Objektif
:
Dalam
unit ini anda akan dapat :
-
Memahami kesan kegiatan manusia terhadap alam
sekitar
-
Mengetahui langkah-langkah untuk mengurangkan
kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
-
Merumuskan kesan jika alam sekitar tidak
dipelihara
Alam
sekitar yang luas terbentang ini akan diwarisi oleh anak-anak sekarang. Oleh
sebab itu, mereka harus belajar bertanggungjawab menjaga keadaan alam sekitar dari
sekarang jika tidak mahu alam sekitar tercemar dan musnah.
Dalam unit ini, anda akan memahami
kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar. Anda juga akan memelihara
langkah-langkah yang diambil untuk memelihara dan memulihara alam sekitar untuk
mengurangkan kesan daripada kegiatan-kegiatan itu.
8.1 Kesan Kegiatan
Manusia terhadap Alam Sekitar
Penebangan Pokok dan
Kesannya
Foto 8.1
Kawasan hutan yang telah ditebang
|
Tanah
dan permukaan bumi di kawasan tersebut terdedah pada hakisan air hujan dan
angin. Air hujan yang turun akan memecahkan tanah di permukaan bumi dan
mengalir ke sungai-sungai. Apabila aliran sungai menjadi perlahan, tanah dan
lumpur yang dibawa bersama itu akan mendap
di dasar sungai. Dasar sungai pun akan menjadi cetek. Semasa hujan lebat, isi
padu air sungai akan bertambah.
Air yang berlebihan ini membanjiri
kawasan di sekitar sungai. Hal yang demikian membawa beberapa kesan buruk
kepada alam sekitar. Air sungai akan tercemar oleh lumpur yang berlebihan.
Banjir juga mudah berlaku.
Rajah 8.2 Keadaan redup di hutan |
Rajah 8.3
Suhu permukaan bumi meningkat
|
Penebangan
hutan dapat juga menyebabkan pelbagai jenis tumbuhan semula jadi musnah.
Hidupan liar pula akan kehilangan habitatnya. Haiwan, burung dan serangga
terpaksa berpindah. Apabila hal ini berlaku, ekosistem di hutan ini tergugat.
Kegiatan penebangan hutan di kawasan
tanah tinggi secara berleluasa akan
menjejaskan kawasan tadahan dan sumber air. Keadaan ini akan membawa kesan yang
lebih buruk terhadap bekalan air kita serta terhadap keadaan alam sekitar.
Kegiatan Pertanian
dan Kesannya
Manusia
menggunakan pelbagai teknik moden untuk meningkatkan pengeluaran hasil tanaman.
Baja kimia digunakan untuk meningkatkan kesuburan tanih. Racun serangga
digunakan untuk mengawal makhluk perosak. Penggunaan baja kimia, racun
serangga, racun kulat dan racun herba akan meninggalkan bahan toksik yang tidak larut air di kawasan
sekitar. Contohnya ialah plumbum dan zink dalam baja kimia tidak mudah pupus dan
akan terkumpul di dalam tanah. Keadaan ini menyebabkan bahan asid dalam tanah
meningkat.
Foto 8.2
Petani menyemburkan racun serangga
|
Pembinaan Jalan Raya
Pembinaan
lebuh raya dan jalan raya di cerun curam
adalah kerja yang berbahaya dan
sukar dilaksnakan. Sebahagian Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Karak
dibina di kawasan cerun tanah tinggi. Kerja memotong cerun bukit untuk membina jalan raya ini menyebabkan
kejadian hakisan cerun oleh air
hujan.
Foto 8.3
Kejadian gelongsoran tanah
|
8.2 Langkah-langkah
Mengurangkan Kesan Kegiatan Manusia terhadap Alam Sekitar
Segala
kegiatan manusia yang membawa kesan buruk terhadap alam sekitar perlu diberi
perhatian oleh kerajaan. Selain mengawal kegiatan-kegiatan tersebut supaya
tidak dilakukan secara berleluasa, langkah-langkah untuk mengurangkan kesan
perlu juga diambil. Antaranya termasuklah penanaman
semula, penggunaan kaedah biologi dalam pertanian dan pemeliharaan cerun tinggi.
Penanaman Semula
Foto 8.4
Penanaman pokok
|
Usaha
pemuliharaan hutan dijalankan melalui penanaman semula pokok-pokok. Jabatan Perhutanan memastikan kawasan
yang telah ditebang secara haram atau secara sah ditanam semula. Contohnya,
spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu seperti akasia, batai dan sesenduk
ditanam di Bukit Tinggi di Pahang. Pokok medang teja pula ditanam di negeri
Kedah. Hal ini memastikan bekalan kayu yang bermutu berterusan. Kawasan hutan
paya air masin yang telah ditebang juga ditanam semula. Contohnya ialah
penanaman semula pokok bakau di
Hutan Simpan Paya Laut di Larut Matang, Perak. Selain itu, hutan semula jadi
dipelihara supaya dapat hidup dengan baik dan tidak diceroboh.
Penggunaan Kaedah
Biologi dalam Pertanian
Petani-petani
digalakkan menggunakan baja organik
atau baja asli untuk menggantikan penggunaan baja kimia. Baja organik dapat
diperoleh daripada najis haiwan dan sisa tanaman. Baja jenis ini adalah
murah dan tidak perlu diproses. Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak
menggunakan guano (najis burung dan kelawar) sebagai baja.
Pengusaha ladang sawit di Malaysia
sudah menggunakan kaedah biologi untuk mengawal
makhluk perosak. Ular dan burung hantu digunakan di ladang kelapa sawit
untuk menangkap tikus yang memakan buah kelapa sawit. Di ladang kelapa sawit
dan koko pula, sejenis lalat digunakan untuk mengawal ulat karung (larva
sejenis kupu-kupu) yang memakan daun pokok-pokok. Lalat ini bertelur di dalam
badan ulat karung. Apabila telur lalat itu menetas, larva lalat itu akan memakan
ulat karung tersebut. Kaedah-kaedah biologi ini dapat menggantikan penggunaan
racun kimia yang akan mencemarkan alam sekitar.
Pemeliharaan Cerun
Tinggi
Pembinaan
jalan raya di kawasan cerun curam kini dilaksanakan dengan lebih terancang.
Kawasan cerun curam akan diadakan. Tebing curam kaki bukit akan ditarah untuk mengurangkan kecerunan
jalan raya. Perhatikan Foto 8.5 ini.
Foto 8.5
Tarahan dibuat untuk merendahkan kecerunan jalan raya
|
Cerun
bukit yang telah ditarah mudah mengalami hakisan. Oleh sebab itu, langkah
pemeliharaan cerun bukit perlu dilakukan. Aliran air di kawasan tersebut
diperbaiki melalui pembinaan longkang konkrit di cerun. Telaga dikorek di cerun
untuk mengeluarkan air yang berlebihan. Paip dimasukkan ke dalam tanah di cerun
tersebut untuk memungkinkan air mengalir keluar. Hal ini akan mengelakkan air
bertakung dan gelongsoran tanah dapat dielakkan di kawasan tersebut.
8.3 Rumusan tentang
Kesan-kesan yang Dialami
Dalam
pembangunan sebuah negara, pelbagai kegiatan dilakukan manusia.
Kegiatan-kegiatan ini ada yang mendatangkan kesan buruk terhadap alam sekitar.
Jika dibiarkan begitu saja, kesan-kesan tersebut akan merosakkan alam sekitar
dan kesejahteraan hidup kita akan turut terancam.
Penebangan hutan yang berterusan
tanpa kawalan dan langkah-langkah pemuliharaan akhirnya akan menjadikan negara
kita kawasan yang kontang. Tiada lagi tumbuh-tumbuhan untuk melindungi bumi
daripada tindakan hujan lebat atau terik matahari. Suhu alam sekitar akan
menjadi terlalu panas. Hakisan tanah
dan gelongsoran tanah dapat berlaku
di mana-mana saja. Banjir kilat dan banjir lumpur akan sering berlaku.
Sungai-sungai akan dicemari dengan air berlumpur.
Penggunaan baja kimia dan racun
serangga secara leluasa akan menyebabkan bahan toksik, seperti plumbum dan
zink dalam tanah bertambah. Keasidan tanah akan meningkat dan tanah tidak
sesuai lagi digunakan untuk pertanian. Sehubungan dengan itu, pengeluaran
tanaman akan menjadi kurang dan kita mungkin mengalami masalah kekurangan makanan.
Alam sekitar adalah sebahagian
daripada hidup kita. Alam sekitar yang tercemar akan menjejaskan mutu hidup
manusia. Kita akan hidup dalam keadaan yang tidak selesa, malah mungkin juga
dalam keadaan yang mengancam nyawa.
Pemeliharaan
dan pemuliharaan alam sekitar perlu
diberi perhatian yang serius. Kesedaran tentang pentingnya pemeliharaan alam
sekitar perlu ditanam di jiwa setiap anggota masyarakat agar kita dan generasi
akan datang dapat hidup dengan selesa.
Rumusan
KEMBALI KE ATAS
No comments:
Post a Comment