Pages

.

(^_^)

Sunday, December 16, 2012

UNIT 16 : PEMELIHARAN DAN PEMULIHARAAN TUMBUHAN SEMULAJADI DAN HIDUPAN LIAR.


16. 1 Kepentingan Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar.


Hutan adalah khazanah alam yang sangat penting kepada manusia dan seluruh penghuni alam yang lainnya. Hutan penting juga untuk warisan generasi akan datang. Walau bagaimananpun, terdapat terdapat pelbagai kegiatan manusia yang menyebabkan tumbuhan semula jadi dan hidupan liar terancam. Banyak kawasan umbuhan semula jadi yang musnah dan sepsis hidupan liar yang hamper pupus.

            Supaya kegiatan-kegiatan tersebut dapat dikawal, maka langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan hutan perlu dilaksanakan. Pemeliharaan hutan termasuklah usaha-usaha membela dan menjaga hutan supaya tidak musnah. Pemuliharaan hutan pula ialah usaha-usaha memperbaiki dan mengembalikan keadaan hutan yang telah tercemar kepada keadaan semula jadinya.




16. 2 Langkah-langkah Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar.


Mewartakan Hutan Simpan dan Taman Negara.

Pelbagai langkah diambil oleh kerajaan untuk pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuhan semula jadi serta hidupan liar di Malaysia. Antaranya termasuklah mewartakan hutan simpan dan taman negara sebagai kawasan perlindungan hidupan liar.

            Majlis Perhutanan Negara ditubuhkan oleh kerajaan untuk mengurus, memelihara dan memulihara hutan di seluruh Malaysia. Majlis ini mengawal semula kegiatan perhutanan dengan menetapkan keluasan hutan yang boleh ditebang di setiap negeri setiap tahun. Langkah ini memastikan kemusnahan berlebihan tidak berlaku. Selain itu, majlis ini akan memastika keadaan hutan asli dikekalkan dengan penubuhan kawasan hutan simpan, hutan lipur, hutan perlindungan hidupan liar dan taman negara.

            Antara beberapa contoh kawasan hutan tersebut termasuklah Hutan Simpan Paya Laut Matang di Perak, Hutan Simpan Belum di Perak dan Hutan Simpan Sungai Lalang di Semenyih, Selangor. Manakala kawasan taman negara pula termasuklah Taman Negara Endau-Rompin, Taman Negara Niah, dan Taman Negara Kinabalu. Penebangan hutan dan aktiviti perburuaan hidupan liar di kawasan-kawasan ini adalah diharamkan. 


Rajah 16.1  Taman Negara- penebangan hutan dan perburuan hidupan liar diharamkan disini.

Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) turut bertanggungjawab dalam perlindungan hidupan liar di negara kita. Kawasan perlindungan hidupan liar yang pertama di Malaysia ditubuhkan pada tahun 1903, iaitu Kawasan Perlindungan Chior di Perak. Kini, terdapat 55 kawasan perlindungan hidupan liar di seluruh negara.


Rajah 16.2  Taburan taman negara dan kawasan perlindungan hidupan liar di Malaysia.


Beberapa sepsis hidupan liar yang mengalami kepupusan telah dikenalpasti dan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972. Antaranya termasuklah badak sumbu, seladang, harimau, gajah, orang utan dan beberapa spesis burung.


Rajah 16.3   Spesis Burung yang terlindung



Penanaman Semula Pokok-pokok


Kawasan hutan yang telah ditebang telah ditanam semula dengan pokok-pokok. Penanaman semula secara percubaan dijalankan sejak tahun 1920-an di Semenanjung Malaysia. Hutan yang telah ditebang dan kawasan yang terbiar aktivti pertanian pindah ditanam semula dengan spesis pokok kayu keras seperti akasia, yemane, dan batai. Spesis pokok-pokok ini dapat tumbesar dengan cepat, iaitu dalam tempoh 15tahun. Projek penanaman semula ini dijalankan di negeri-negeri seperti Pahang, Johor, Selangor, Negeri Sembilan , Perak , Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak.



Rajah 16.4 Penanaman semula pokok bakau di  kawasan hutan paya air masin
 Penyelidikan Baka Tumbuhan

Baka spesis yang digunakan untuk penanaman semula ditetentukan selepas penyelidikan dijalanka oleh institute Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong. Program penghutanan semula juga telah dijalankan di kawasan Hutan Simpan Paya Laut di Larut Matang, Perak. Disini, spesis paya laut seperti bakau kurap dan bakau minyak ditanam. Spesis pokok-pokok yang digunakan dalam usaha penanaman semula mempunyai potensi bagi kegunaan masa depan.


Penubuhan Ladang Hutan.


