Iklim dunia dapat dibahagikan kepada zon panas, zon
sederhana, dan zon sejuk. Di kawasan zon
panas (antara 30oU dan 30oS) terdapat iklim Khatulistiwa,
iklim monsoon tropika, iklim Sudan, dan iklim gurun panas. Di kawasan zon sederhana panas (antara 30oU
dan 45oU; 30oS dan 45oS) terdapat iklim jenis
China, jenis Steppe, dan jenis Mediterranean.
Di kawasan zon sederhana sejuk (antara 45o dan 65oU;
45oS dan 65oS) terdapat iklim Laurentia, iklim Siberia,
dan iklim British. Di kawasan zon sejuk
terdapat iklim tundra (antara 65oU dan 90oU; 65oS
dan 90oS).
10.2 Ciri Iklim dan
Cara Hidup Manusia di Gurun Thar
Gurun Thar mengalami iklim gurun panas, iaitu panas dan
kering sepanjang tahun. Hujan tahunannya
kurang daripada 250mm. min suhu bulanan
pada pertengahan tahun di gurun ini mencapai 50oC. Pada hujung dan awal tahun, suhu adalah
serendah 5oC hingga 10oC.
Kawasan ini menerima hujan yang sedikit kerana terletak
di kawassan lindung Angin Monsun
Barat Daya dan Angn Monsun Timur Laut.
Kehidupan
di Gurun Thar
Sebahagian bGurun Thar terletak di India dan
sebahagiannya di Pakistan. Keadaan yang
sangat panas dan kering di Gurun Thar menyebabkan kawasan ini kurang
penduduk. Penduduk di sini bergantung
hidup pada sumber alam yang terhad.
Penternakan dan pertanian dijalankan di kawasan yang tertentu saja.
Jumlah hujan tahunan yang sedikit mnyebabkan rumput dan
semak samun renek tumbuh jarang. Rumput
inilah yang dijdikan makanan ternakan seperti lembu, kambing dan unta. Sebilangan penduduk menternak
binatang-binatang ini secara normad.
Lembu dan unta diternakkan untuk mengangkut barang serta manusia dan
untuk mmperoleh susu.
Hujan di gurun ini snagatlah sedikit. Apabila hujan turun, air hujan akan ditakung
di dalam tangki atau empangan untuk minuman dan kegunaan harian. Kunds, iaitu tangki bawah tanah disediakan
juga untuk menakung air. Jumlah air yang
sedikit ini menghadkan kegiatan pertanian.
Di bahagian selatan Gurun Thar, bekalan air diperoleh dari terusan yang
disambungkan ke Sungai Indus. Terusan
Rajasthan pula mengairi bahagian Gurun Thar di India. Kemudian pengairan ini dapat mengatasi
masalah kekurangan air hujan dan memungkinkan penanaman gandum dan kapas
dijalankan. Penduduk yang menjalankan
kegiatan pertanian ini tinggal di perempatan yang tetap.
Sumber makanan penduduk gurun ini terdiri daripada biji
dan buah pokok Khejri, Kiar, Kumat, Kachri, dan Gonda. Makanan ini dijadikan hidangan yang dikenal
sebagai “Pack-Kuta” yang biasanya dimakan semasa musim kemarau. Kerajaan telah berusaha untuk meningkatkan
sumber alam dan makanan bagi penduduk Gurun Thar. Tanaman pokok seperti akasia dan eucalyptus
yang cepat tumbuh diperkenalkan oleh kerajaan untuk membekalkan sumber bahan
api dan makanan (daun) untuk binatang ternakan.
Rumput Munja dan Kans digunakan untuk membuat pulpa. Pokok Kurma dan pokok delima yang dapat
tumbuh dengan hujan tahunan 500 mm ditanam untuk menambahkan sumber makanan.
Unta masih penting sebagai pegangkutan. Unta diternak di Bikaner untuk mendapatkan
usu, kulit, dan bulunya. Selain itu,
daging unta menjadi sumber protein yang murah.
Hasil pengeluaran unta diusahakan juga dalam industry desa. Barangan yang dibuat daripada bahagian unta
seperti karung air (daripada kulitnya), lukidan (kulit), dan permaidani (bulu)
banyak dijual di pasar.
Mengapa
Gurun Panas Mengalami Julat Suhu Harian yang Besar?
Kawasan gurun panas mengalami julat suhu harian yang
besar, iaiu 17oC hingga 22oC. julat suhu harian di Negara kita adalah
kecil, iaitu 7oC. kurang awan
di kawasan gurun panas menyebabkan pancaran matahari yang terik terus
memanaskan permukaan bumi pada waktu siang.
Pada waktu malam, bumi kehilangan haba dengan cepat di kawasan gurun
panas kerana tidak dihalang oleh awan.
Suhu waktu malam menurun dengan cepat.
Keadaan ini tidak berlaku di Malaysia kerana liputan awan yang tebal.
10.3
Ciri Iklim dan Cara Hidup Mausia di Kawasan Siberia
Kawasan Siberia di Rusia mengalami ilkim sejuk sederhana
kebenuaan atau iklim jenis Siberia.
