ada yang menjalar jauh ke dalam tanah dan
ada yang merebak di permukaan bumi untuk menyerap air.
Sesetengah
tumbuhan mempunyai ciri khusus pada daunya. Terdapat tumbuhan yang daunya
berlilin, contohnya daun samun Creosoe. Ada yang daunnya berkilat, liat dan
berbulu. Terdapat juga tumbuhan yang tidak berdaun tetapi berduri, misalnya
pokok kaktus prickly pear. Ciri ini akan membantu tumbuhan mengurangkan
kehilangan air yang keluar melalui perpeluhan (transpirasi).
Selain itu,
pokok kaktus mempunyai batang yang berlendair atau berongga untuk menyimpan air
bagi kegunaan pada musim kemarau. Biki benih beberapa jenis rumput pula
mempunyai kulit yang tebal dan keras. Biji-biji benih ini akan bercambah dengan
serta-merta apabila menjadi lembap.
Hidupan liar di
Gurun Sahara pun mempunyai ciri-ciri tertentu untuk menyesuaikan diri dengan
keadaan yang panas dan kering ini. Unta mempunyai bonggol di belakangnya untuk
menyimpan air dan lemak untuk tempoh yang lama. Cicak hutan dan ular mempunya
badan yang bersisik untuk mengurangkan kehilangan air dari badan. Haiwan
seperti addax antelope mempunyai tapak kaki yang lebar untuk memudahkanya
berjalan di atas pasir. Gazelle pula mempunyai kaki yang panjang untuk berlari
jauh ketika mencari makanan dan air.
13.4 Mengenal Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan
Liar di Kawasan Tundra (Siberia)
Kawasan iklim Tundra atau Artik terletak di sepanjang
pantai utara Eurasia (Eropah dan Asia) bersempadan dengan Lautan Artik. Kawasan
iklim ini sangat sejuk dan beribun abadi. Musim pertumbuhan di
kawasan ini antara 2 hingga 3 bulan sahaja. Suhu pada musim panas tidak melebihi 10oc. Suhu pada musim sejuk kira-kira -10oc. Hujan yang turun tidak melebihi 300mm setahun. Kekurangan cahaya matahari dan hujan tahunan
menyebabkan kurang tumbuhan semula jadi. Hanya lumut, liken, rusiga dan rumput
yang dapat tumbuh di kawasan ini. Di selatan Siberia yang agak panas terdapat
pokok-pokok daun tirus dan bantut, misalnya pokok larch, pain, fir, dan sprus.
Kawasan Tundra
kurang didiami hudupan liar. Antara beberapa jenis hidupan liardi kawasan ini
termasuklah rusa salji, karibu, harimau siberia, burung hantu snowy, serigala artik, elk, muskoxen,
wolverine, arnab artik, beruang
polar, tupai tanah, hamster, marmut, lynx
dan walrus.
![]() |
Rajah 13.4 Tumbuhan semulajadi dan hidupan liar di kawasan iklim Tundra, Siberia. |
Ciri Tumbuhan
Semula Jadi dan Hidupan Liar
Tumbuhan semula jadi di kawasan Tundra mempunyai ciri
yang khusus untuk menyesuaikannya dengan keadaan kekurangan air dan suhu yang
sangat sejuk. Liken, misalnya hanya memerlukan air dan makanan yang sedikit
untuk hidup. Tumbuhan ini dapat juga hidup setahun tanpa air. Lumut dan rumput
pula mempunyai batang dan akar yang dapat menyimpan air.
![]() |
Foto 13.1 Tumbuhan liken. |
Pokok daun tirus
adalah malar hijau dan terbantut pertumbuhannya kerana kekurgan hujan. Pokok
ini berbentuk kon untuk mengelakkan salji bertimbun di atasnya. Kulitnya tebal
dan batang pokok liat untuk bertahan daripada keadaan sejuk serta angin
kencang. Daun-daunnya pula kecil, tebal, liat dan berbentuk seperti jarum. Ciri
ini dapat mengurangkan kehilangan air
melalui proses perpeluhan.
Hidupan liar di
tundra mempunyai ciri yang tertentu juga. Beruang kutub, harimau Siberia,
walrus, karibu, elk, muskoxen, dan reindeer mempunyai lapisan lemak, kulit, ata
bulu yang tebal. Ciri ini memungkinkan haiwan-haiwan ini memerangkap udara dan
menghalang kehilangan haba dari badan.
![]() |
Foto 13.2 beruang kutub sedang mencari makanan pada musim sejuk
|
Selain itu, pada
musim sejuk beruang kutub dan tupai tanah akan berhibernat. Penghibernatan bererti haiwan tersebut
akan berehat dan tidur di tempat persembunyiannya untuk masa yang panjang.
Burung-burung di kawasan ini pula berpindah ke kawasan tropika sebelum musim
sejuk tiba. Haiwan kecil seperti tikus dan arnab akan mengorek lubang dalam
tanah sebagai tempat tinggal.
13.5 Mengenal
Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Kawasan Mediterranean (Turki)
![]() |
Peta 13.4 Kawasan iklim Mediterranean di Turki |
Kawasan iklim Mediterranian di Turki mengalami musim
panas yang kering dan suhu kira-kira 21oc
hingga 24oc. Musim sejuknya
lembap dan suhu kira-kira 10oc
hingga 14oc. Hujan tahunan kira-kira
800mm dan semakin berkurang ke kawasan
pedalaman. Kawasan yang lebih lembap dan menerima hujan tahunan lebih 645mm,
ditumbuhi hutan malar hijau Mediterranian seperti pokok oak, cypress, dan cedar.
Semakin ke pedalaman, di kawasan yang
lebih kering terdapat hutan bangkut
samun Mediterranian dan rumput. Jenis samun yang tumbuh ialah laurel, lavender, rosemary, dan martel.
Kawasan tanah tinggi ditumbuhi hutan pokok tirus seperti pokok-pokok pain, sprus dan fir.
Hidupan liar
banyak terdapat di kawasan ini, contohnya serigala, arnab beever, musang, kucing liar, helang, marten, beruang, rusa, gazelle,
dan kambing gunung. Terdapat juga ular, burung, dan serangga seperti kumbang
tanduk, cicada, dan cockchafer.
![]() |
Foto 13.3 Hutan Mediterranian di Turki pada bulan Mei. |
![]() |
Rajah 13.5 Hidupan Liar di kawasan iklim Mediterranian, Turki. |
Ciri Tumbuhan
Semula Jadi dan Hidupan Liar
Tumbuhan-tumbuhan dan hidupan liar di kawasan ini
mempunyai ciri yang berbagai-bagai. Pokok-pokok di hutan malar hijau
Mediterranian tumbuh jarang-jarang dan rendah. Batang pokok-pokok ini besar.
Daunnya kecil dan liat. Keadaan ini dapat mengurangkan kehilangan air yang
keluar melalui proses transpirasi. Akar pokok pula dapat menjalar jauh ke dalam
tanah untuk mencari air.
Terdapat samun-samun yang
rendah dan berduri. Tumbuh-tumbuhan tumbuh secara berselerak. Sesetengan samun
berbau wangi, contohnya rosemary, laurel, dan lavender. Rumput-rumput yang
tumbuh di sini pula halus dan bergulung-gulung.
Hidupan liar
seperti arnab dapat menyesuaikan diri dengan keadaan panas dan kering pada
musim panas. Haiwan ini akan bersembunyi di dalam lubang dalam tanah pada waktu
siang dan keluar mencari makanan pada waktu malam.
Haiwan seperti kambing
gunung mempunyai kaki yang kuat untuk mendaki cerun-cerun bukit yang berbatu.
Selain itu, haiwan ini mempunyai deria bau yang tajam untuk mengesan musuhnya
dari jauh.
![]() |
Foto 13.4 kambing gunung. |
13.6 Mengenal Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan
Liar di Kawasan Monsun Tropika (Thailand)
![]() |
Peta 13.5 Kawasan hutan monsun tropika di Thailand. |
Kawasan beriklim Monsun Tropika di Thailand adalah panas
sepanjang tahun (21oc – 31oc). Hujan tahunannya antara 1 000 hingga 2 000 kk
dengan satu musim lembap dan satu musim kering yang nyata. Keadaan ini
menggalakkan pertumbuhan hutan monsun tropika, hutan ini memounyai spesies
tumbuhan semula jadi yang banyak, terdapat pokok-pokok seprti jati, penaga,
cendana, jelutung, mahogani, buluh, dan rotan.
Kawasan ini
menjadi habitat kepada pelbagai jenis hidupan liar juga. Antaranya termasuklah
gajah, monyet, harimau, burung, ular, serangga, katak, dan kupu-kupu.
![]() |
Rajah 13.6 hidupan liar yang mendiami hutan monsun tropika di Thailand. |
Ciri Tumbuhan
Semula Jadi dan Hidupan Liar
Suhu yang tinggi serta hujan tahunan yang agak banyak
menggalakkan pertumbuhan pokok. Ada pokok yang tinggi dan lurus hingga mencapai
ketinggian antar 20 hinga 30 meter, daunnya banyak dan lebar-lebar untuk
menerima cahaya matahari. Hujung daun berbentuk tirus. Daun-daun ini akan
digugurkan pada musim kering untuk menguragkan kehilangan air melalui proses
perpeluhan.
Hutan di kawasan ini tumbuh agak jarang. Hutannya kelihatan
berlapis-lapis tetapi tidak begitu nyata. Pokok-pokok yang sama spesies tumbuh
secara berkelompok (dirian tulen). Cahaya matahari dapat sampai ke lantai
hutan. Oleh itu, bahagian bawah hutan adalah padat.
Hutan monsun tropika menjadi
habitat kepada banyak jenis hidupan liar. Oleh sebab tumbuhan di lantai hutan
padat, haiwan jenis herbivor banyak terdapat di lapiasan ini. Antaranya
termasuklah gajah dan rusa. Haiwan jenis karnivor, seperti harimaum ular, dan
buaya banyak terdapat di sini. Di lapisan atas hutan pula banyak terdapat
monyet dan pelbagai jenis.
![]() |
Rajah 13.7 hutan monsun tropika tidak mempunyai lapisan yang nyata. |
PETUNJUK KATA
Berlendair : Berlendir, berair, berisi air
Bonggol : Berbentuk benjol atau bengkak
Ibun abadi : Keadaan tanah yang beku oleh ais secara kekal
Tirus : Bentuk yang makin kecil di hujungnya
Bantut : Terhalang atau tersekat pertumbuhannya
Penghibernatan : Perbuatan merehatkan diri atau tidur sebagai cara untuk menghadapi
musim sejuk
Hutan bangkut : pokok-pokok yang tidak besar,
kerdil
Dirian tulen : Pokok-pokok yang tumbuh secara berkelompok dan sama spesiesnya
Herbivor : Binatang yang makan tumbuhan saja sebagai makanan utamanya