Objektif
:
Dalam
unit ini anda akan dapat :
-
Mengumpulkan dan merekodkan data
-
Memilih data dan menyusun maklumat dalam
bentuk jadual
-
Membina graf bar mudah dan graf garisan
-
Mentafsirkan jadual, graf bar mudah dan graf
garisan
Setiap
hari kita akan melihat atau membaca pelbagai maklumat. Contohnya yang disiarkan
dalam surat khabar atau melalui televisyen dan internet. Maklumat-maklumat itu
disiarkan dalam pelbagai bentuk. Ada yang berbentuk ayat-ayat yang panjang. Ada
yang berbentuk jadual. Ada juga yang berbentuk gambar dan rajah yang menarik
seperti yang berikut.
Rajah
di atas menunjukkan maklumat yang disampaikan dalam bentuk graf. Graf adalah lukisan yang menunjukkan data atau maklumat dalam bentuk kuantiti yang mudah dibanding-bandingkan. Dalam unit ini kita akan
dipersembahkan dalam bentuk graf.
4.1 Mengumpulkan dan
Merekod Data
Sebelum
graf dapat dihasilkan, data atau maklumat perlu dikumpulkan. Untuk aktiviti
berkumpulan, Afiq dan rakan-rakannya diberi tugas oleh guru Geografi untuk
mengumpulkan dan merekodkan data
atau maklumat. Maklumat itu perlu disusun dalam bentuk jadual. Seterusnya,
mereka disuruh melukis graf daripada maklumat yang diperoleh itu.
Ada beberapa kaedah yang dapat
digunakan oleh mereka untuk mengumpulkan maklumat. Antaranya termasuklah kaedah
pemerhatian, temu bual, banci, soal
selidik/tinjau siasat/survey dan rujukan
kepustakaan.
KAEDAH PENGUMPULAN
MAKLUMAT
- KAEDAH
PEMERHATIAN
- Kaedah pemerhatian adalah kaedah pengumpulan
maklumat yang paling mudah dan cepat dilakukan. Maklumat yang hendak
dikumpulkan dapat diperoleh dengan cara melihat dan mencatat perkara-perkara
yang berkaitan dengan maklumat yang hendak dikumpulkan.
- KAEDAH
TEMU BUAL
- Kaedah temu bual adalah kaedah pengumpulan
maklumat secara lisan dengan berjumpa dan bersoal jawab dengan seseorang.
Biasanya kaedah ini sesuai untuk mengumpulkan data atau maklumat yang berkait
dengan berita, pendapat atau nasihat. Orang yang ditemu bual akan dikemukakan
beberapa soalan yang berkaitan dengan maklumat yang hendak dikumpulkan.
- BANCI
- Banci adalah kaedah pengumpulan maklumat yang
berkaitan dengan sesuatu jumlah yang dihitung. Contohnya ialah jumlah penduduk
dan jumlah kenderaan yang lalu-lalang di sesuatu jalan. Kaedah ini biasanya
dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia untuk menghitung jumlah penduduk
Malaysia berdasarkan perkara-perkara seperti umur, pekerjaan, pendapatan,
bangsa dan jantina.
- SOAL
SELIDIK/TINJAU SIASAT/SURVEI
- Kaedah pengumpulan maklumat melalui soal
selidik/tinjau siasat/survey dilakukan dengan mengedarkan borang soal selidik
kepada orang ramai. Setelah diisi, borang tersebut perlu dikumpulkan semula.
- RUJUKAN
KEPUSTAKAAN
- Kaedah rujukan kepustakaan adalah kaedah
pengumpulan maklumat yang dilakukan dengan merujuk pada bahan-bahan yang sudah
diterbitkan. Contohnya ialah maklumat diperoleh dengan merujuk pada buku-buku, majalah, risalah, keratan akhbar,
laman web atau cakera padat.
4.2 Cara Mengumpulkan
dan Merekodkan Data Tentang Cara Pelajar Datang Ke Sekolah
Afiq
dan rakan-rakannya memilih untuk menggunakan kaedah pemerhatian. Sebelum
pemerhatian dibuat, mereka menyediakan borang rekod. Lihat Jadual 4.1. Pada
borang itu dicatat bilangan (no.), nama pelajar dan cara datang ke sekolah.
Untuk
membuat pemerhatian, Afiq berada di sekolah lebih awal daripada pelajar-pelajar
yang lain. Dia berdiri di pintu pagar untuk memerhatikan cara rakan kelas yang
lain dating ke sekolah. Chee Keong berjalan kaki ke sekolah. Farah menaiki bas.
Balan dihantar oleh ayahnya dengan kereta. Semua cara rakan-rakan kelasnya
datang ke sekolah dalam borang itu
Jadual 4.1
Contoh Borang Rekod
|
4.3 Menyusun Maklumat
atau Data Dalam Bentuk Jadual
Maklumat
atau data dalam Jadual 4.1 dapat
dirumuskan supaya mudah difahami. Caranya ialah dengan menyusun semua maklumat
itu dalam bentuk jadual. Sebelum membina jadual, maklumat dapat disusun secara
kasar terlebih dahulu, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.2.
Dalam jadual ini, cara
pelajar-pelajar datang ke sekolah dihimpunkan
mengikut persamaan dan kekerapannya.
