Objektif
:
Dalam
unit ini anda akan dapat :
-
Memahami potensi bentuk muka bumi terhadap
kegiatan manusia
-
Membandingkan dan membezakan pentingnya
pelbagai bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia antara Malaysia dan negara
lain
-
Memahami halangan bentuk muka bumi terhadap
kegiatan manusia
Negara
kita mempunyai kawasan tanah tinggi yang nyaman suasananya, tanah pamah yang
subur, pantai yang indah dan sungai-sungai yang banyak membekalkan air
sepanjang tahun. Bentuk-bentuk muka bumi ini mempunyai potensi yang baik serta dapat dimajukan untuk mendatangkan manfaat
kepada hidup kita. Namun, ada juga yang menjadi halangan terhadap kegiatan kita. Kita akan mengkaji semua potensi
dan halangan itu dalam unit ini.
Foto 7.1
Keadaan di Tanah Tinggi Cameron, bergunung-ganang namun sesuai dijalankan pelbagai
aktiviti manusia
|
7.1 Potensi Kawasan
Tanah Tinggi
Foto 7.2 Empangan Temengor yang dibina untuk menjana kuasa hidroelektrik |
Sungai
yang mengalir deras di bahagian hulunya sesuai digunakan untuk menjana kuasa
hidroelektrk. Di sepanjang bahagian hulu Sungai Perak dibina empangan bagi
tujuan ini. Contohnya, Empangan Chenderoh, Empangan Kenering, Empangan Bersia
dan Empangan Temengor.
Sungai-sungai lain turut mempunyai
potensi untuk penjanaan kuasa elektrik. Empangan Murum dibina di Sungai Rajang
(30 kilometer dari tapak Empangan Bakun). Pembinaan tiga buah empangan di
Tekai, Telom dan Maran di sepanjang Sungai Pahang akan menambahkan bekalan
elektrik.
Tanah Tinggi Cameron di Pahang dan
Kundasangg di Sabah adalah contoh tanah tinggi yang dimajukan untuk kegiatan pertanian. Teh dan tanaman hawa sederhana
sesuai ditanam di sini. Di kawasan tanah tinggi lain, yang mempunyai suhu dan
keadaan yang sama seperti di kedua-dua tempat ini berpotensi juga untuk
dimajukan. Kawasan ini mungkin perlu dibuat teres dan diratakan terlebih dahulu
untuk dijadikan kawasan pertanian.
Selain potensi pertanian, kawasan
tanah tinggi mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai pusat rekreasi dan eko-pelancongan.
Tanah Tinggi Cameron, Bukit Fraser dan Tanah Tinggi Genting adalah beberapa
contoh pusat pelancongan yang terkenal di negara kita. Pembinaan taman rekreasi
ala Perancis di Bukit Tinggi, Pahang pada tahun 2001 menunjukkan bahawa masih
ada kawasan tanah tinggi yang berpotensi untuk dimajukan sebagai kawasan pusat
rekreasi dan pelancongan.
Gua
batu kapur di kawasan tanah tinggi mempunyai ciri yang istimewa, misalnya
bentuk stalaktit dan stalagmitnya yang unik. Gua Niah dan
sistem gua di Gunung Mulu, Sarawak, Gua Gomantang di Sabah dan Batu Caves adalah
gua yang sering dikunjungi pelancong. Gua batu kapur yang lain, khususnya di
Gua Musang, Kelantan mempunyai potensi yang baik untuk dimajukan sebagai pusat
pelancongan.
Foto 7.3 Tempat peranginan di Bukit Tinggi, Pahang. |
7.2 Potensi kawasan
Tanah Pamah
Dalam
unit 6, kita mengetahui kepentingan kawasan tanah pamah di negara kia. Negara
kita mempunyai kawasan tanah pamah yang luas dan potensi untuk dimajukan
sebagai kawasan petempataan,
perindustrian, jaringan pengangkutan dan pertanian.
Penduduk Malaysia semakin bertambah.
Lebih banyak kawasan tanah pamah yang perlu dimajukan untuk manampung
pertambahan penduduk ini. Putrajaya dan Cyberjaya adalah dua contoh tanah pamah
yang baru dimajukan. Kawasan ini mempunyai potensi yang baik untuk dibangunkan
sebagai puat pentadbiran negara dan petempatan yang baru. Jaringan pengangkutan serta rangkaian jalan raya
yang dibina di kawasan tersebut akan menjadikan kawasan di sekitarnya turut
berpotensi untuk dimajukan. Contohnya pembinaan kawasan perindustrian baru.
Kawasan dataran dan delta sungai
yang subur dengan tanih aluvium berpotensi untuk dijadikan kawasan pertanian. Dataran Kedah merupakan
kawasan penanaman padi. Dataran dan tanah beralun yang bersaliran baik sesuai
untuk penanaman getah dan kelapa sawit. Contohnya getah ditanam di Selangor,
Johor, sekitar Sri Aman dan Sandakan. Kelapa sawit ditanam sekitar Labis,
Kluang dan Segi Tiga Jengka.
Foto 7.4 Penanaman padi di Dataran Kedah |
7.3 Potensi Kawasan
Pinggir Laut
Kawasan
pinggir laut Malaysia mempunyai pantai berpasir yang indah. Contohnya, Pantai
Cahaya Bulan, Desaru dan Cherating. Ciri yang menarik ini menjadikan kawasan
ini sebagai tumpuan utama kegiatan rekreasi
dan pelancongan. Hotel bertaraf
antarabangsa telah dibina di kawasan ini untuk menggalakkan industri
pelancongan.
Kawasan di sepanjang pinggir pantai
mempunyai potensi untuk dibina pelabuhan.
Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Pulau Pinang yang menghadap ke Selat Melaka
adalah antara pelabuhan bertaraf antarabangsa di Malaysia. Pelabuhan Tanjung
Pelepas dan Pelabuhan Kuching penting juga untuk kegiatan perdagangan
antarabangsa.
Perikanan menjadi sumber ekonomi
yang penting bagi penduduk di sepanjang pinggir pantai dan di pulau-pulau. Laut
menjadi sumber bekalan ikan yang utama. Oleh itu, banyak pelabuhan perikanan yang dibina di sepanjang pinggir laut Malaysia.
Contohnya ialah Tanjung Dawai, Kuala Besut, Chendering, Pulau Ketam, Pulau
Pangkor, Mersing, Sedili, Bintulu dan Sandakan.
Foto 7.5 Pantai berpasir |
Foto 7.6 Pelabuhan |
Foto 7.7 Perikanan |
7.4 Potensi Saliran
Malaysia
mempunyai sistem saliran yang luas. Di Semenanjung Malaysia terdapat lebih 100
batang sungai. Di Sabah dan Sarawak pula terdapat 50 batang sungai. Sungai di
Malaysia membekalkan 97% keperluan air negara untuk kegunaan domestik, pertanian, dan perindustrian. Kira-kira 3% keperluan air diperoleh daripada air
bawah tanah.
Jadual 7.1 Permintaan penggunaan air di Malaysia
(billion mᶟ)
|
Sungai
di Malaysia mempunyai potensi tinggi untuk dimajukan sebagai pusat eko-pelancongan. Contohnya ialah
aktiviti membawa pelancongan menyusur sungai dengan bot dari Kuala Jengai ke
Kuala Sungai Ceralak di Terengganu. Sungai-sungai di negeri lain dapat juga
dimajukan untuk kegiatan eko-pelancongan seperti ini.
Kemudahan sukan air dapat menarik pelancong. Jeram Pelagus di sepanjang
Sungai Rajang mempunyai potensi yang baik untuk dimajukan sebagai pusat
rekreasi dan eko-pelancongan. Selain itu, sungai mempunyai potensi dijadikan
tempat penternakan ikan air tawar,
kerang dan udang. Contohnya di Tanjung Dawai, Kedah.
7.6 Bentuk Muka Bumi
sebagai Halangan terhadap Kegiatan Manusia
Ada
kalanya, kawasan tanah tinggi dan sungai menjadi penghalang kepada kegiatan
manusia. Kawasan tanah tinggi yang bercerun curam sukar untuk dibina petempatan.
Sungai yang beraliran deras pula sukar
untuk pengangkutan.
Kebanyakan petempatan di Malaysia
dibina di kawasan tanah yang rendah atau yang telah diratakan. Bagi pembinaan
petempatan di kawasan tanah tinggi dan di kawasan kaki bukit, kerja-kerja
pembinaan di sini memang sukar dijalankan. Contohnya, kawasan Bukit Fraser(1305
m) dan Tanah Tinggi Cameron (1711 m) adalah kawasan tanah tinggi. Terdapat
cerun-cerunnya yang terlalau curam untuk pembangunan. Penebangan pokok di cerun
bukit bagi pembinaan pula akan mendedahkan permukaan bumi kepada hakisan. Gelongsoran tanah juga mudah berlaku di kawasan tersebut,
terutamanya ketika musim hujan.
Jika pembinaan perlu dijalankan di
kawasan cerun curam, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah merendahkan dan meratakan kawasan tersebut. Ini akan memudahkan pembinaan. Cerun
bukit perlu dipotong menjadi teres yang
lebar untuk mengurangkan kadar kecerunan. Dengan ini, cerun yang curam dan
sukar direndahkan dapat dijadikan tapak untuk pembinaan rumah. Selain itu, asas
yang kukuh perlu dibina untuk
memastikan rumah tidak runtuh. Lihat Foto
7.15, rumah ini dibina di atas tiang
konkrit yang kukuh.
Kebanyakan kondominium dibina di
atas cerun bukit. Contohnya kondominium di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.
Lihat Foto 7.16. Kajian yang teliti dan teknologi moden
digunakan untuk memastikan bangunan selamat diduduki. Walaupun kos pembinaan rumah di atas cerun bukit
sangat tinggi, namun masih terdapat
orang yang suka membina rumah di atas bukit atau berhampiran dengan cerun
curam. Mungkin mereka suka akan pemandangan yang indah yang dapat dilihat dari
aras ini.
Sungai yang beraliran deras
menyukarkan perjalanan dan berbahaya untuk dijadikan sistem pengangkutan. Hanya
kano, bot kecil dan rakit yang
dapat digunakan di jeram sungai. Kemahiran dan pengalaman diperlukan untuk
mengayuh bit yang kecil melalui bahagian jeram. Begitulah keadaan yang
dihadapi di petempatan di Long Panai, Long Terawan dan Long Pala yang terletak
di sepanjang Sungai Tutoh dan Sungai Melinau. Sungai-sungai ini adalah cawangan
Sungai Baram. Untuk sampai ke pedalaman ini melalui sungai memakan masa
beberapa hari. Sebahagian sungai-sungai ini mempunyai jeram yang beraliran
deras dan berbahaya.
Foto
7.15 Rumah di tepi cerun
curam
|
Foto
7.16 Kondominium di Bukit
Antarabangsa
|
Rumusan
PERBANDINGAN KEPENTINGAN PELBAGAI BENTUK MUKA
BUMI MALAYSIA DENGAN NEGARA LUAR
KEMBALI KE ATAS
No comments:
Post a Comment