Iklim jenis ini mengalami musim sejuk yang panjang dan terlampau
sejuk.
Kehidupan
di Kawasan Siberia
Pada umumnya, kawasan Siberia yang terlampau sejuk tidak
menggalakkan tumpuan penduduk.
Kebanyakkan penduduk tinggal di bahagian barat daya Siberia. Kedaan iklim ini menghadkan kegiatan
pertanian. Musim panas yang pendek
dengan suhu yang rendah memungkinkan sedikit saja penanaman yang dapat
dijalankan. Tanaman bijiran seperti
gandum, oat, raid an barli diusahakan.
Penanaman diusahakan di bahagian barat dan barat daya yang subur dari
Pergunungan Ural hingga Tasik Baikal.
Bahagian timur Siberia ditanami ubi kentang, bit gula, dan flaks. Penternakkan lembu tenusum ayam, dan itik ada
juga dijalankan.
Kaum Samoyed dan Yakut memburu binatang untuk mendapatkan
bulunya. Binatang seperti tupai,
beruang, musang kecil, lynx, martens, dan rubah biasanya dijerat. Kerja menjerat binatang dijalankan pada musim
sejuk kerana pada waktu ini bulu binatang adalah tebal. Binatng-binatang ini mudah terkena
umpan. Bulu-bulu ini dijual dengan harga
yang tinggi.
Pembalakkan masoh penting di bahagian utara Siberia. Terdapat pokok-pokoklembut seperti larch,
pain, cedar Siberia, dan fir.
Pembalakkan dijalankan pada musin sejuk kerana ketka ini getah pokok
menjadi beku dan pokok lebih mudah ditebang.
Kawasan Siberia kaya dengan pelbagai sumber mineral. Di kawasan barat Siberia, sumber seperti
petroleum dan gas asli dilombong.
Manakal emas dilombong berhampiran Yaktuks. Stesen hidroelektrik yang besar dibina si
Bungai Lena, Sungai Yenisei, dan Sungai Ob.
Sungai-sungai ini beku selaa tujuh bulan dalam satahun pada musin sejuk.
Terdapat sedikit kemajuan dalam bidang perkilangan
seperti industri melebur aluminium, membuat pulpa, tekstil, kenderaan, dan
bahan logam. Kilang-kilang ini dibina
sepanjang Landasan Kereta Api Trans-Siberia. Hampir semua Bandar seperti
Chelyanbinsk, Omsk, Novosibirsk, Novokuznestk, dan Irkutsk terletak di
sepanjang landasan kereta api.
10.4
Ciri Iklim dan Cara Hidup Manusia di Greenland
Seluruh
Greenland mengalami iklim Artik atau iklim Tundra. Iklim Tundra sangat sejuk dan kering. Kawasan ini mengalami dua musim yang nyata,
iaitu musim oanas dan musim sejuk.
Kawasan ini tidak mengalami musim bunga atau musin luruh kerana musim
sejuk bertukar menjadi musim panas dengan cepat dan begitulah sebaiknya.
Kehidupan
di Greenland
Penduduk utama Greenland terdiri daripada kaum
Inuit. Kaum ini sebagaimana orang
Eskimo, sudah menyesuaikan diri dengan keadaan iklim yang melampau sejuk.
Kaun Inuit adalah pemburu yang handal. Karibu diburu untuk dagingnya. Pemburu masih menggunakan andur salji pada
cuaca yang baik. Peburuan anjing laut
yang merupakan pekerjaan tradisional diusahakan di bahagian pantai timur di
utara Greenland. Anjing laut diburu
untuk daging dan kultnya. Kulitnya
digunakan untuk membuat pakaian. Lemak
digunakan sebagai sumber bahan api.
Musim penanamannya tidak melebihi tiga buln di bahagian
selatan Greenland. Petani menanam ubi
kentang dan rumpur. Gandom tidak dapat
ditanam kerana jangka musim tumbesar yang terlalu singkat. Bunga dan sayur-sayuran dapat ditanam
sepanjang tahun dirumah kaca atau rumah hijau.
Rumput dipotong dan dikeringkan untuk makanan biri-biri, rusa, dan
muskoxen semasa musim sejuk.
Penternakkan biri-biri dijalnkan di bahagian selatan Grennland. Sebanyak 30 000 biri-biri disembelih untuk
dagingnya setiap tahun. Di daerah Nuuk,
rusa diternakkan untuk mendapatkan daging, susu dan kulitnya.
Perikanan adalah pekerjaan uatma penduduk Greenland. Kawasan perairan utama di luar pantai barat
daya yang bebas daripada ais sepanjang tahun (tdak beku). Hidupan laut yang ditangkap seperti udang,
ketam salji, halibut, salmon, dan kod.
Penangkapan udang adalah yang penting sekali dan menghasilkan 80%
daripada jumlah pendapatan eksport Greenland.
Kini, penduduk Greenland tinggal di rumah yang dibekalkan
dngan air dan eletrik. Tidak ramai lagi
yang tinggal di tupik dan igloo. Ramaja
mereka bersekolah dan terdapat sebuah university di sini. Semua bandar mempunyai doctor dan hospital
kecil. Namun, Greenland tidak tersapat
jalan raya atau landasan kereta api kerana prmukaan buminya yang sentiasa
diliputi oleh ais sepanjang tahun.
Mereka menggunakan kereta salji berenjin. Petempatab dihubungi melalui udara dan laut.
10.5
Mambandingkan Iklim dan Kehidupan Penduduk di Malaysia dengan di Negara-negara
Lain.
Ciri-ciri
|
Malaysia
|
Gurun Thar
|
Kawasan Siberia
|
Greenland
|
Stesen terpilih
|
Kuala Lumpur (Malaysia)
|
Jacobabad (Pakistan)
|
Verkhoyansk (Rusia)
|
Upernavik (Greenland)
|
Jenis Iklim
|
Iklim Khatulistiwa
|
Iklim gurun panas
|
Iklim sejuk sederhana kebenuaan
|
Iklim Tundra
|
Ciri iklim
|
Panas dan lemba sepanjang tahun
|
Panas dan kering sepanjang tahun
|
Sejuk dan kering sepanjang tahun
|
Sejuk dan kering sepanjang tahun
|
Hujan tahunan
|
2 6000 mm
|
100 mm
|
130 mm
|
225 mm
|
Masa maksimum hujan
|
Dua kali maksimum – April dan Oktober
|
Tidak tentu
|
Musim panas
|
Tidak tentu
|
Jenis hujan utama
|
Perolakan
|
Hujan ribut
|
Perolakan
|
Hujan biasa atau hujan beku
|
Min suhu tahunan
|
27oC
|
26.3oC
|
-15.8oC
|
-8.3oC
|
Julat suhu tahunan
|
1.1oC
|
23oC
|
65oC
|
27oC
|
Kegiatan ekonomi
|
Perkilangan, perlombongan, pertanian, perikanan
|
Penternakan, pertanian terhad
|
Pembalakkan, menjerat binatang, perlombongan,
pertanian terhad
|
Perikanan, penternakkan, memburu, pertanian terhad
|
Jenis pegangkutan
|
LRT, kereta, kereta api, bas
|
Unta, keldai
|
Kereta api, kereta
|
Andur salji, kayak, kereta salji berenjin
|
10.6
Pengaruh Cuaca dan Iklim terhadap Kegiatan Ekonomi di Malaysia
Keadaan cuaca dan iklim Negara kita memungkinkan pelbagai
kegiatan ekonomi dijalankan. Contohnya
pertanian, perikanan, perlancongan, dan pembalakkan. Iklim di kawasan tanah rendah yang panas dan
lembap serta hujan sepanjang tahun menggalakkan penanaman pelbagai jenis
tanaman seperti padi, getah, kelapa sawit, dan koko. Contohnya, padi ditanam dengan suburnya di
Dataran Kelantan dan Dataean Kedah-Perlis.
Di kawasan tanah tinggi, seperti Tanah Tinggi Cameron di
Pahang dan Lundasang di Sabah, suhu tahunannya sederhana, iaitu 18oC serta
hujan tahunannya 2 030 hingga 3 5000 mm.
keadaan ini menggalakkan penanaman sayur-sayuran dan bunga hawa
sederhana serta teh. Kawasan utara
Semenanjung Malaysia, iaitu di Padang Tetap dan Chuping ditanami tebu kerana
kawasan ini mengalami satu musim kering yang sesuai untuk memotong tebu.
Cuaca dan iklim besar pengaruhnya terhadap kegiatan
perikanan. Pada bulan November hingga
Mac, nelayan-nelayan di pantai timur Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak
tidak dapat turun ke laut untuk menangkap ikan.
Keadaan ini berlaku kerana laut bergelora semasa tiupan Angin Monsun
Timur Laut. Nelayan di pantai barat
Semenanjung Malaysia dapat menangkap ikan sepanjang tahun kerana kawasan
perairan Selat Melaka terlindung daripada kedua-dua angina monsoon. Cahaya matahari yang terik di sepanjang
pinggir laut memungkinkan ikan diawet dan dikeringkan supaya tahan lama.
Iklim Khatulistiwa menggalakkan pertumbuhan hutan hujan
tropika. Pokok-pokok seperti cengal,
merbau, meranti, balau, keruing, dan mersawa dapat hidup subur. Hal ini menggalakkan kegiatan pembalakkan.
Pelancongan dapat dijalankan sepanjang tahun kerana suhu
di Negara kita panas sepanjang tahun.
Pusat peraginan tanah tinggi seperti Tanah Tinggi Cameron, Bukit Fraser,
Tanah Tinggi Genting, menawan hati pelancong kerana suhunya yang nyaman. Semasa
tiupan Angin Monsun Barat Daya, kawasan perairan pantai timur Semenanjung
Malaysia adalah tenang dan selamat untuk aktiviti sukan dan menyelam
skuba. Di Pulau Perhentian dan Pulau
Redang banyak terdapat terumbu karang yang indah menanti pelancong.
KEMBALI KE ATAS
No comments:
Post a Comment