Jabatan Perhutanan Malaysia menubuhkan lading hutan untuk mendapatkan bekalan kayu kayan yang berharga secara berterusan. Kira-kira 30% kawasan di Malaysia dijadikan Hutan Simpan Kekal. Hutan ini ditanam secara peradangan dan ditebang mengikut giliran selepas 30 atau 55 tahun. Hanya pokok yang cukup besar yang dipilih untuk ditebang. Penanaman semula pokok baru akan dijalankan di kawasan ini untuk menggantikan pokok-pokok yang telah ditebang

            Penubuhan lading hutan juga mengurangkan penebangan pokok dihutan asli. FRIM dengan kerjasama Universiti Pertanian Malaysia berusaha menjayakan projek lading hutan di Malaysia.  Kedua-dua institusi  ini memilih baka seperti akasia , yemane dan batai.


Rawatan silvilkultur

Rawatan silvilkultur memastikan hanya pokok-pokok yang berharga yang diberi peluang tumbuh. Pokok-pokok yang tidak bernilai dan bersaing dengan pokok lain diracun atau dipotong. Rawatan silvilkultur dijalankan di lading-ladang hutan. Langkah ini bertujuan untuk memelihara spesis pokok yang semakin pupus seperti cengal, jelutong dan rotan.


Pengawalan Pembalakan Hutan

Jabatan Perhutanan Malaysia menguatkuasakan beberapa undang-undang untuk mengawal pembalakan haram dan pemburuan hidupan liar. Antaranya termasuklah Akta Perhutanan Negara (Pindaan 1993) dan Enakmen Industri Berasaskan Kayu (1989). Melalui akta ini, tindakan undang-undang dapat diambil dan hukuman berat boleh dikenakan terhadap pihak yang melakukan kegiatan pembalakan haram atau pencerobohan hutan.


Pertubuhan Alam Sekitar.

Malaysia bekerjasama dengan negara-negara ASEAN untuk menjaga , memelihara dan memulihara hutan mengikut Persetujuan Jakarta 1981. Badan-badan seperti Tabung Hidupan Liar Dunia (WWF), Persetujuan Pencinta Alam (MNS) , dan FRIM berusaha untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya memelihara dan memulihara alam sekitar.


16.3    Cadangan Langkah Lanjutan untuk Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar.


Pemuliharaan Bekas Lombong

Pakar perhutanan dari FRIM  telah membuat kajian dan mendapati bahawa spesis pokok tembusu, batai dan gelam dapat ditanam di kawasan bekas lombong yang ditinggalkan. Spesis-spesis ini dapat menghasilkan kayu api atau serpihan kayu untuk dibuat kertas. Pokok akasia dapat juga ditanam di kawasan ini. Spesis ini akan menghasilkan balak dan meyuburkan tanih. FRIM telah berjaya menanam pokok akasia dikawasan bekas lombong bijih timah di Batang Berjuntai, Selangor.

Undang-undang Perlindungan Flora

Kerajaan negeri Sarawak telah mengubal undang-undang untuk melindungi beberapa spesis flora. Beberapa spesis pokok bakau, periuk kera, orkid dan palma dan semua spesis Rafflesia diharamkan dipungut untuk dijual. Hukuman berat dikenakan terhadap orang yang melakukan perbuatan tersebut.


Mewujudkan Ladang Jati


Penanaman spesis berharga seperti pokok jati dilaksanakan di Perak, Kedah, Perlis dan Selangor. Penanaman pokok ini patut diperluas dikawasan lain yang sesuai. Setiap hektar tanah yang ditanam dengan pokok jati dapat menghasilkan pendapatan antara RM650 000 hingga RM 731 250. Pokok jati hanya memerlukan 15 hingga 25 tahun untuk cukup besar.


Rajah 16.5  Penanaman pokok jati mendatangkan hasil yang lumayan
Kitar Semula Kertas


Orang ramai perlu sedarakan kepentingan  mengitar semula kertas. Permintaan terhadap kertas untuk penerbitan surat khabar, buku dan majalah semakin meningkat. Pada tahun 2000, kerajaan Malaysia membelanjakan kira-kira RM 4 juta setiap bulan untuk mengimport 23 000 tan kertas bagi tujuan ini. Jumlah ini dijangka akan meningkat dari setahun ke setahun.


Perlindugan Hidupan Liar.

Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak mempunyai undang-undang sendiri untuk melindungi hidupan liar. Namun begitu, undang-undang ini masih tidak dapat melindungi spesis yang diancam kepupusan. Perburuna haram masih berlaku dengan berleluasa. Kawalan yang lebih ketat perlu dilaksanakan dan lebih banyak kawasan yang perlu dijadikan kawasan perlindungan hidupan liar. Orang ramai perlu juga diberi penerangan untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya memelihara hidupan liar kita.


Rumusan







KEMBALI KE ATAS

7 comments: