Dalam bahagian ini anda akan
belajar tentang :
-
Kedudukan
-
Arah
-
Skala
dan Jarak
-
Graf
-
Peta
Bahagian ini bertujuan
membolehkan pelajar mengkaji dan menghubungkaitkan aspek kedudukan, arah, serta
skala dan jarak. Kandungannya tertumpu kepada kemahiran menggunakan kompas,
alat ukur dan atlas. Selain itu, kemahiran tentang cara menyampaikan dan
mentafsirkan maklumat dalam bentuk grafik seperti jadual, graf, pelan, rajah
dan peta diberi penekanan.
UNIT 1 : KEDUDUKAN
Objektif :
Dalam unit ini anda akan
dapat :
-
Menyatakan
kedudukan pelajar di dalan kelas mengikut lajur dan baris
-
Menentukan
kedudukan dengan menggunakan koordinat mudah seperti lajur dan baris
-
Menyatakan
kedudukan relatif sesuatu tempat
-
Melukis
pelan dalam kelas mengikut lajur dan baris
1.1 Menentukan
Kedudukan dalam Kelas
Rajah 1.1 Tempat-tempat duduk pelajar |
Baris kita beri nombor dari
hadapan ke belakang, misalnya baris 01, 02, 03, dan seterusnya. Kedudukan di
tempat setiap lajur dan baris itu bertemu atau bersilang disebut sebagai koordinat. Dengan itu, tempat duduk
pelajar dalam kelas dapat kita tentukan berdasarkan koordinat. Contohnya
kedudukan Yew Kin ialah di koordinat 0401.
1.1 Memahami
Kedudukan secara Koordinat
Susunan meja dan kerusi dalam
kelas Yew Kin dapat dilukis seperti Rajah
1.2. susunan dari kiri ke kanan itu disebut sebagai lajur. Susunan dari depan
ke belakang disebut sebagai baris. Dengan merujuk kepada titik persilangan lajur dan baris, sesuatu kedudukan secara
koordinat dapat ditentukan. Perhatikan kedudukan Yew Kin dalam rajah ini.
Rajah 1.2 Memahami koordinat melalui rajah |
1.1 Memahami
Kedudukan Relatif dalam Kelas
Mari kita masuk ke kelas Afiq
pula. Afiq duduk di baris hadapan
kelas. Di belakangnya ialah Peter. Di kirinya ialah Balan. Di sebelah kanannya
pula ialah Rajini. Manakala, yang duduk dekat dengan tingkap itu ialah Farah.
Kedudukan Peter, Balan, dan Rajini dapat kita tentukan
dengan merujuk kepada kiri, kanan
dan belakang tempat duduk Afiq. Oleh
itu, tempat duduk Afiq menjadi titik
rujukan. Kedudukan Farah dapat kita tentukan dengan merujuk kepada tingkap.
Oleh itu, tingkap di dalam kelas ini menjadi titik rujukan. Kedudukan yang
ditentukan dengan kaedah ini disebut kedudukan relatif.
Rajah 1.3 Kedudukan relatif pelajar-pelajar di dalam kelas Afiq. |
1.1 Memahami
Kedudukan Relatif di Lapangan
Di kawasan kediamannya, Yew Kin
mempunyai ramai jiran. Antaranya jiran-jirannya termasuklah Encik Devan, Encik
Wong, Encik Azman dan Encik Wahid. Perhatikan Rajah 1. 4 di bawah ini dengan teliti. Dapatkah anda menentukan
kedudukan rumah-rumah jiran Yew Kin itu? Kedudukan rumah-rumah mereka dapat
ditentukan dengan mudah dengan berpandukan titik-titik rujukan yang
ditunjukkan.
Jika anda berdiri menghadap ke rumah Yew Kin, rumah Encik
Devan adalah di sebelah rumah kiri Yew Kin. Rumah Encik Wong adalah disebelah
kanan. Cuba tentukan kedudukan rumah jiran Yew Kin yang lainnya.
Rajah 1.4
Kedudukan relatif – rumah Encik Devan di sebelah kiri rumah Yew Kin. Rumah
Encik Wong di sebelah kanan. Rumah Encik Azman di belakang rumah Yew Kin. Rumah
Encik Wahid pula, di belakang pejabat pos.
|
Rumusan
KEMBALI KE ATAS
No comments:
Post a Comment