Objektif
:
Dalam
unit ini ada akan dapat :
-
Memahami ciri fizikal dan budaya dalam peta
-
Menyatakan kedudukan, arah dan jarak ciri
geografi dalam peta lakar
-
Memahami penggunaan simbol-simbol dalam peta
lakar
-
Mentafsikan peta
Dalam
unit ini anda akan meneliti bagaimana Afiq melukis kawasan sekolahnya dalam
peta lakar. Anda akan memahami ciri fizikal dan budaya dalam peta lakar
tersebut. Anda juga akan memahami pelbagai simbol yang biasanya digunakan dalam
sesuatu peta lakar.
Peta
adalah lukisan sebahagian permukaan bumi yang dilihat dari aras yang tinggi.
Pada peta lakar ditunjukkan objek-objek
yang disebut sebagai ciri geografi. Contohnya ialah bukit, sungai, hutan dan
paya. Ciri semula jadi ini disebut
sebagai ciri fizikal. Terdapat juga
objek-objek buatan manusia.
Objek-objek ini disebut sebagai ciri
budaya, contohnya ialah sekolah, masjid, jalan raya, rumah dan jambatan.
Sebelum melakarkan peta, Afiq
membuat pemerhatian di kawasan
sekitar sekolahnya, ciri fizikal dan budaya diperhatikan juga. Dengan
menggunakan kompas, Afiq menentukan arah
dan kedudukan sekolahnya. Kemudian, dia pun mula melakarkan peta kawasan
tersebut.
Peta 5.1 peta lakar kawasan sekolah yang dilukis oleh Afiq |
5.2 Mengenal pasti
Ciri Fizikal dan Budaya melalui Simbol dalam Peta Lakar
Seterusnya Puan Mazlina menunjukkan
beberapa contoh simbol yang menunjukkan ciri
geografi seperti bukit, sungai, hutan, rumah ibadat, jalan kereta api dan
sebagainya. Perhatikan Rajah 5.1
ini.
Rajah 5.1
Simbol-simbol bagi melukis peta lakar
|
Selain simbol yang berbentuk gambar rajah, singkatan digunakan juga untuk mewakili ciri geografi pada peta lakar. Bagaimanakah anda membezakan petempatan seperti pejabat pos, balai polis dan sekolah dalam peta lakar? Keadaan dibezakan dengan menggunakan singkatan. Perhatikan Jadual 5.1. Singkatan ini dapat anda gunakan untuk melukis peta lakar yang jelas dan lengkap.
5.3 Melukis Peta
Lakar
Untuk
membantu Afiq seterusnya, Puan Mazlina memberikan nota tentang panduan melukis
peta lakar. Berikut adalah nota yang diberikan oleh beliau.
Langkah-langkah
Melukis Peta Lakar
- Pilih simbol dan singkatan yang sesuai.
- Gunakan warna yang betul :
- Pastikan ciri dalam peta mempunyai label
yang betul dan tepat.
- Masukkan arah mata angin.
- Lukis skala lurus yang sesuai.
- Masukkan juga petunjuk peta.
Peta 5.2 Peta
lakar kawasan sekolah Afiq dengan menggunakan simbol.
|
5.4 Mentafsirkan Peta
Lakar
Anda
sudah mempelajari cara melukis peta dengan menggunakan simbol. Tahukah anda
cara mentafsirkan peta? Perhatikan Peta
5.2. Cuba tafsirkan peta tersebut. Jelaskan ciri fizikal dan budaya yang
terdapat pada peta lakar itu. Jelaskan juga perkara-perkara seperti arah,
jarak, dan kedudukan ciri geografi itu. Kemudian, bandingkan tafsiran anda
dengan tafsiran yang dibuat oleh Afiq yang berikut ini.
Tafsiran Peta 5.2 :
Kawasan Sekolah Afiq
Peta
lakar ini menunjukkan kawasan sekitar sekolah. Di kawasan sekitar sekolah
terdapat bukit, paya, sawah, sungai dan masjid. Kawasan bukit dapat dilihat di
bahagian barat laut peta. Sungai Gawar mengalir dari kawasan tanah tinggi ke
tanah pamah, iaitu dari arah barat laut ke arah tenggara. Kawasan paya terdapat
di bahagian barat peta. Kawasan paya merupakan kawasan yang paling rendah dalam
peta dan tidak mempunyai petempatan.
Terdapat sebuah masjid di bahagian
timur laut peta. Jarak lurus dari sekolah ke masjid melalui jalan raya ialah 4
km. Di bahagian timur peta pula kelihatan sawah padi. Dapatlah dikatakan bahawa
bersawah adalah antara pekerjaan utama sebilangan utama besar penduduk di
kawasan ini.
Rumusan
KEMBALI KE ATAS
No comments:
Post a Comment