Misalnya, bilangan pelajar-pelajar yang datang ke sekolah dengan bas ditandakan
(|). Setiap tanda (|) itu mewakili seorang pelajar. Tanda (||||) mewakili lima
orang pelajar. Dengan melukis tanda-tanda ini, kita dapat mengelakkan kesilapan
ketika mengira bilangan pelajar
|
Membina Jadual
Dalam jadual yang sempurna, data-data perlu disusun daripada bilangan yang kecil. Butir-butir yang tidak penting perlu dibuang. Perhatikan Jadual 4.3. Jadual ini adalah jadual yang sempurna yang telah dibina semula daripada Jadual 4.2 oleh Afiq dan rakan-rakannya.
Dalam jadual yang sempurna, data-data perlu disusun daripada bilangan yang kecil. Butir-butir yang tidak penting perlu dibuang. Perhatikan Jadual 4.3. Jadual ini adalah jadual yang sempurna yang telah dibina semula daripada Jadual 4.2 oleh Afiq dan rakan-rakannya.
Jadual 4.3 Cara Pelajar Tingkatan 1 Merbau datang ke
sekolah
|
4.4 Membina Graf Bar
Mudah dan Graf Garisan
Cikgu
Mazlina memberikan panduan kepada pelajar-pelajarnya tentang cara menyampaikan
maklumat yang dikumpulkan dengan Jadual
4.3 dalam bentuk graf bar.
Panduan Membina Graf
Bar Mudah
Cara
pelajar Tingkatan 1 Merbau datang ke sekolah
LANGKAH 1, 2 DAN 3
Langkah
1 :
- Lukis paksi mendatar dan paksi menegak
- Paksi mendatar mewakili cara datang ke
sekolah dan paksi menegak mewakili bilangan pelajar
Langkah
2 :
- Pilih skala mendatar dan skala menegak
yang sesuai. Paksi mendatar = 3 petak mewakili setiap cara datang ke
sekolah. Skala menegak = 1 cm mewakili lima pelajar
Langkah
3 :
- Tandakan + pada titik persilangan
bilangan pelajar yang ke sekolah dengan bas, iaitu 18 orang = petak 18
pada paksi menegak
- Kemudian, tandakan titik persilangan bagi
bilangan pelajar yang menggunakan cara yang lainnya untuk ke sekolah
LANGKAH 4
Langkah
4 :
- Berdasarkan tanda-tanda tersebut, lukis bar yang menganjur ke atas
- Bezakan bar-bar itu dengan lorekan atau
warna yang sesuai
- Sediakan petunjuk bagi setiap lorekan
atau warna yang diwakili oleh setiap bar
- Seterusnya, berikan tajuk yang sesuai
bagi graf tersebut
Panduan Membina Graf
Garisan
Jenis
graf yang sesuai sekali untuk mempersembahkan data-data tentang min suhu
bulanan ialah graf garisan. Contohnya suhu di Kuching, Sarawak.
Min
suhu bulanan Kuching, Sarawak
LANGKAH 1, 2 DAN 3
Langkah
1 :
- Lukis paksi mendatar dan paksi menegak
- Paksi mendatar mewakili bulan
- Paksi menegak mewakili suhu (°C)
Langkah
2 :
- Pilih skala menegak yang sesuai
- Skala menegak = 1 cm mewakili 10°C
Langkah
3 :
- Tandakan + pada titik persilangan suhu
pada bulan Januari, iaitu 24°C
- Kemudian, tandakan titik persilangan
bagi suhu bulan Februari dan seterusnya
- Paksi mendatar jarak antara setiap satu
bulan hendaklah sama
Langkah
4 :
- Sambungkan semua tanda + dengan satu
garisan seperti yang ditunjukkan
- Beri tajuk yang sesuai pada graf tersebut.
4.5 Mentafsirkan
Jadual, Graf Bar Mudah dan Graf Garisan
Anda
telah mempelajari cara mengumpulkan data dan membina graf. Untuk memahami data dalam
jadual, graf bar mudah dan graf garisan itu, anda perlu membuat tafsiran.
Perhatikan dan fahami contoh tafsiran yang berikut ini.
Tafsiran
Cara
pelajar tingkatan 1 Merbau datang ke sekolah
Mentafsirkan Jadual
dan Graf Bar Mudah
Daripada
jadual dan graf bar mudah tentang cara pelajar datang ke sekolah, kita dapat
mentafsirkan bahawa jumlah pelajar Tingkatan 1 Merbau paling ramai ke sekolah menaiki
bas. Yang kedua teramai ialah datang dengan berjalan kaki. Yang paling sedikit
adalah yang datang membonceng motosikal. Secara keseluruhan pula, kita dapat
mengetahui bahawa jumlah pelajar dalam kelas itu ialah seramai 40 orang.
Berdasarkan
jadual dan graf garisan tentang min suhu bulanan Kuching, Sarawak kita dapat
membuat tafsiran. Bulan yang mengalami suhu terendah ialah bulan Januari dan
Februari, iaitu 24°C. Suhu mula meningkat kepada 26°C pada bulan Mac hingga
April dan kepada 27°C pada bulan Mei hingga Jun. Suhu adalah paling tinggi pada
bulan Julai, iaitu 28°C. Pada bulan Ogos hingga Oktober, suhu turun kepada 27°C
dan kepada 26°C pada bulan November. Suhu meningkat semula kepada 27°C pada
bulan Disember.
Rumusan
KEMBALI KE ATAS
No comments:
Post a Comment