Objektif
:
Dalam
unit ini anda akan dapat :
-
Mengenal pasti dan melukis skala lurus
-
Mengukur panjang dan lebar bilik darjah
dengan menggunakan skala lurus
-
Mentakrifkan konsep jarak
-
Menyatakan jarak dari rumah ke sekolah
-
Melukis pelan bilik darjah berasaskan skala
lurus
-
Mengira jarak relatif dan jarak mutlak dari
rumah
-
Mengira jarak relatif dan jarak mutlak dalam
peta lakar
3.1 Memahami Skala
Skala
adalah nisbah atau kadar jarak dalam
peta atau pelan sebagai ganti mewakili jarak yang sebenarnya di permukaan bumi.
Contohnya, pada Rajah 3.1, jika
skala 1 sentimeter (cm) mewakili 10 meter (m) digunakan, maka Jalan Tun Ali itu
dilukis sepanjang 10 sentimeter (cm) saja. Setiap 1 cm di atas pelan bersamaan dengan 10 meter di atas jalan yang sebenarnya.
Rajah 3.1 Pelan
Jalan Tun Ali dan kawasan tanaman pokok yang dilukis dengan skala 1 sentimer
(cm) = 10 meter (m)
|
Skala
yang biasa digunakan ialah skala lurus. Skala
lurus ialah skala yang dilukis dalam bentuk garisan. Dua contoh skala lurus iaitu skala lurus mudah dan skala lurus penuh. Perhatikan kedua-dua contoh skala
lurus yang berikut ini.
Rajah 3.2
Contoh skala lurus mudah dan skala lurus penuh
|
3.2 Mengukur Panjang
dan Lebar Bilik Darjah dengan Menggunakan Skala Lurus
Guru
Geografi di sekolah Afiq, Cikgu Mazlina menyuruh pelajar-pelajarnya mengukur
bilik darjah. Kemudian, mereka disuruh melukis pelan bilik darjah itu
berdasarkan skala lurus. Marilah kita melihat bagaimana Afiq dan rakan-rakannya
melakukan tugas itu.
GERAK KERJA AFIQ DAN
RAKAN-RAKANNYA
- Afiq dan rakan-rakannya mengukur panjang dan
lebar bilik darjah itu dengan pita ukur. Mereka mendapati panjang bilik itu
ialah 9 meter (m). Lebarnya pula ialah 7 meter. Mereka menukarkan ukuran
panjang dan lebar bilik darjah sebenar kepada ukuran dalam sentimeter untuk
melukis pelan.
3.3 Memahami Jarak
Jarak
adalah jauh di antara dua tempat. Jauh antara rumah Afiq dengan sekolah yang
ditunjukkan dalam pelan di bawah ini disebut sebagai jarak. Jarak antara rumah
Afiq dengan sekolah ini ialah dua kilometer
Rajah 3.3
Pelan yang menunjukkan jarak antara rumah Afiq dengan sekolah
|
Jarak
yang dapat diukur dalam unit seperti meter atau kilometer disebut sebagai jarak mutlak. Jarak dua kilometer
antara rumah Afiq dengan sekolah itu adalah jarak mutlak. Jarak dapat juga
ditentukan dengan berdasarkan masa
atau kos yang digunakan untuk sampai
di sesuatu tempat dari sesuatu tempat. Misalnya, Afiq membayar tambang bas 50sen
untuk pergi ke sekolah. Perjalanan dengan bas itu mengambil masa selama 10
minit. Oleh itu, jarak berdasarkan kos
(tambang bas) antara rumah Afiq dengan sekolah ialah 50 sen. Jarak berdasarkan masa pula ialah 10
minit perjalanan dengan bas. Jarak yang diukur dengan mengambil kira kos dan
masa tersebut sebagai jarak relatif.
3.4 Mengira Jarak
Mutlak dan Jarak Relatif
Jarak
mutlak pada peta lakar dapat dikira dengan mudah dengan merujuk kepada skala.
Dengan berdasarkan skala yang diberikan, anda dapat mengira jarak mutlak rumah
pelajar-pelajar yang berikut dari sekolah mereka.
Rajah 3.4
Peta lakar jarak rumah-rumah pelajar dari sekolah
|
Jika
ukuran anda tepat, jawapan yang akan anda perolehi seperti dibawah :
Jarak
relatif dari rumah ke sekolah pelajar-pelajar tadi dapat dikira dengan merujuk
kepada dua perkara. Pertamanya ialah jenis dan kadar kelajuan kenderaan yang
dinaiki mereka. Yang keduanya ialah kadar tambang atau kos yang perlu dibayar
untuk setiap kilometer ke sekolah. Kedua-dua perkara itu menjadi rujukan semasa
mengira jarak relatif.
Andaikan bahawa mereka menaiki bas
ke sekolah. Kadar kelajuan bas ituialah 3 minit bagi setiap kilometer. Daripada
maklumat ini, dapatlah kita mengira jarak relatif seperti contoh yang berikut.
Rujukan
-
Kadar tambang bas ialah 10 sen setiap
kilometer
-
Jarak mutlak Azwin dari sekolah ialah 7
kilometer
-
Kadar kelajuan bas ialah 3 minit setiap
kilometer
Jarak
relatif dari rumah ke sekolah bagi pelajar-pelajar yang lain dapat juga dikira
seperti yang ditunjukkan dalam contoh di atas.
Rumusan
No comments:
Post a Comment